Alhamdulillah, hari ni genap 100 hari lagi untuk Cik Pia dan En Tunang menuju ke hari bahagia.. Terima kasih En Tunang sebab sentiasa ada saat diperlukan walau kita jarang berjumpa..Semoga segala urusan dipermudahkan, hati-hati kami dipelihara oleh-Nya dan diperluaskan rezeki untuk memudahkan urusan perkahwinan..Amin....
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."
10 comments:
amin2..semoga segalanya dipermudahkan...
amiinn..
nak kad! nak kad!
hehehe
100 days.. terasa debaran nye. sy bnyk tak setel lagi =(
In Sha Allah.....ya Allah satukan lah mereka deNgan Cinta kepada Mu yang Satu.......
aamiin ya rabbal alamin. semoga dipermudahkan segalanya dan majlis berjalan lancar. aamiin.
@cik mah TQ puan cik mah..heeeeeeeeee
@orked violet @ SYA ye sya... hehe.... i ingt sya punye.. dun wori k
@Izyan Hamizah kite sama kan... dup dap dup dap
@mamahayyu Tq kak asmah atas doa nya
@sarahhernyzar tq sara... pas tu sara punye turn plk..
Post a Comment
Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe