MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 8, 2010

Bila aku nak ada aura harimau ni?

Jumaat lepas aku agak dalam kesedihan sikit.. Biasalah melayan pelajar2 yang agak nakal ni menyebabkan kadang2 down juga semangat utk menjadi guru! Xboleh2 sofia.. Kamu kena semangat balik... yihaaa!!

Bayangkan lah, aku punyalah semangat nak mengajar, tapi ada sekumpulan pelajar dalam kelas aku ni mengganggu budak2 lain dan menyebabkan kelas under control.. Dah la aku ni kurang sikit aura harimau... huhuhu.. Aktiviti kelas pendidikan sivik pun agak hambar sebab aku xda mood nak melayan pelajar2 kelas ni.. Elok2 aja habis kelas, air mata aku dah bergenang dah sebab memikirkan masa depan pelajar2 nakal ni.. Macamna lah diorang nak hadapi masa depan, kalau belajar pun malas, suka main2 dalam kelas, xbuat kerja sekolah, perangai pulak macam samseng.. Aduiii.. Sedih aku! Masuk2 aja bilik APD, menangis aku! Huwaaaaaaaa...

Tapi sekarang kesedihan aku dah berkurang sebab aku baru aja dapat award dari qamarguyz.....
Wahh.. Ini bukan calang2 award tau, sebab 1st time aku dapat award dalam dunia blogging ni.. hehe.. Dah macam ABPH plk.. Hehehe.. Ape2 pun, thanks ya qamarguz sebab dah buat hati kakak kembali gembira!! Terus aku bersemangat utk mengajar semula!!! Yihaaa..

p/s: semua bloggers yg singgah sini, mai la amik award ni, saya ikhlas bagi!

Saturday, March 27, 2010

Aku bekerja utk masa depan mereka!

Kursus Kepimpinan Pengawas

Aku lah polis trafik, aku jugalah renjer hutan, aku juga pakar matematik, aku lah pesawah serta peladang, aku lah arkitek bangunan, xlupa aku juga doctor dan pelari pecut negara..Aku lah kerani taip, aku jugalah hakim mahkamah serta aku jugalah polis keselamatan dan pakar motivasi... Untuk aku menjadi seorang guru, aku perlu 'menjadi' semua ini.. Kerana aku bekerja utk masa depan mereka! Berat2… Berat2… Inilah tanggungjawab ku…

Kalau orang lain bekerja utk duit,pangkat, kereta dan rumah, aku bekerja utk memastikan masa depan anak2 murid lebih cerah dari ku.. Walaupun, sekarang ini aku masih di alam praktikal, tp aku dapat rasakan yang tanggungjawab menjadi seorang guru cukup berat! Ditambah lagi jika murid2 nya bermasalah dr segi IQ mahupun sifat..

Masa alam praktikal nilah, aku timba pengalaman secukup2 nya.. Sebenarnya, pelajar2 bermasalah ini lah yang menyebabkan aku lebih bersemangat utk menjadi seorang guru… Terpanggil aku utk mengubah mereka dan mempelajari bahawa ilmu itulah yang membezakan kita dgn orang lain.. Aku harap hari2 yang akan datang dapat aku teruskan dengan lebih tabah lg disini… Semoga berjaya pada diriku!

Luahan hati : Anak2 muridku, tolonglah cikgu! Janganlah nakal sgt dlm kelas.. Xlarat la nk menjerit je! Sakit tekak tau!!!!!!!!




Tuesday, March 16, 2010

Family Outing

Minggu lepas adalah minggu yang paling memeningkan dan memberatkan kepala, sebab kami semua cikgu2 praktikal perlu mengejar silibus utk diajar.. Memang tension !! Huhhh...

Jadi, Ahad yang lepas diisi dengan aktiviti yang menyihatkan.. hehe..

Iaitu berpiknik...

Sihat la sgt!.. Kami cikgu2 praktikal ni bagaikan 1 family, sebab kami ni sering berkongsi masalah dan cerita dan yang paling penting gosippppp.. hehehe...
Walaupun kami semua baru aje kenal di sekolah, tapi bila bersembang macam nak pecah rumah! Memang havoc!

Malam Ahad tu dah plan..Baik punya.... Aku dan Jiha masak bihun dan goreng ayam, Kak Raudhah goreng nuget, Syika dan Nurul buat puding dan koktel, boys pulak buat air dan bawak apa yg patut... Sebab kalau bagi bab persiapan makanan kt boys, alamatnya bihun kemana , ayam kemana.. sumenya masuk perut diorang, tinggal tulang aje.. hehe...




Family Outing dgn korang memang best dan kenyang sgt!!! Memang benar, makan dapat merelaxkan minda.. hehe.. Waktu kitorg tengah berpiknik tu, memang waktu utk orang2 beriadah.. Iyalah, bayangkan pukul 6ptg, semua orang tengah mengeluarkan peluh dengan berjoging, kami pula meringankan air liur dengan bersembang dan menaikkan segala kilo2...


p/s:: rindu la plk nak balik Gerik...

Monday, March 15, 2010

Cikgu xakan tinggalkan kamu semua!

Pejam celik, pejam celik xsangka sudah genap 4 minggu aku mengajar di SMKG ini.. Masih berbaki 10 minggu untuk aku berbakti disini.. So far, semuanya ok disini.. Segala kekurangan disini, aku terima dengan hati yang terbuka.. Siapalah aku ini untuk menolak..
Walaupun masih bertitle guru praktikal, namun kami semua tetap dianggap sebagai seorang guru sebenar di hati pelajar.. Chewaahh.. Students ku sering berkata.. ’’cikgu sofia , stay la sampai kami habis belajar” “Cikgu, janganlah pindah sekolah”.. wahhh.. ini benar2 menyentuh hati aku… Mungkin sebab aku benar2 semangat utk mengajar students disini..
Disini, kami juga xlari dari pelajar2 yang bermasalah.. Dan boleh aku katakan bahawa kami semua cikgu2 praktikal mendapat kelas yang mempunyai pelajar2 yang bermasalah.. Mungkin disebabkan aku dibesarkan di sekolah yg tidak pernah mempunyai pelajar bermasalah, jadi pengalaman berpraktikal disini digunakan semaksimum mungki n..Kelas aku sahaja ada 3 orang pelajar yang bermasalah yang selalu ponteng kelas dan merayau2 semasa P&P berjalan..Bukan kelas aku sahaja, namun kelas yang lain juga.. Hanya datang kesekolah dan ponteng ntah kemana.. Jika ada didalam kelas pun, hanya menganggu P&P dan pelajar2 lain yang mahu belajar..
Satu hari, mereka lepak di luar kelas ketika aku mengajar.. Maka, aku pun pergi kepada mereka, walaupun pelajar2 lain tidak membenarkan aku pergi dan tidak mahu aku memanggil ketiga2 pelajar itu masuk ke kelas kerana risau mengganggu P&P..Namun aku berkeras juga utk memanggil mereka...
Cikgu Sofia : Kamu bertiga....
Students bertiga : Alamak... Cikgu.. Lari.. ((mereka lari dari aku..))
Cikgu Sofia : Eh... kamu nak lari kemana ni ? Saya bukan nak bagi e-disiplin pada kamu bertiga.. saya nak bagi kamu ni aje.. ((sambil menunjukkan worksheet))
Students bertiga : Ingatkan cikgu nak bagi e-disiplin.. Cikgu kami buat worksheet kat luar kelas boleh ?
Cikgu Sofia : Ok , Boleh.. tapi dengan syarat, kalau kamu xboleh jawab, kamu kena masuk kelas cikgu, belajar, lepas faham, kamu buat kerja kt luar kelas balik, okay?
Student bertiga : Okay cikgu.. ((Sambil mereka bersemangat membuat worksheet))
Alhamdulillah, cara ini berkesan.. mereka mmg buat worksheet yang aku suruh di luar kelas..Bersemangat lagi mereka tekan kalkulator.. Bila mereka xfaham ,mereka masuk kelas, dan aku suruh diorang duduk tempat sendiri dan dengar penerangan aku.. Setelah itu, mereka duduk di luar kembali utk menyiapkan worksheet.. Lepas aje habis kelas, mereka bertiga datang pada .. aku dan mengatakan mereka xakan ponteng kelas aku.. Kelas cikgu lain mungkin ponteng..hehe..
Mereka bertiga sering berkata aku baik sebab aku masih mengambil berat akan diri mereka kerana selalunya pelajar2 bermasalah macamni akan diberi e-disiplin, dirotan dan sering dianggap dan dilabel pelajar nakal dan bermasalah..Baik ke aku ni? Bagi aku, selagi pelajar2 yang ponteng kelas ini hadir ke sekolah, mereka masih ada peluang utk diubah.. Jangan kita biarkan mereka hanyut dan jangan terus kita melabelkan pelajar itu dan ini bermasalah selagi kita belum mengenalinya..
Dan aku sendiri, selalu berkata kepada anak2 muridku, ‘Cikgu xkira kamu siapa, kamu asal dari mana, bijak atau bodoh, kamu baik atau jahat, cikgu xakan sesekali tinggalkan kamu..
Aku yang rajin mengecat kelas.. hehe..

Wednesday, March 3, 2010

Kali ni korang punya turn pl utk exam

Hehehehehe... (Gelak Jahat)

Aku baru je balik dari menjaga exam Pertengahan Sem budak2 ni..

Adeii, soklan Sains td aku rasa teramat senang.. Tapi, budak2 ni macam xboleh jawab aje..

Siap ada yang tidur sambil tangan tu mengelap air liur yang mmg dah berbasi..

Emm.. Korang dulu camni jugak ke?

Tuesday, February 16, 2010

Kenapa aku gemok?

Panasss....Panasss... Musim panas datang lagi.. wah wah, dah macam dok kt oversea pl kan.. Padahal dok kt Malaysia aje.. Ape2 pun, bersyukur pada Ilahi atas segalanya, aku masih ada nikmat utk merasai kepanasan, kesejukkan mahupun kemendungan... Syukur .. Alhamdulillah..

Cuti2 ini aku rasa banyak masa dihabiskan di dalam rumah, sebab nya nak keluar petang2 pun, sakit mata nak tahan terik matahari.. Macamnalah agaknya pekerja2 yang buat bangunan 12, 20 tingkat tu kan? Kita yang kena matahari sikit pun dah mula mengeluh..

Aku teringin sangat nak makan kat DBI belakang rumah aku ni.. So, semalam, aku ajak family aku makan kt situ.. Setiap hari bermula kul 6ptg, dataran ni akan mulakan operasi nya.. Dalam 20kedai akan mula memasak di sepanjang jalan kt dataran DBI ni.. Makanan kt sini pun sedap dan yg penting murah!!!!!!

Chor Keow Teow yang perghhhh sedappp... Udang besar2 tau..
Laici Limau yang menyamankan masa musim panas ini
Licin....Terbukti sedap...

Hari ni pula, sebelum aku pulang balik ke Gerik tercinta, aku ajak family aku makan Mee Rebus.. So, ayah aku decide beli bungkus kt Mee Rebus Ramli dan beli ais kacang kt Taman Kanak2 dan makan kt rumah... Dua tempat ni memang popular kt Ipoh.. So, sape2 yang berhajat nak ke Ipoh, dan xtau nak makan kt mana, boleh la tuju tempat yang aku bgtau ni...

Mee Rebus Ramli ni memang ada sejak aku kecil lg..Mmg popular kt Ipoh!!!

Panas2 kena ais kacang, sedap ni.... Fuhhhh...





Overall.....


Aku sayang Ipoh sebab ada makanan sedap, so jangan tanya kenapa aku gemok!!


Hehehe....

Monday, February 15, 2010

Aku bangga, Aku ada tangan...

Salam..

Baru aje tadi wat blogwalking ke blog Kak Lia .. Dia tag utk buat tulisan kidal gara2 dia ditag oleh Si Budak Aboi ... Aku ni kalau ikutkan memang sejak kecil2 lagi, guna dan tulis guna tangan kanan.. Boleh dikatakan masa sekolah dulu, tulisan aku kira paling cantek la.. hehe... Itu dulu lah.. Masa kecik2.. Tapi, bila dah besar ni.. Ampun.. Doktor pun mmg kalah dgn tulisan aku ni..


Kat bawah ni, hasil dari tulisan tangan kiriku .. Aduii, susah juga nak cuba tulis tangan kiri kn? Garisan pun bengkak bengkok... Bezakan dengan yg diatas?

Tulisan Tangan Kidal @ Tangan Kiri ku....

Aku ingat dl, masa aku belajar dulu, siapa2 yang tangan kidal ni, selalunya mereka bijak dan kreatif.. Kawan baik aku, Kak Ha, sungguh dia kreatif dan rajin sesangat.. Lepas tu, banyak jugalah kawan2 aku yang kidal semua nya kreatif2 belaka.. Tapi, yang xkidal pun, kreatif juga.. Ape2 hal pun, sepatutnya kita perlu Bersyukur! Sekurang2 nya kita ada tangan utk menulis!!
So, malam ni aku nak tag pada semua bloggers di alam maya ini cuba tulisan kidal ini.. Selamat mengkidalkan tulisan dan selamat mensyukuri nikmat tangan yang diberi!!

Aku diposting ke pedalaman?

Baru2 ni kecoh juga la pasal isu posting dimana KPM membayangkan bakal mengenakan syarat supaya guru baru (lepasan IPG mahupun IPTA len ) dihantar mengajar ke kawasan pedalaman sekurang2 nya selama 3 tahun... Erkk... Walaucamna pun, isu ini masih lagi di peringkat cadangan .....

Yihoooo... Aku ada cerita kat mak ayah aku pasal posting kat kawasan pedalaman ni.. Tapi, mak ayah aku cakap, kalau still dalam semenanjung ,ok lah.. Masalahnya mak, pedalaman xkira sabah sarawak...Sebenarnya , aku suka kalau dapat duduk kt pedalaman sebab dah lama sgt duduk kt bandar ni.. Otak asyik berkembang dgn asap aje.. Panas aje.. Aku duduk kt Gerik sebulan ni, sejuk je otak ni.. Nak ngajar pun fresh je.. hehehe..

Antara advantage jika dapat ngajar di pedalaman :
1) Merasai hidup kesusahan. Cth nya: Dah biasa naik keta kn, cuba plk jalan kaki 2 malam dengan pacat dan becak..
2)Melatih diri utk lebih berdikari. Cth nya: Dah biasa makan spageti, makaroni, cube plk makan petai, jering...
3)Menghargai setiap benda yg berada disekeliling.. Cth nya: Menghargai setitik air sbb kt pedalaman ssh dpt bekalan air bersih.. Mandi jgn lama sgt!
4) Belajar memahami budaya dan bahasa sesuatu tempat...Cth nya: Duduk kwsn pedalaman, xkan lah nak cakap ikut KL kot...
5) Dan byk lg la..... (senaraikan lah sendiri)


Aku pun sempat juga tnya pd senior2 ak yg sempat berposting di kwsn pedalaman, rata2 nya kata, first2 xseronok, last2 masa nk tinggalkan sekolah, baru rasa kesedihan dan rasa macam xnak tukar balik bandar..

Kalau lah betul aku dapat posting ke kawasan pedalaman hujung tahun ni, best jgk kn.. Sebab aku ni suka adventure2 cmni.. T

Teringin gak ak nak naik sampan pg sekolah.. Sambil2 tu boleh lambai2 tangan kt kamera masa tgh ditemuramah oleh reporters yg tgh wt liputan pasal 'Hidup di Pedalaman'.. Chewaaahhhh... Kalu aku cerita kt mak aku ni, sure mengamuk ... ((iyalah, xsanggup tgk anak di pedalaman))

Tapi, apa nak buat, tugas seorang guru itu adalah utk mendidik.. Kalau xda guru yang berjiwa cam aku ni, xkan adelah bakal2 doktor, jurutera yang akan mewarnai dunia kita.. Chewaaahh.. ((Aku suka, aku suka ayat tu...))


Related Posts with Thumbnails