MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 30, 2013

HAPPY WEDDING TO B2B CIK MAH

Yeaaahhhhhhhhhhhhhh, lagi 2 hari B2B kita yang super rajin ni nak mendirikan rumah tangga... Dah kurang satu B2B kita , hehehe.... Lepas ni jadi Mommy to Be plk.. heeeee...Nervous okeh Cik Pia untuk Cik Mah.. Percaya lah... hehehehehe.. Jejom, kita pakat-pakat doakan Cik Mah kita selamat urusan pernikahan, persandingan dan bertandang... Apa-apa pun, Cik Pia puji betul sikap Cik Mah kita ni, sebab nya, sampai sekarang ni dia dok sibuk + kalut + rajin nak ber-DIY semua tau............... Salute u, Cik Mah......................... Hopefully, lepas ni rajin - rajin berblogging lagi okeh !!! 
Pesanan untuk Cik Mah :

Jangan nervous-nervous okeh !!!!!

Thursday, January 24, 2013

CHECKLIST PERSIAPAN LAGI

Tinggal lagi 4 bulan plus plus plus..... fuuuuhhhhhh.. Rasa macam lambat lagi sebab nya, sibuk bekerja sampai kadang-kadang terlupa yang Cik Pia ni bakal berkahwin... hehe... Tapi, nasib baik la, ada kawan-kawan Cik Pia yang bakal melansungkan perkahwinan, jadi bila teringat nak pergi majlis diorang, baru teringat majlis sendiri.. hehehe....

Lagi 4 bulan... Ada beberapa perkara yang belum Cik Pia setelkan..
  1. Pelamin, All decoration for Wedding , Baju bersanding  = DONE FOR DEPOSIT  !! Tapi, belum pilih baju, tema baju, pilih pelamin lagi dan decorations.... grrrrrr.. sabar ajalah, nasib baik la my wedding planner kata dia akan simpan baju-baju yang cantik untuk pilihan Cik Pia sebab Cik Pia dah bayar deposit....
  2. Borang Nikah + HIV = DONE ambil borang , tapi belum bergerak buat lagi..... heeeeee
  3. Khemah = BELUM ... OMG !!!!! Tak tempah lagi mana-mana vendor untuk khemah... Hari tu ada tanya pakcik khemah kat taman rumah Cik Pia , tapi dia kata dah ada orang masa tarikh yang sama.. Terus sentap, sampai sekarang tak cari-cari lagi.. heeeeeeeeee
  4. Kompang, DJ, Silat = BELUM !! NAK SEMUA ITU.. Tapi, tak jumpa lagi harga yang berpatutan dengan Cik Pia yang bajet bride ni.. 
  5. Guest Signature’s Board = TAK TEMPAH LAGI.. Tapi, dah survey-survey harga kat CKK.. Not bad la.. Nak tunggu hasil dari Scallop TQ Tag dulu.. Kalau puas hati, baru proceed order untuk Guest Signature’s Board
  6. Barang hantaran = Another half BELUM BELI LAGI.. Kasut, Cincin nikah both ukir , jam tangan, wangian ... Sekarang tengah sale CNY !!!!!!!! Ape lagi, grab it !!!!
  7. Catering Nikah + Sanding = Dah tempah, DEPOSIT BELUM LAGI !!!
Masuk aja minggu hadapan ,
 Cik Pia nak cari KHEMAH dulu.....

Sunday, January 20, 2013

WEDD PREP : BORANG PERMOHONAN NAK BERKAHWIN

Seperti mana yang telah Cik Pia janjikan dalam entry yang lepas , mai Cik Pia review apa yang Cik Pia paham lepas ambil borang permohonan nikah hari Jumaat yang lepas..

Disebabkan, bakal suami Cik Pia pun dari Perak juga, jadi kami berdua ambil sama-sama borang permohonan nikah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Tabung Haji , Balai Polis Trafik, dan Stesen Bas Medan Kidd tu.. Apa yang Cik Pia nak cerita untuk pasangan sama negeri ya terutama sekali dari Perak... Negeri-negeri lain mungkin berbeza 2, 3 item...

