MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

Bahang Exam

Salam ..

Exam final sem 7 ni nak dekat dh.. Lebih kurang bbrp jam aje lagi...Xsangka aku dah dh nak masuk final exam sem 7..Sungguh aku xsangka...Lepas ni, aku plk bg exam kt students..

Adeiii.. Banyak lg xstudy ni...Korg cmne plk? Sure xhbs cam aku jgk.. hehe...

Aku sempat la merayau2 g rumah org len, tgk2 aksi xbermoral diorg masa gh study week ni.. haha, mcm2.. Ada yg nak muntah hijau baca fakta2 sejarah, xkurang jgk yg muntah nombor sbb terlampau wt math.. Bagus2..

Aku curi masa sikit utk blog..

Blog ni kdg2 boleh jgk buat release tension n hilangkan ngantuk..


Buat2 rajin study....

Minumlah nescafe utk kesihatan.. hehe

Rajin sgt buat math sampai pening.. hehe

Yang pasti, aku xsabar nak habiskan paper 3 n 5Nov ni.. Killer paper tu.. Paper Intro Chemistry II n Paper Complex Variable.. Pas tu, boleh rileks seminggu lebih nk tggu last paper 19Nov plk...

Utk semua kwn2 aku baik kt UPSI mahupun kat U lain, GoodLuck k..

N ukt diriku sendiri.... Chaiyok Pia!!

Jom semua kejar dekan sem ni...

Jom2, smbg blk study!! Aishh..


p/s: Utk adik2 yg bakal menduduki SPM expecially utk adik kesayangan ku, Noor Syamilah, anyah doakan adik berjaya dlm SPM.. InsyaAllah adik boleh buat yg terbaik utk SPM ni.. Belajar & berusaha selagi termampu, byk berdoa n dont push urself sgt k.. Put ur trust in Allah..

Friday, October 23, 2009

Kondono Kayoubi-Hari Selasa Ini-

MySpace
Ohaiyougozaimas...

Hajimemashite...

Watashino namaewa Sofiasan...

Watashino tanjoubi wa rokugatsu juuyokka desu...

Watashiwa Ipoh shusshin desu...

Watashi nihongo-wo benkyou shiteiru
...

Oshietekudasai...
Hehehe..MySpace Hebat x aku speaking Jepun? Hehehe.. Hebat lah sesangat.. MySpaceNi gara2 aku ter-addicted to cerita2 Jepun... Itu yg ter-over plk cakap Jepun. Kalah org Jepun g2.. Hahaha... Ni gara2 syg2 ku husna, ida n jiha la yg ajar aku tgk cite penjajah kita ni.. Hehehe... Selalu nya, diorg ni akan jd perintis, pas tu bru aku merintis tgk sesuatu cite Jepun yg baru..Selalunya aku ni slow ckt la nk jd perintis.. Hehehe..

Cita pasal Jepun ni, baru aku teringat.. Last Tuesday, after kelas Intro Chemistry tu, aku, husna, jiha & kak Jue g la makan angin kt Jepun..

Jangan xpercaya plk.. Betul.. Kitorg g Jepun... Guna 'Khaki Airlines' je...
Diorg tulis.. Selamat dtg -Pia,Husna,Jiha, k.Jue- ke Jepun..hehe

Kat galeri---Pertukaran Lukisan Pelajar Malaysia & Jepun

MySpace
Byk benda2 menarik kt Jepun ni sebenarnya expecially makanannya sbb aku mmg suka makan.. hehe..Kalau kt Jepun ni mmg fofular gn shushi.. Kt Jepun ni jgk, kalau setiap 4musim,mesti ada makanan istimewanya masing2.. Cth mcm musim sejuk, diorg makan ramen.. Kalu musim panas, diorg makan shashimi..Musim buah, xtau la plk ak.. hehe..

Sedap la kot..


Jepun pn fofular gk gn keunikan seni tangan mcm patung, boneka, origami gubahan bunga kebana.. Aku pg booth origami.. Ade la demo cmne nak wt origami..Aku pilih la nk buat origami yg plg senang skli.. Dia ajar wt 'Sweet Box'.. Adeii.. Punyalah susah utk origami yang plg senang.. Memang sah2 tangan ak ni xde bakat..hehe..

Plg senang nak cam Jepun, sbb pakaian dia yg memang menutup aurat tu.. hehe.. Habis 1 bdn lilit..Kimono.. Rupe2 nya kimono ni ade pelbagai jenis.. Musim panas nama dia yukata..Musim sejuk aku xtau, sbb dia pamer musim panas je.. ehhe..

Seram sejuk aku pegang topeng ni..
Boneka2 yang unik2 n menakutkan... grrrr

Origami..
Permainan tradisi masyarakat Jepun- Kendama- (mcm main yoyo--pusing2)Cute kn doll ni.. rasa nk amik je bwk balik.. hehe


MySpace
Tapi, dlm Festival Jepun ni, aku mencari sesuatu..Tp, xjumpa... Aku xdpt tgk bunga Sakura dan pedang samurai... Oooohh... Sakura..Teringin sgt nk pegang bunga Sakura tu walopun aku ni bukan minah bunga.. hehe... Aku pun teringin sgt nk tengok & pegang pedang samurai walopun aku pegang pisau siang ikan pun xpas lg... hehe...

Oklah, itu aje...


Arigatougozaimas!
MySpace
Sayonara!


Thursday, October 22, 2009

Saya suka exam..hukhuk

Yeyeh...

MySpace

Exam final nak dekat dh...

Yeyeh...

Suka sgt2...

MySpace

Hahaha...
MySpace

Otak akan berat cover 14minggu nye kuliah...
MySpace
Jari2 akan cramp sbb terlampau tulis nota... ((itupun kalu buatlah.. hehe))
MySpace
Mata2 akan tersembul keluar tgk nombor yang bulat2...
MySpace

Huhuhu...

Sedihnya nak exam...
MySpace
Subjek susah2 sem ni..
MySpace
Oh, Complex Variable... Kenapalah dikau kompleks sesgt2 ni? Pening kepalaku nak selesaikan soklan dikau.. Oh, Puan.. Tolonglah bg soklan exam yg senang ckt.. Yang ala2 tahun 1 nye soklan.. hehe...
MySpace
Oh, Chemistry... Awatlah dikau ni byk sgt reaction... Kejap2 nk tukar jd alkene, kejap2 dikau nk tukar jd hydoxy, kejap2 dikau nk tukar jd ketone, kejap2 dikau xnak tukar lnsg... Penat aku hafal dikau...
MySpace
Oh, Environmental Science... Why? Why? Why byk sgt yg nk kena baca ni? Otak ku ini bukan otak membaca, jauh sekali otak menghafal.. Adeii...Alamatnya, aku tido berbantalkan buku ajelah waktu study dikau nnt..hehe

Tapi..

Tiada kejayaan tanpa usaha Sofia...

Work hard kwn2....
MySpace

Semoga kejayaan dapat pd kita semua!
MySpace
Hooorayyy!

p/s:: Slip exam xkuar lg.. Camne nk g exam? Aduyaii....


Wednesday, October 21, 2009

Merdekakah aku?

Salam...

Alhamdulillah..Akhirnya.. Tepat jam 9.53 am td, berakhir la kuliah terakhir utk diri ku setelah 17tahun diriku mengabdikan diri pada buku2 ilmu..Alhamdulillah...

Merdeka sudah aku setelah 17 tahun ini...

Merdeka sudah aku setelah 6205 hari ini...

Merdeka sudah aku setelah 148920 jam ini...

Merdeka sudah aku di destinasi ilmu terakhir di UPSI ini...

Merdeka sudah ilmu, Merdeka sudah fikiran, Merdeka sudah kesibukan..

Merdeka , Merdeka , Merdeka dan Merdeka...

Adakah cukup penghayatan kemerdekaan ini?

Adakah aku cukup yakin dengan kemerdekaan ini?

Aku kira belum sepenuhnya aku merdeka...

Aku kira belum sepenuhnya aku merasai kemerdekaan ini...

Aku kira belum sepenuhnya aku menjiwai watak sebagai orang yang merdeka...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa ilmu...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa kental...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa besar..

Selagi itu aku rasa aku belum menjadi orang yang berjiwa merdeka...

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan kewajipan ini..

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan tanggungjawab ini..

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan amanat ini...

Ya Allah...

Ini..

Amat berat... Amat payah... Amat sukar...

Ya Allah...

Kepada Mu, aku bermohon..

Permudahkan lah aku...

Permudahkan lah dia...

Permudahkan lah mereka...

Permudahkan lah kami semua...

Permudahkan lah kami semua dalam menjadi pendidik bakal2 jiwa ilmu ini..

Amin Ya Rabbal Alamin...







Aku Di Hatimu

Salam..

Kesibukkan telah lama pergi dr diari hidup.. Alhamdulillah.. Masa pun byk yg kosong.. Diriku terlalu rajin utk baca novel dan 'Aku Di Hatimu' dr HM Tuah menjadi santapan rohani malam ini..

Ada sesuatu yang menarik diriku lihat di helaian2 terakhir novel ini..

Cuba gabungkan makna-makna huruf ini ikut ejaan nama ... InsyaAllah ia akan menjadi panduan mengenal diri dan mengenal pasangan kita...

S -->> Anda seorang yg broad-minded.
O -->>Anda seorang yang berfikiran terbuka.
F -->>Semua orang menyayangi.
I -->>Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
A -->>Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

Pasangan ::
SUPERMAN, SPIDERMAN n etc... hehe

A -- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B -- Anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C -- Anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D -- Anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E -- Anda sentiasa seorang yang exited.
F -- Semua orang menyayangi.
G -- Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H -- Anda bukan seorang judgemental, tiada otak keadilan.
I -- Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J -- Anda seorang yang cemburu.
K -- Anda suka mencuba perkara2 baru.
L -- Anda sgt percaya dgn cinta dan mudah tenggelam ke dlmnya.
M -- Kejayaan mudah dtg kpd anda.
N -- Anda suka bekerja, tapi sll mahukan kerehatan.
O -- Anda seorang yang berfikiran terbuka.
P -- Anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q -- Anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R -- Anda seorang yang gemar bersosial.
S -- Anda seorang yg broad-minded
T -- Anda ada sikap canggih, sgt canggih.
U -- Anda merasakan anda ada ciri2 istimewa setanding dgn org lain.
V -- Fizikal anda baik skli.
W -- Anda suka menyendiri.
X -- Anda xakan benarkan orang bagitahu anda apa yang patut anda buat.
Y -- Anda selalu penyebab pd banyak masalah.
Z -- Anda selalu bergaduh dgn seseorang.
'' Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan untuk mengenal pasangan kita @ saingan kita. Semuanya Allah punya kuasa, tp tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yang tersembunyi. Yang betul itu kebetulan...Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan... Jika ia tak baik maka hapus terus '' --HM Tuah--

Tuesday, October 20, 2009

Ia turut sedih

Salam..

Pernah tengok tak orang bercakap2 dgn pokok bunga dan sebagainya.. Xpernah? Emm.. Ada orang kata, jika kita bercakap yang baik2 dengan pokok2 yang kita tanam, ia sedikit sebanyak dapat memberi ransangan kpd pokok.. Xtau lah sejauh mana kebenarannya..

Minggu lepas hari yg sedih, sbb sy xdpt membawa kejayaan kpd kelas dalam pertandingan Seminar Alam Sekitar.. Sedih nya rasa hatiku..

Pagi sebelum seminar bermula, pokok sawi yang kumpulan kami tanam, hidup subur, segar dan bugar mcm bru keluar dr ladang... Mungkin pokok sawi ni excited nak present depan juri2 kot.. hehe... Tapi, lepas je diumumkan keputusan seminar, pokok sawi tu terus je layu... Selayu hati ku yang sedih ini.. Mungkin kah pokok sawi ini merasai kesedihan di hati ku??

Pagi sebelum pertandingan bermula.. Segar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pokok sawi layu setelah diumumkan keputusan.. Mungkinkah merasai kesedihanku...

Monday, October 19, 2009

Melepaskan Penatku

Salam... Alhamdulillah atas kudrat yang Allah SWT telah berikan kepada diriku yang kerdil lagi hina ini.. Alhamdulillah atas segala nikmat dzatnya , diri ini masih bernyawa menyambung hidup di bumi bertuah , UPSI Tanjung Malim.. Sibuk..Itu jawapan yang plg tepat pd yang bertanya..Terlalu banyak perkara yang berlaku yang ingin dikongsi bersama2..Dan izinkan diriku melepaskan penat disini..

Kesibukan bermula dari Ogos lagi dgn projek kursus Sains Alam Sekitar dibawah seliaan Prof. M Dr. Ir. NurTjahjadi Dimana team kami, PERINDUALAM perlu menghasilkan baja kompos dan blog alam sekitar.. Projek ini kami terima dari awal semester lagi, dimana masa utk mengkompos baja adalah selama hampir 2bulan. Setelah baja selamat dikompos dr bahan2 organik yang terbuang, kami perlu menanam pokok bg melihat keberkesanan baja kompos yg dihasilkan.. Dan kumpulan kami memilih pokok sayur sawi sebagai bahan eksperimen... Selain dr menjadi cikgu Math in the future, kami ni juga cukup pakej sebagai cikgu Kemahiran Hidup ataupun cikgu Pertanian.. hehe..


1Okt 09 yang lepas, diriku masih berjaya meloloskan diri dr kesibukan yang melanda.. Bersama sayang2ku Husna, Nurun, Ida & Yana.. Mula menerjah tapak Auditorium tepat jam 3ptg... Lemang, sate, nasi impit, air pelbagai warna & perisa, nasi kerabu, kebab, soto, bakso, laksa, mee bandung dan pelbagai lagi masakan yang sedap2 yang berjaya kami makan dan menambahkan lagi berat badan di kala Syawal..


Kesibukan ini berada di tahap yang agak kronik lebih2 lagi utk penghasilan blog & poster buat team PERINDUALAM.. Tuanku Bainun Library Tingkat 3 dan cafe Bitarasiswa sudah menjadi rumah kedua kami sepanjang sem ini.. Mencari update2 yang terbaru mengenai Physical Environment... Bertambah sibuk, apabila Prof mengkehendaki kami membentangkan hasil baja kompos kami.. ngrrr~~ agak ngeri bunyinya.. Alhamdulillah, confident level yang diberikan oleh team sgt2 tinggi dan membolehkan kami seteam mewakili kelas utk seminar Alam Sekitar.. Tahniah buat Team PERINDUALAM..

Alhamdulillah, dalam kesibukan ini, diri ku serta sahabat2 yang lain telah diberitakan mengenai penempatan praktikum bagi sesi Jan 2010.. Alhamdulillah.. SMK Gerik menjadi pilihan sebagai sekolah praktikum bersama sayangku, Najiha dan 4guru lagi.. Semoga kita dapat bekerjasama dgn baik..InsyaAllah.. 2bengkel telah berjaya diikuti pd 12Sept dan 13Okt yang lepas dimana ia benar2 memberi input2 yang berguna kepada kami sebagai guru.. Rasa banyak lagi ilmu yang belum cukup didada.. Semoga diriku dan sahabat2 yang lain dapat menjalani ROS+Praktikum dengan sebaik mungkin..

Dalam kesibukan kuliah dan assignment lain, diriku, Kak Juleya,Kak Mai, Nadia & Yana dari team IQG masih ingin mencuba nasib dalam pertandingan rekacipta sempena Hari Alam Sekitar .. Rekacipta ini perlulah berkonsepkan bahan terbuang dimana menitikberatkan terhadap kos bahan, fungsi bahan dan kreativiti..Hampir 2hari team IQG bertungkus lumus utk menghasilkan kotak serbaguna & rak kasut dr kotak2,sampul duit raya,botol mineral, tin aluminium yang kami kutip di tong2 sampah..Slide presentation juga dibuat bagi menambahkan lagi kekreatifan kami berlima..Walaupun, masing2 dari fakulti yang berbeza dan masih sarat dengan assignment yang bertimbun, tetapi semua team IQG telah memberikan 1 teamwork yang terbaik.. Sememangnya , utk kita jadi guru, kita perlu jadi guru yang kreatif & inovatif..

Pada 12Okt, team IQG mempersempahkan hasil ciptaan di Auditorium Utama UPSI..Pelbagai hasil ciptaan dipersembahkan dr setiap kumpulan.. Rasa kecil dan merendahkan diri yang sememangnya rendah.Walaupun kak Juleya tidak dpt hadir bersama2, namun kami tetap memberikan presentation yg terbaik.. Alhamdulillah... Kejayaan ditempat pertama berpihak pada team IQG.. Tahniah2.. Berbekalkan kos bahan 60sen, kami berjaya menyakinkan juri bhw ciptaan kami memang murah & mesra alam.Yang penting, bukan kemenangan tp kesedaran terhadap alam sekitar..

Bagi melengkapkan lagi projek team PERINDUALAM, kami telah mengadakan 1 photoshot bagi tujuan blog & poster di sekitar UPSI yang penuh dengan warna2 hijau dan ditambah lagi dengan kami yang memakai baju berwarna hijau.. Tujuan photoshot bukan sekadar bergambar ttp ingin menaikkan semangat kami dikala masing2 tension dengan tesis yang perlu dihntr selaras dengan minggu assignment, dan projek.. Memang masa utk tidur semakin berkurang..Ditambah lagi dengan jadual kuliah,mid exam & aktiviti lain. Rasa2nya hampir semua students Matematik mengalami masalah yang sama iaitu ---terkejar2 mengejar deadline tesis---- emmm.. Makan & Tidur ntah kemana.. Status di YM hampir semua sama.. ~~Tesis~~ Tetapi inilah pergorbanan utk menjadi seorang guru.. Nanti dah jadi guru, lagi xcukup kaki & tangan..

15Okt09, Hari Alam Sekitar telah berlansung dengan jayanya .. Pelbagai kempen dan pertandingan yang dimana setiapnya mengajak kita mencintai alam sekitar utk generasi yang akan datang..InsyaAllah.. Diri ini telah terpilih sebagai wakil di Pertandingan Seminar Hari Alam Sekitar dengan tajuk projek 'Composting'.. Namun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepada sy.. Maaf semua!

Alhamdulillah...Akhirnya siap juga tesis ku yang berbunyi 'Mengkaji Jenis Kesilapan Pelajar Dalam Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah Terhadap Topik Persamaan Garis Lurus' Penantian hampir 1tahun bermula dari sem lepas akhirnya berbayar setelah laporan penuh tesis selamat sampai di meja penyeliaku, Prof Dr Marzita tepat jam 3ptg ,Jumaat 16Okt09 di Pejabat Penerbitan UPSI.. Semoga tiada lagi tesis selepas ini... hehe.. Bukan senang nak hasilkan tesis ni..Ditambah lagi dengan assignment2 yang lain...huhu..Memang menguji kesabaran!

Penat tesis masih belum hilang, malah ditambah lagi dengan Exam Mid II Kimia pd Ahad 18Okt.. Aduhaii... Ingatkan masa tidur boleh dipanjang2 kan, tapi semakin dipendekkan kerna diri ini belum lagi ada persediaan yang rapi utk menembak di hari Ahad ini.. Seperti biasa, mata dijegilkan dan dibesarkan utk melihat kembali nota2 kuliah yang terlalu lama dibiarkan dek kerana sibuk yang melanda.. Terkulat2 bertanya apa itu SN1,SN2 mechanism, Markovnikov Rules, dan sebagainya..Alhamdulillah, selamat juga kertas exam tadi dibuat tanpa meninggalkan kosong walaupun rasanya yang kutanda itu adalah tembakan kosong!

Alhamdulillah...

Selesai semua perkara...


Rasa ringan sgt2 beban di kepala..


Masa utk rehatkan minda sebelum bermulanya
Final Exam...

p/s:: Kepenatan ini mengejar ku erti kesabaran.. Sabar Sofia.. Lepas ni, xde dah nak terkejar2 hntr assgnmnt & projek.. Lepas ni, terkejar2 wt LP plk.. huwaaaaaaaaa....

Wednesday, October 7, 2009

Cabaran Menjejak Gunung Nuang

Salam.. Masih ingat pada entry lepas ttg keterujaan diriku utk hiking..hehe..Alhamdulillah.. Berjaya juga diriku dan kawan2 yang lain menyahut cabaran menjejak Gunung Nuang yang lepas.. Alhamdulillah.. Perasaan yang sama seperti naik Gunung Brinchang & Gunung Irau yang lepas..Bila dh smpi puncak, mesti rasa nk naik lg..Macam2 pengalaman & kenangan yang diriku dapat sepanjang 3hari 2malam berkampung disana.. Oklah.. Malas nak sembang panjang2, ini serba sedikit coretan yang dapat diriku kongsikan dengan semua.. Layannn..

2Oct 2009 (Jumaat) :

2.00pm : Masih di rumah..Tangkap2 gambar gn hmate dan salam2 perpisahan..Chewahh..Hampir jam 2.30pm baru kalut2 angkat beg dan amik bas g kampus..

2.30pm : Tepat jam 2.30pm selamat sampai kat Audi...Ikut tentatif berkumpul di Audi.. Kak Azu sampai dengan motor bgtau suruh berkumpul dekat bustand depan Audi.. Boys sume tggu sana..Ingatkan xde bunga..hehe..

3.30pm : Naik bus. Dok paling belakang dgn kak Mai..Bus mula bertolak ke Hulu Langat, Selangor.. Suasana dalam bas meriah dengan beg2 packer.. Bersembang gan Kak Mai sampai xsedar mcmna boleh tertido.. Kejap2 sembang gan orang sebelah.. Kadang2 tgk luar.. Kawasan ulu langat ni memang ulu.. Kawasan orang2 asli.. Memang asli.. Kampung & orang2 nya.. Ada sekolah kt situ.. Terpikir kalau kena posting situ.. huhu..

5.30pm : Selamat sampai ke Pejabat Pendaftaran Renjer.. Punggah semua barang..

6.00pm : Solat, bahagi kumpulan,khemah, first aid dan makanan yang nak kena bawak ke basecamp.. Sempat lagi g toilet.. Buang serta memerut apa yang xsepatutnya.. Bagi ringan ckt badan.. Pas ni, xde toilet2 dah.. Toilet buatan je.. hehe

6.45 pm : Angkat semua barang, letak dalam beg dan start trekking ke kem lolo.. Aduii... nak g kem lolo pun, trek dah start mencanak 30darjah.. still leh jalan lagi.. sakit2 bahu.. berhenti jalan .. berhenti jalan, n berhenti n jalan lg.. sembang2 gan ahli group.. Semua sporting..Kak mai, nura, husni, fauzi, man n jalal..Ali pn grup jgk, tp dia selamat smpi ke kem lolo pagi td..

7.30 pm : Trek semakin mencabar padahal belum start hiking Gunung Nuang lg.. dh boleh bayangkan trek Gunung Nuang cmne.. Aduh..leh pengsan ni.. Sakit bahu, tukar posisi beg ke depan.. Last2, man yang bwk beg.. thx! Diri ini lenggang kankung..

8.00 pm : Dah lepas 2 cek point sebelum smpi ke kem lolo.. tinggal 1 lagi cekpoint ke kem lolo...tolong z kepenatan.. xpe2, sabar z , 1 je lagi cekpoint.. pas ni smpi kem lolo dh...

9.30 pm : Lebih kurang jam tu, sampai ke kem lolo.. sebelum smpi kem lolo kena seberang sungai..semua penat.. pasang khemah.. tgk husni n fauzi semangat pasang khemah ktorg, so tolong sma2.. rupa2 nya, itu memang khemah diorg.. hehe.. oppss.. sori gurlz, silap khemah da.. last2 amik port khemah sebelah diorg... selamat kot sebelah diorg.. hehe. kemas2 brg2.. same khemah gn kak mai, kak azu n aini..


12.30 am : BBQ siap..Ada ayam,n hotdog je.. semua rebut..laparr.. nasib selamat ratah masa masak td.. hehe..

1.30 am : Masuk khemah.. tidurrrr...
3Oct 2009 (Sabtu) :

9.00am : Get ready utk hiking lepas sarapan maggi yang dibuat Kak Azu.. Bahagi2 kumpulan dan mula streching.

9.30am : Mula hiking ke Gunung Nuang.... Yeahhhh... Cabaran bermula...

11.00 pm : Tiba di kem pacat.. Rehat..Mula masak2 utk tghri sebelum meneruskan pendakian ke Gunung Nuang..

Masak utk lunch di Kem Pacat yg byk pacat...hehe
1.00 pm : Meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Nuang... Sebelum sampai di puncak perlu menempuh trek yang licin, berbatu2 serta trek yang semakin lama, semakin mencanak 90darjah..Kekuatan fizikal + emosi kena sgt2 kuat..Berbeza dgn trek Gunung Irau dulu yang kudaki, perlu 6kali naik, 6kali turun.... Trek Gunung Nuang betul2 menguji jiwa & raga..hehe..Sweeper, Sir yang byk menunggu dan beri ayat2 semangat supaya teruskan pendakian. Sir mmg sweeper yang baik..Perlu tiba di Puncak Pengasih dahulu, menuruni trek dan naik semula... Husni & Fauzi sgt2 baik setia menemani smpi ke puncak.. ((nama korg dalam blog ni, komisyen k.. hehe))

Trek Gunung Nuang yg mencabar jiwa

4.00 pm : Selamat tiba di Puncak Gunung Nuang.. Alhamdulillah.. Rehat.. Layan tangkap gambar dl..Rehat..Makan biskut Tiger.. Hiker2 yang sampai puncak dl mula menuruni Gunung Nuang.. Diriku, husni, fauzi, geng Aishah dan 2 sweeper relax dl kat atas... Menikmati indahnya ciptaan Ilahi...

selamat tiba di puncak... yihaaaaa..
muka-muka hiker yg penat belakadari atas puncak... saya nampak ini...
Indahnya ciptaan Tuhan.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk melihat alam ini

5.00 pm : Mula menuruni Puncak Gunung Nuang... Perlu tiba di kem pacat sebelum malam..Tapi, perjalanan semakin perlahan disebabkan trek menurun adalah lebih mencabar.. Masing2 memperlahankan langkah dan perjalanan byk terhenti disebabkan penat dan bahaya.. dengan keadaan trek yg semakin licin dan berlecah..

6.30 pm : Tiba di kem pacat dan meneruskan perjalanan turun ke kem lolo... Keadaan sekeliling semakin gelap... Lampu suluh dikeluarkan.. Perjalanan semakin perlahan disebabkan penat dan byk berhenti.. Bekalan air + cokelat semakin habis.. Banyak kali terjelepok jatuh kebawah ketika menuruni batu2 dan akar2 yang menjadi jalan kami.. Terpisah dgn sweeper Mail, dan Abg Wan..Mereka naik semula keatas utk melihat geng Aishah yg xturun2 lg.. Diriku, Husni,Fauzi dan 2 org lg meneruskan perjalanan tnpa mereka.. Hampir tersesat kerana keadaan hutan yang gelap, lampu suluh semakin malap.Hanya berpandukan kpd petanda jalan yang dibuat di pokok..Kaki masing2 seperti berjalan diatas angin.

8.00 pm : Masih belum tiba di kem lolo.. Hiker2 yang lain sudah selamat sampai di kem..

9.00 pm : Berhenti di satu kwsn camping hiker luar... Aishah injured..Mengalami kepenatan terlampau.Pengsan.. Sir amik peranan.. Diri ini turut sama dalam R&R terhadap Aishah.. Bagaikan dalam cerita paramedik. Membalut Aishah dgn aluminium foil,amik denyutan nadi, minum glukos dan lain2..semua keja berlaku dgn pantas..Terimakasih pd Sir, Aishah selamat..Aishah dikendong dibelakang Lelek utk dibawa turun ke Kem Lolo..Diri ini & semua dh mula utk turun..Tiba2, sorang lagi dikesan injured..Hanum.. Kaki Hanun cramp..Xmampu utk berjalan.. Diri ini xsampai hati tgglkan Hanum bersama2 sweeper lelaki yg lain.. Ok.. Diriku decide papah Hanum smpi ke Kem Lolo.. Diri ini, Hanum, Mail & Abg Wan mula menuruni trek..Perjalanan double lambat,perlahan, slow..Its ok..Biar lambat asal selamat..

10.00 pm : Keadaan di kem lolo kecoh.. dpt berita diri ini dan Hanum belum tiba di Kem.. Bantuan dihantar.. Kami still menuruni trek dalam keadaan yg super slow.. Hanum kuat semangat walopun sakit..Bagus.. Bantuan makanan dr bawah smpi. Nasi sardin.. Sweeper yg makan.. Hehe..Bantuan dr bawah semakin ramai..Perjalanan super duper slow.

12.00 am : Akhirnya selamat smpi. Semua dh tido..Santai2 dl..Sempat lg masak megi, panggang ayam dgn kak ina n boys..

2.00 am : Baru masuk khemah tido... zzzzzzzzzzzzzzz... super duper luper penat... zzzzzzzzzzzz
4 Oct 2009 (Ahad) :
7.00 am : Mula mengemas2 kem lolo utk pulang..

Swimming pool ktorg
Hari terakhir di Kem Lolo...
10.00 am : Mula meninggalkan kem lolo.. Mula menuruni jalan balak yg agak berbatu2 tu..

Penat tp Best!!!! Next trip bila??
12.00 pm : Sampai ke bawah.. Mula membasuh khemah, masstin dan lain2..

2.30 pm : Bas smpi, terus balik..


5.30 pm : Singgah R&R Sg Buloh.. Semua makan banyak.Habis dietku 3hari ni. hehe


8.00 pm : Sampai rumah sudah............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Bergambar kenangan sebelum balik...


p/s:: badan rasa ringan ckt lepas hiking... hehe... mengidam maggie dan biskut tiger.. baru ku tau maggie itu sedap!!! Gambar2 lain, kt myfriendster k!! Check it out

Related Posts with Thumbnails