MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 12, 2013

WEDD PREP : PERKARA YANG TIDAK MAHU

Ada beberapa perkara yang Cik Pia tak mahu pakai/ada/ikut sebelum@semasa@selepas majlis perkahwinan Cik Pia nanti... Amboiiii, bukan main DIVA lagi Cik Pia ye.. hehehe
  • TAK MAHU PAKAI LIPSTICK WARNA PINK/MERAH MENYALA MAKNGAH - sebab selalu nya tengok pengantin yang pakai lipstick pink ni, gigi diorang jadi warna kuning padahal gigi memang indah berseri dah........... hahahahaha.. udah macam tak gosok gigi la pula... sorii yeee.. Kalau MUA pakaikan pink jugak, memang nak kena la dengan Cik Pia, so Cik Pia akan request lipstick warna cokelat/natural .... Atau Cik Pia akan beli awal-awal untuk dia..hehe..
Bukan gigi Cik Pia yeeee....
  • TAK MAHU PAKAI HENNA - Pakai inai biasa kat hujung-hujung jari tak apa... Tapi, Cik Pia tak mahu pakai henna ukiran-ukiran tu sebabnya ada tertengok kat FB ada orang pakai HENNA sampai kulit dia jadi gelembung-gelembung ikut ukiran tu.. eeee.. ngeri tengok tangannya, kalau macam tu la terus kena kurang harga hantaran nanti , hehehe. SAY NO TO HENNA !!!
Henna cantik dipakai.. Suka tengok, tapi tak suka pakai...
  • TAK MAHU PAKAI  CONTACT LENS - Ramai pengantin suka pakai contact lens bila kawen kan, mungkin sebab dah biasa pakai atau nak nampak luar biasa, Cik Pia idak la pakai, sebab nya Cik Pia kan TAK PERNAH PAKAI contact lens, takut terlekat terus pula contact lens dalam mata... eeeee... gerun-gerun Cik Pia camni..
Cantik nya mata dia.... Tapi tidak la Cik Pia nak pakai, cukup la mata cokelat ku ini.. (muntah hijau)
  • TAK NAK PAKAI BAJU PENGANTIN YANG ADA KORSET - fuhhhhhhhh..... Tak tau kenapa, tapi Cik Pia nak cari baju pengantin yang dah siap lining kat dalam, rasa bila pakai baju pengantin yang ada korset ni macam berkemban pula walaupun hakikatnya ada baju inner dan tudung... Tak boleh-tak boleh.. Cik Pia mementingkan keselesaan.... Tapi, masalahnya, baju pengantin untuk majlis bertandang pakai korset la pula........... arrgghhhhhhhhhhhhhh.......... Sebabnya baju tu aja yang ada untuk warna biru turqoise untuk majlis bertandang nanti... huwaaaaaaaaaaaaaaa........... Tapi, untuk majlis sanding nanti, Cik Pia TAK PAKAI BAJU PENGANTIN YANG ADA KORSET  sebab dah bagitahu siap-siap dekat Wedding Planner.. heeee..
 
  • TAK NAK MAKAN KACANG -Hari ni last day makan kacang, tak kisah la kacang gajus ke, badam ke, kacang parpu ke, semua jenis kacang la tak nak, sebabnya, bila Cik Pia makan kacang, mesti esok nya naik jerawat tau.. Benci mak jemah, sekarang ni tengah feveret cicah buah dengan kuah rojak + kacang.... Perggghhh, memang jerawat naik menternak sedap-sedap kat muka ni.. Okeh, esok berazam tak mahu makan kacang dah..
***Semakin menjadi-jadi fobia Cik Pia ni....hehehehe.... B2B yang lain macam na pula....

4 comments:

NinaAz said...

Say no to henna jugakkkk!!!!. Hehe

PUAN PIA said...

@NinaAz yeahhhh... cantik henna.. tp xmo pakai..hehehe

nareiQa said...

saya nak pakai contact lens . sebab da biase pakai contact lens . walopon saye rabun 350 . wuuu T____T

PUAN PIA said...

@nareiQa Cik Pia takot la nareiqa nk masukkkan dalam mata... hehe... sebab xpernah pakai.. hehe

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails