MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label perjalanan ttc. Show all posts
Showing posts with label perjalanan ttc. Show all posts

Saturday, June 10, 2017

WHERE ARE YOU IN THIS TTC JOURNEY ?

Waaaaa.... hari ni aja udah 3 post Pia buat, terlajak rajin sudah... Inilah padahnya bila dah pandai guna hotspot.. kekekekekeke...

ok, go back to the topic...

WHERE ARE YOU IN THIS TTC JOURNEY ? 
SEJAUH MANAKAH ANDA DALAM PERJALANAN TTC INI ?

A) Masih samar, zero, tempuh sahaja dan tak buat apa-apa
B) Belum lagi berjumpa doktor walaupun dah lama TTC
C) Masih dalam rawatan doktor etc
D) Rehat sebentar dari rawatan
E) Rehat betul-betul rehat

I choose D as the answer..... Tapi rehat Pia ini, bukan lah rehat saja-saja macam E tau...
REHAT Pia adalah :
  1. Secara keseluruhannya, Pia berhenti sekejap dari makan sebarang ubat , jumpa doktor dan etc, memandangkan Pia dan suami tak ada masalah yang besar, jadi we choose to be free from visit doc ...
  2. Start 2017 ni, Pia berazam nak mengamalkan pemakanan yg sihat (free from oil, salt, sugar, xdapat free, less pun oke ). Alhamdulillah, berada dalam 1 kumpulan TTC yg ada misi yg sama, Pia tak ada masalah nk menjalankan misi ni... Alhamdulillah, sebenarnya misi ni dah start lama,, cuma tahun ni lebih bersemangat waja lagi.. Alhamdulilllah, Allah beri kekuatan.
  3. Start 2017 ni juga, Pia boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti pergi exercise, keluarkan peluh, i think its good for us, less stress, dan badan pun rasa lebih ringan, dan rindu pula nak exercise  bulan Ramadhan ni...
  4. Gali lebih banyak ilmu berkaitan TTC ni, ilmu parenting, dan segala jenis ilmu lah... rasa rugi sangat tak menggunakan masa yang ada untuk menggali ilmu lebih-lebih lagi yang berkaitan dgn TTC, BF, parenting dan etc....... Sekurang-kurangnya, bila kita dah sampai fasa menjadi ibu bapa nnt, kita ada ilmu tu, fasa TTC tu memang kita rasa lama, tapi nnt bila kita dah start mengandung, tak sempat dah nak serap semua ilmu tau, so,... gunakan masa yg ada.. Ilmu yg ada ni luas....
  5. Doing more detoks, good for me , 2x IUI tak berjaya, salah satu faktor kegagalan mungkin datang dari keadaan  rahim yang tak bersedia, rahim penuh toksin dan etc... so... misi 2017 ni, detoks + exercise, Pia juga sebelum  ni dah 6 tahun guna produk penuh merkuri (tahun ni dah nekad campak produk tu) , rasa nya ia mungkin menganggu kesuburan Pia selama ni, so.. detoks, detoks, detoks, detoks and detoks....
  6. Mungkinkah IUI 3 ? Mungkin, tapi bila tak pasti lagi, tapi bukan masa terdekat lagi, mungkin Pia akan menjalani ujian darah/ husband ujian sperm analisis sekali lagi, mungkin juga nak bertukar ke doktor lain...... so, number 6 tu, tak pasti lagi macmna perancangannya.....Image result for keep positive quotes

Jadi... itulah makna REHAT pia, MORE HEALTHY IN MY LIFESTYLE...... macamna pula dengan anda??


Thursday, March 23, 2017

IKHTIAR TTC : USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENDAPATKAN ANAK

Image result for berharap pada allah


Bertemu kembali TTCian sekalian... Ni Pia nak kongsi dengan rakan-rakan antara  usaha -usaha yang boleh dilakukan untuk mendapat/menambahkan zuriat... Usaha-usaha ni juga elok la dibaca oleh B2B ye, sebagai persediaan awal untuk mendapatkan anak dgn cepat, ala2 bunting pelamin gitu,koleksi ni Pia kumpul dari rakan2 TTC yg brjaya hamil dan juga sumber bacaan serta tak lupa juga dari amalan pia sendiri.




Aku dah usaha,Aku dah makan macam-macam,Aku dah mengurut sana -sini,Aku dah buat macam-macam, Aku dah perabis duit semua untuk dapat anak,Tapiiiiii... kenapa aku belum mengandung lagi...... kenapa?
Image result for berharap pada allah
Jangan macam ni ya TTC sekalian, redha, kita kena redha, kita dah usaha, jangan mengeluh , teruskan usaha, walaupun ambil masa yang lama, teruskan berusaha, teruskan berdoa, Allah sayang kita, Allah bagi kita ujian, Allah rindu kita, Allah pilih kita untuk tambah pahala, bukankah beruntungnya kita menjadi orang yang terpilih untuk menambah pahala.. Apabila kita sabar dengan ujian, makin bertambah pahala kita.. Untung.. Allah pilih kita untuk melahirkan zuriat-zuriat yang tabah,cekal, kuat semangat, pantang menyerah seperti kita dan pasangan.. Betul tak ????


Apa-apa pun, ingat, 90% datang dari doa-doa kita, manakala 10 % lagi usaha-usaha kita. Berdoa-berdoa-berdoa dan terus berdoa.... Sandarkan semuanya pada Allah ...
Image result for berharap pada allah



Friday, August 12, 2016

2nd IUI GAGAL LAGI

Ya.........

Kecundang lagi.......

Dimana silapnya, Pia pun tak pasti....

Mungkin belum tiba rezekinya lagi.....

Ia pasti ada, cuma tidak tahu bila masa nya yang paling tepat ......

Give up?? Neverrrrrrrrrrrrr

Walaupun terpaksa menunggu bertahun-tahun lagi, guna beribu-ribu duit lagi, tidak akan kami berputus asa...

Ada banyak lagi usaha yang belum Pia lakukan......

Teruskan berjuang,,,, bila tersungkur !!!!!!!


Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

Friday, March 18, 2016

SAMBUNG KEMBALI

Assalamualaikum wbt ...

waaaaaa.... lama tidak mengupdate berita-berita terkini dan sensasi disini...... Tiada yang istimewa untuk dikongsi, namun tetap mahu berkongsi....

Alhamdulillah dan sejuta tahniah diucapkan pada kawan-kawan yang selamat menimang cahaya mata sulung/kedua/ketiga etc , semoga menjadi ibu bapa terbaik pada anak-anak.. Semoga dapat mendidik dan melaksanakan amanah yang diberi Allah sebaiknya...

Alhamdulillah juga pada kawan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anugerah zuriat, kerana apa kita perlu bersyukur? kerana kita masih diberi peluang oleh Allah untuk meraih pahala, bermunajat setiap malam, dan terus berusaha dalam redha Nya.....

Jangan mengeluh kawan-kawan semua ya!!! 

Teruskan usaha, gandakan usaha...

Teruskan berdoa, dan yakin pada percaturanNya....

Pasti ada kemanisan setelah kepahitan semua ini..


Dan Pia kini bangun kembali, kembali menyambung apa yang telah Pia dan suami telah mulakan, setelah setahun berehat dari mc yang lepas, kini kami menyambung kembali rawatan di LPPKN Ipoh dengan sejuta harapan dan impian, semoga semuanya berhasil .. walaupun perlu tunggu setahun lagi, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi, kami tak akan patah semangat.......

InsyaAllah ................ doakan kami ya...

Monday, March 23, 2015

PERJALANAN TTC : Keguguran di 1st IUI

6minggu dan 2hari, baby berada di rahim bonda. 
Dikau gugur bagaikan mutiara
Separuh harapan ku hilang, tapi sejuta semangat ku muncul kembali.

Tak mengapa baby, tak mengapa
Belum tiba masa dan keperluan bonda barangkali
Allah merindui usaha ,semangat,rintihan dan doa bonda

Tak mengapa baby, kita cuba lagi, sehingga brjaya
Sekurang2 nya,b0nda diberi pinjaman merasai mengandungmu
Cukup indah, walaupun seketika.

Terimakasih Allah atas kurnianMu. Alhamdulillah.


Diawal kehamilan, pia mengalami spotting darah 0n off. Kejap ada kejap tak ada. hari ni ada, esok tiada, lusa ada balik. Mungkin itu sebenarnya petanda awal baby pia tak cukup kuat. Walaupun, banyak pengalaman orang lain yang mengatakan pendarahan di awal kehamilan adalah n0rmal, tapi mungkin dah tertulis utk pia, itu tidak n0rmal.

Tak mengapa,pengalaman bagi diriku. Sekurang2 nya 1st IUI pia brjaya,cuma rezeki tak panjang. InsyaAllah,sekarang nak rest dulu minda dan jiwa, pas ni, nak mula kembali TTC. Never never never never giveup. 

Tuesday, March 10, 2015

PERJALANAN TTC : POSITIF UPT

Alhamdulillah....Syukur pada mu Ya Allah.. Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa, Allah lah segala-galanya....Allah Maha Mendengar setiap doa dan rintihan hamba-hambaNya....

IUI yang dijalankan pada 31 Januari 2015 membuahkan hasil...
Alhamdulillah....
POSITIF !!!!! DOUBLE LINE !!!!
Pertama kali ku lihat, line C dan T naik bersama-sama jam 10.30 pagi hari Rabu 3 minggu yang lepas.. Ya Allah............... Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan ini, lain sangat rasanya, pia menangis, suami apatah lagi, dalam sujud sunat dhuha kami pagi itu, air mata menemani kami.....

Tetapi... dalam keterujaan itu,sebenarnya terselit rasa yang amat takut sekali kerana di awal kehamilan pia disertai dengan spotting-spotting darah......
********bersambung********

Related Posts with Thumbnails