Disebab kan borang nikah ni valid hanya dalam masa 3 bulan aja, jadi masa sekarang ni (tinggal lagi 4 bulan ++) adalah masa yang sesuai untuk ambil sebab banyak lagi urusan yang perlu dijalankan.. Sebenarnya, tak ada susah sangat nak isi borang permohonan nikah ni, kalau kita ikut betul-betul arahan yang diberikan ... TQ banyak-banyak kepada pegawai di Jabatan Agama Islam Perak sebab explain sampai paham.. heeeee

PERMOHONAN LELAKI (borang nikah disediakan bersama-sama 4/5 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  3. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  4. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  5. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Tunang Cik Pia akan hantar borang dia dulu kat Tok Kadi mukim dia, kemudian dah setel cop, baru bagi borang nikah dia pada Cik Pia.. Cik Pia pula akan sediakan :

PERMOHONAN PEREMPUAN (borang nikah disediakan bersama-sama 5/6 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. 2 salinan Kad Pengenalan Wali (Ayah Cik Pia )
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  4. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  5. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  6. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Kemudian...

BORANG EN TUNANG + CIK PIA + DOKUMEN >>Hantar kat Tok Kadi Belah Cik Pia
I
I
I
Hantar kat Jabatan Agama Islam Perak
I
I
I
Follow Up dengan Tok Kadi selepas beberapa hari/minggu, samada dia sudah ambil borang nikah yang telah disahkan di Jabatan Agama Islam ....

Oke, itu sahaja.. Senang kan??? heeeeeeeeeeeeeee..... Pegawai tu pun siap-siap tandakan lagi ruang mana yang PERLU DIISI dan mana yang JANGAN DIISI.. Kalau di Perak , IC saksi tak perlu difotostat, sebab Tok Kadi akan bawa saksi dia sendiri yakni orang-orang masjid..... So,, urusan lebih senang,, Kalau kita dah siap-siap tulis sapa saksi kita, pas tu saksi tu pula tak datang masa akad nikah, kan haru jadinyaaaa....

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesilapan semasa menulis borang, Cik Pia sarankan B2B semua fotostat dulu borang nikah, kemudian isi yang fotostat dulu.... Dah rasa yakin, tak ada kesalahan, baru tulis elok-elok dalam borang original.. Bukan apa, kalau salah, kena beli lain lagi.........

Saturday, January 19, 2013

APDM - SELESAI DALAM KESEDIHAN

Alhamdulillah.. Selesai ber-APDM .... Legaaaaa, sebab nya 80 % maklumat datang nya dari maklumat-maklumat yang telah guru kelas tahun lepas isi, so Cik Pia hanya buat semakan dan tambahan atau perubahan aja pada maklumat anak-anak murid kelas Cik Pia... Terimakasih cikgu-cikgu... 

Sedihnya hati dan pilu bila tengok  maklumat keluarga setiap anak-anak murid dalam kelas Cik Pia.. Bukan semuanya datang dari keluarga yang kaya.... Ada yang emak/ayah kerja jaga, cleaner, kerani... Ada yang emak ayah berpisah, PJJ, dan tak kurang juga ada anak murid yang duduk di rumah kebajikan ... Sedihnya... Itu belum tengok lagi pendapatan keluarga.. Ada yang rm500 aje, tanggungan keluarga pula sampai 3-5 orang.. huhuhuhu.. Sedihnya bila tengok, nak key in data dalam sistem APDM ni rasa sebak aje.. 

Macam na la Cik Pia tak marah anak-anak murid bila diorang ni malas belajar, sebabnya tanpa pendidikan mereka tak boleh nak ubah nasib keluarga... Aiiisssshhhh, lepas ni kena banyak bagi motivasi lagi kat anak-anak murid!!!!

PANGKALAN DATA MURID : APDM

Hari ni off kejap dari cerita kahwin-kahwin.... hehehe.. Sebabnya, Cik Pia kena fokus buat kerja sekolah masa cuti-cuti ni.. Awal-awal tahun ni, sebagai guru kelas, Cik Pia dan seluruh warga guru kat Malaysia ni kena update maklumat pelajar/ibu bapa/penjaga dalam sistem Pangkalan Data Murid  ...... Jenuh juga nak buat kerja ni sebab nya salah satu halangan nya ialah kemudahan internet.. Kalau internet laju, memang best la buat kerja ni, kalau tak , memang kena berjuang la nak masuk sistem ni dengan beratus ribu guru yang lain yang online pada masa yang sama.....
Tengok la jumlah guru yang log in pada waktu yang sama dengan Cik Pia pukul 9malam... Berpuluh ribu tu..

******Kepada warga guru sekalian, selamat ber-APDM di hari minggu.... Tak apa, kita korbankan sedikit masa cuti kita, untuk kerja-kerja ibadah kita.. Dapat pahala lagi...

WEDD PREP : BORANG NIKAH OH BORANG NIKAH

Weeeehhhhhhuuuuu, balik sekolah tadi, terus pecut balik rumah, pukul 145 dah sampai rumah.. hehehe.. kenapa pecut laju-laju ni, sebabnya :


    1. Nak update blog, biasalah Cik Pia kalau hari Jumaat - Ahad baru pandang blog sebab dah habis kerja-kerja sekolah.. Yang kedua nyaa..... ehem-ehem-ehem.....
    2.  Nak amik BORANG NIKAHHHHHHHHHH.....
Weeeeehhhhuuuuu... Tapi , lambat lagi kan Cik Pia, ada 4 bulan  2 minggu lagi kan-kan-kan ??? ...  hehehehehehe... Cik Pia dan En Tunang, nak ambil awal, sebab dah plan nak setelkan ujian HIV + Borang Nikah sebelum Mac/April .....

Oke lah, Cik Pia akan review pasal benda ni later on okk.. sekarang nak pegi solat, pas tu makan laju-laju, dan siap laju-laju..


 ^_____________________^

Wednesday, January 16, 2013

AMBIL HATI

 ♥ TQ En Tunang lukiskan karikatur Cik Pia ♥ 

 Amik dari gambar ini......


Eh-eh , sama tak gambar nya???
Pandai betul En Tunang, tapiiiiiiiiiiiii

bukan dia yang lukis, dia upah orang aja, hehehehehehe..... 

kalau En Tunang pandai lukis, dah lama Cik Pia upah dia buat design kad kahwin, baju kahwin, etc etc etc... hehehe.. tapi, terharu sebab kalau keluar dengan En Tunang, mesti ada saja cenderahati dapat dari dia.. Ambil hati I la tu.. kekekekeke.... Tq En Tunang ♥ 
 Cik Pia memang tak pandai nak ambil hati orang lelaki..... hehehehe... Macam na ya?????? 

Monday, January 14, 2013

FIRST GIVEAWAY BY CERITA SUPERSTAR

GA datang lagiiiii............ Cik Pia join.. Mari-mari... Tq Cik Anna sebab promote....


Syarat2 penyertaan nye : 

1. Kene follow blog Cerita Superstar
2. Buat entri yg bertajuk " First Giveaway By Cerita Superstar" lps tu copy banner, letak dalam entri & link kan banner tu ke blog/post GA beliau...
3. Jangan lupe letak link entri korang beserta Nama & Email ye...

Hadiah-hadiah nya pula..


1) 2 pcs kain felt (Oren & Putih)
2) Roses
3) Assorted Ribbons
4) A set of embossers
5) A set of scissors

****Hari ni hari Isnin.. Buzy sangat dengan kerja sekolah... Atas meja kat sekolah dah penuh dengan fail-fail PBS, mungkin lepas ni Cik Pia kena pandai-pandai bahagi masa kot... Lepas kawen tak nak bawak kerja balik rumah... huhuhu

Sunday, January 13, 2013

WEDD PREP : TQ TAG COMEL CUTE

Teringin sebenarnya nak DIY TQ TAG macam yang B2B yang lain buat, tapi tak kreatif la.... hehehe... Kebetulan Cik Pia ni tersangat rajin berFB walaupun buzy dengan kerja sekolah, so terklik la Ceria Kad Kahwin (CKK) :
https://www.facebook.com/ceriakadkahwin?fref=ts

Ada banyak perkhidmatan yang diorang buat tau, macam kad kawen, tq tag, bunting, banner dan semua la yang berkaitan...Jadi, Cik Pia pun berbincang dengan diorang tru FB aje, dan berminat la nak tempah tq taq ala, yang macam ni : 
Tapi, Cik Pia nak buat versi Cik Pia la kan, so, Cik Pia pun start la mensearch kartun yang comel-comel dan cute-cute macam Cik Pia, hehehehehe .. First-first, nak guna kartun yang ini :
Cute doodle dari En Wan Hazel.. Baik hati dia ni, sebab bagi free doodles pada semua orang... FOC okeh..

Emak kata cute, tapi kenapa pengantin lelaki tak ada mata lagi sebelah, so emak reject..Tak ape, tetap akan guna untuk project yang lain.. hehehehe...

So bincang punya bincang, CKK telah pun buat dua tq tag untuk pilihan Cik Pia , tapi sekarang Cik Pia tak tahu nak pilih warna apa yang cute dan sesuai...... Tq tag aje pun.. kecoh kan... hehehehehe...
Yang ini emak berkenan, sebabnya, emak kata cukup sifat semua.. hehe.. tapi, tak tahu nak pilih warna apa yang cantik... Nak pilih mana satu ye :

A) UNGU 
B) KRIM 
C) TUKAR WARNA BACKGROUND YANGLAIN 

Saturday, January 12, 2013

WEDD PREP : PERKARA YANG TIDAK MAHU

Ada beberapa perkara yang Cik Pia tak mahu pakai/ada/ikut sebelum@semasa@selepas majlis perkahwinan Cik Pia nanti... Amboiiii, bukan main DIVA lagi Cik Pia ye.. hehehe
  • TAK MAHU PAKAI LIPSTICK WARNA PINK/MERAH MENYALA MAKNGAH - sebab selalu nya tengok pengantin yang pakai lipstick pink ni, gigi diorang jadi warna kuning padahal gigi memang indah berseri dah........... hahahahaha.. udah macam tak gosok gigi la pula... sorii yeee.. Kalau MUA pakaikan pink jugak, memang nak kena la dengan Cik Pia, so Cik Pia akan request lipstick warna cokelat/natural .... Atau Cik Pia akan beli awal-awal untuk dia..hehe..
Bukan gigi Cik Pia yeeee....
  • TAK MAHU PAKAI HENNA - Pakai inai biasa kat hujung-hujung jari tak apa... Tapi, Cik Pia tak mahu pakai henna ukiran-ukiran tu sebabnya ada tertengok kat FB ada orang pakai HENNA sampai kulit dia jadi gelembung-gelembung ikut ukiran tu.. eeee.. ngeri tengok tangannya, kalau macam tu la terus kena kurang harga hantaran nanti , hehehe. SAY NO TO HENNA !!!
Henna cantik dipakai.. Suka tengok, tapi tak suka pakai...
  • TAK MAHU PAKAI  CONTACT LENS - Ramai pengantin suka pakai contact lens bila kawen kan, mungkin sebab dah biasa pakai atau nak nampak luar biasa, Cik Pia idak la pakai, sebab nya Cik Pia kan TAK PERNAH PAKAI contact lens, takut terlekat terus pula contact lens dalam mata... eeeee... gerun-gerun Cik Pia camni..
Cantik nya mata dia.... Tapi tidak la Cik Pia nak pakai, cukup la mata cokelat ku ini.. (muntah hijau)
  • TAK NAK PAKAI BAJU PENGANTIN YANG ADA KORSET - fuhhhhhhhh..... Tak tau kenapa, tapi Cik Pia nak cari baju pengantin yang dah siap lining kat dalam, rasa bila pakai baju pengantin yang ada korset ni macam berkemban pula walaupun hakikatnya ada baju inner dan tudung... Tak boleh-tak boleh.. Cik Pia mementingkan keselesaan.... Tapi, masalahnya, baju pengantin untuk majlis bertandang pakai korset la pula........... arrgghhhhhhhhhhhhhh.......... Sebabnya baju tu aja yang ada untuk warna biru turqoise untuk majlis bertandang nanti... huwaaaaaaaaaaaaaaa........... Tapi, untuk majlis sanding nanti, Cik Pia TAK PAKAI BAJU PENGANTIN YANG ADA KORSET  sebab dah bagitahu siap-siap dekat Wedding Planner.. heeee..
 
  • TAK NAK MAKAN KACANG -Hari ni last day makan kacang, tak kisah la kacang gajus ke, badam ke, kacang parpu ke, semua jenis kacang la tak nak, sebabnya, bila Cik Pia makan kacang, mesti esok nya naik jerawat tau.. Benci mak jemah, sekarang ni tengah feveret cicah buah dengan kuah rojak + kacang.... Perggghhh, memang jerawat naik menternak sedap-sedap kat muka ni.. Okeh, esok berazam tak mahu makan kacang dah..
***Semakin menjadi-jadi fobia Cik Pia ni....hehehehe.... B2B yang lain macam na pula....

Friday, January 11, 2013

WEDD PREP : BAJU NIKAH

Cerita pasal baju nikah sebenarnya masa hantaran bertunang hari tu family En Tunang ada bagi sepasang kain pasang + tudung + veil  dimana sepatutnya dijadikan sebagai baju nikah nanti.. Kainnya memang cantik, siap ada sulaman atas kain tu tapi kainnya cotton dan macam jarang... Alamakkkk.. Macam mana ni, Cik Pia kalau boleh nak buat baju kurung moden tapi selalunya kain cotton tak berapa nak sesuai sebab  kain tu tak lembut kan, nanti kain tu nampak kaku ja kat badan Cik Pia, tak flowy-flowy... hehehehehe.........
Kain pasang yang dijadikan hantaran katil dan  tudung + veil + keronsang jadi set hantaran beg.. Kreatif kan jiran Opah En Tunang.
Jadi, Cik Pia pun slow talk la kat En Tunang pasal jenis kain tu dan kalau boleh tak nak dibuat baju nikah , dan nasib baik la En Tunang pun setuju kalau kain tu dibuat sebagai baju kurung yang boleh dipakai selepas kawin.. Fuhh selamat.....

Cik Pia kalau boleh baju nikah tu :
1) TAK NAK kain lace-lace bagai sebab kain tu kan nanti panas duduk dalam masjid berdebar-debar habis semua peluh keluar, hahahahaha..
2) TAK NAK baju nikah ketat-ketat, kain sendat-sendat nanti nak duduk dalam masjid bukan guna kerusi tapi duduk bawah , duduk sopan-sopan tak boleh nak gerak-gerak kaki kalau kebas...hehehehe...
3)TAK NAK warna Putih, sebab Cik Pia kan hitam-hitam manis setampuk manggis, nanti kesian Cik Pia tenggelam nanti dalam warna suci itu.. hahahahaha

Jadi Cik Pia pun sudah lah membeli baju kurung moden yang menepati ciri-ciri yang Cik Pia nak tu tahun lepas lagi ok, sebulan selepas bertunang.. hehe.. Awal kan????  Cik Pia beli yang dah siap terus, RM150 je, siap ada batu-batu putih lagi... Cik Pia ni tak pandai la nak ber-DIY bagai ni, asalkan baju tu BUKAN KAIN LACE, KETAT-KETAT dan PUTIH, Cik Pia okey aja... 

Warna sebenar dirahsiakan tunggu lepas kawen
Yang penting, Cik Pia mahu keselesaan semasa memakai baju nikah tu dan nak jaga juga aurat dan adab dalam masjid..Cik Pia ini tidak la alim bebenor, tapi kesian nanti dekat bakal suami Cik Pia kena tanggung dosa Cik Pia lepas kawin kalau Cik Pia pakai baju ketat metat, jarang marang semua.... heeeeeeeeeeeee

Jangan jadi macam ini ya...... 
Tengah google-google baju nikah, terjumpa dalam google image, terkejut mak jemah !!!


WEDDING PREPARATION = WEDD PREP ????

Hai B2B semua....... Salam Jumaat.... 

Ada kawan-kawan Cik Pia yang tahu Cik Pia akan berkahwin tak lama lagi (lama lagi sebenarnya 4 bulan lagi..hehehe) mesej-mesej tanya kat FB , antaranya :

'Pia, bila nak kawen, senyap ja kat FB'

'Piaaaaaa, macam na preparation, tak ada dengar cerita pun kat FB'

Erkkkkkkkk.. Yang sama nya semua tang FB tu.. Seriusly Cik Pia ni memang susah sangat nak mengheboh-hebohkan yang Cik Pia ni nak kawen kat FB , atau pun update-update status keterujaan nak kawen macam :

'OMGGGGGGGG, I NAK KAWEN DAH, BAGI HADIAH BANYAK2 EH NANTI'

 ATAU

AWAK, KITA NAK KAWEN DAH, TINGGAL LAGI 4BULAN 2MINGGU 5HARI AJA

ATAU

I DAH BOOKING ITU INI, INI TAK SEMPAT NAK BELI LAGI UNTUK WEDD I

OMGGGGG 

Memang bukan Cik Pia la kalau nak up status macam tu sebelum kawen kan, bukan apa, sebab bukan semua kawan-kawan kat FB kita yang suka kita up status-status pasal kawen ni kan, lebih-lebih pula mungkin ada kawan-kawan kita yang belum berkahwin tersinggung hati.. Jadi kepada B2B semua, berhati-hati sebelum up status kat FB ok..Lihat-lihat pandang pandang.... Cik Pia suka berFB tapi Cik Pia suka share pasal hal kerja dan kawan-kawan je...

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. Cik Pia suka sangat berblogging, sebab Cik Pia rasa kat blog ni kita lebih rasa luahan hati kita pasal kawen ke apa ke dibaca oleh orang yang senasib dengan kita ja... hahahaha.. Maksud Cik Pia, kalau tulis entry pasal kawen, B2B aja lah yang baca kan ??......hehehehehe.......Jadi, pasal hal kawen-kawen ni, blog adalah tempat yang paling sesuai Cik Pia nak syok sendiri sambil dibaca oleh B2B yang ohsem ni.. 

             ♥ Tq semua yang datang menyinggah disini ♥ 


Thursday, January 10, 2013

WEDDING PREPARATION

Esok jumaat... Yeyeyeh.... Tinggal satu hari ja lagi nak kerja untuk minggu ni, kemudian boleh ngadap blog puas-puas.. Ada banyak benda nak review dan cerita kat sini dan of kos la pasal kerja nak kawen kan.. Hari minggu baru la Cik Pia akan serabut dengan benda-benda kawen, tapi kalau hari kerja, kita kerja sungguh-sungguh .... Sabar nooooo ............





Friday, January 4, 2013

DARAH MANIS

Tengahari tadi, bakal Mother In Law (MIL) telefon Cik Pia kat sekolah,  bagitahu sesuatu yang mendebarkan dan menderaukan darah manis Cik Pia ni ....

En Tunang Cik Pia ACCIDENT DENGAN LORIIIII ......... OMGGGGGGG!!!!!!!!!! Tanjat gegurl tau !!!!!! Terus pikir macam-macam... OMG OMG OMG !!!!! Tapi, Alhamdulillah, En Tunang selamat tubuh badan semua, tak injured apa-apa, cuma kereta kesayangan En Tunang aja yang kemek bahagian depan walaupun sempat brek katanya......... Menakutkan betul...............

Tapi dalam trauma En Tunang tu pun, sempat juga lagi dia tanya bila kami nak ambil BORANG NIKAH kat Jabatan Agama... hehehe... Tak apalah, Cik Pia kata next month pun boleh, yang penting En Tunang selamat , tak perlu tergesa-gesa ................

Inikah darah manis yang orang-orang dulu kata tu? Semoga Allah memelihara dan melindungi Cik Pia, En Tunang Cik Pia dan ahli keluarga kami serta orang-orang yang berada di sekeliling...... Amin....

Thursday, January 3, 2013

SERABUT MEJA

Emmmmmmmmmm.... Minggu ni Cik Pia agak sibuk sikit, biasalah sebab baru buka sekolah kan... Sibuk di sekolah dan juga bawa ke rumah untuk setelkan.. Paling Cik Pia tak suka buat adalah benda yang nak kena organize sebab nya, Cik Pia ni kalau organize something macam fail ke mesti nak kena perfect , lepas tu bila x perfect Cik Pia akan jadi  stress sebab nak juga benda tu nampak elok dan teratur..... Jadi, benda-benda tu semua akan buat Cik Pia buang masa padahal tak ada siapa pun nak tengok, hanya untuk pandangan mata Cik Pia aja.. emmmm, mungkin kadang-kadang Cik Pia perlu kurang kan sedikit kesempurnaan dalam sesuatu hal kan.... 


Sekarang ni, Cik Pia tengah organize cantik-cantik folder cd-cd gambar sekolah Cik Pia.. Cik Pia kan jurukamera tak bertauliah untuk sekolah Cik Pia... hehehe.... Nanti senang la kalau-kalau cikgu-cikgu nak minta gambar, tak payah Cik Pia penat-penat buka laptop,Cik Pia paling malas bawa laptop pergi sekolah... hehehehehe...

Jadi, B2B yang lain jangan rindu merindu Cik Pia ye sebab kurang sikit update belog 2 minggu KOTTT ......hehehe..... Dengan En Tunang Cik Pia pun terkena tempiass nya.. Tak sempat nak bermesej2.. Puasa mesej ye.... hehe.. Nasib la ye awak!

Wednesday, January 2, 2013

Free Giveaways by Mrs Nelly Bouquet

Suka sangat masuk GA yang blogger2 ni buat tau... Dulu2 selalu masuk, ada dapat gak... Tapi kali ni GA yang unik sebab pastinya pasal preparation wedding Cik Pia la kan... Ok, mana-mana B2B atau sesiapa aja lah, boleh masuk GA ni.. 

**Klik kat bawah ni ye...
Pemenang akan dapat free hand bouquet dari Mrs Nelly... Apa kebenda nya  hand bouquet tu?? Mai sini tengok :

Free Giveaways by Mrs Nelly Bouquet



Walaupun Cik Pia terlambat, namun tetap menjadi number 8 lucky number.. Yeahhh, bertuah sangat !!! Tak percaya, mai tengok :

I want to win GA by MrsNellyBouquet .......... Help me to reduce my wedding preparation.... hehe... bertuah x i? hehehe
ReplyDelete
Replies
  1. ok Cik Pia is lucky no. 8.. sila isi form dkt Order form ok.. But ur's will be limited to 1 HB only.. :)


Related Posts with Thumbnails