HARI INI IALAH HARI SEORANG PENGGANGGUR BERSUKARIA ..
HAHAHAHA .. Malam ni nak duduk depan Miss Aceria & nak update entry terbaru... Yeahh... Bersemangat giler nak update setelah berhari2 aku berpenat lelah dirumah menjadi suri rumah tanpa gaji tetap.. kekeke..
TanjungMalim (TM) memang meninggalkan memori yg amat2 mendalam pada aku.. Tapi, bukan memori kisah cinta ye, tapi macam2 memori la, yang suka duka,masin, masam, semua cukup!! Walaupun, U aku ni xdelah segah nama2 universiti lain yg termasuk dalam list Excellent Universities yang dikeluarkan baru2 ni,tapi ttp aku gah bangga giler study sini, sampai sanggup datang , lepak, tidur, makan kat sini balik lepas 6bulan aku meninggalkan TM...
Minggu lepas, aku,
Ida,
Husna n
Fatin lepak2 di TM selepas selesaikan misi amik transkrip yg menjadi bukti tauliah yang kami dah habis study kt U ni... Yang nak tergelaknya, boleh pulak aku lupa ID Matrik aku.. Nampak sgt lepas habis study, terus lupa sume.. Aku bg 4digit akhir ID Matrik aku, no IC aku.. hahaha... Amik ko, jenuh abang kt kaunter tu cari transkrip aku xjumpe2.. adeihh.. Iyalah masa cuti ni, banyak guna no IC utk carik keja..
Muke2 bangga jadi Graduan2 Kelas Atas2
Bertuah n bertambah havoc kelepakan kami di TM sbb adanya
Fatin n geng 704 yang slumber, gempakzz n baik hati ini.. Apatah lagi, aku, husna, ida n fatin ni dah lama xjumpa , jadi mmg gelak sakan sampai xingat jam nak balik tidor..
Inilah kehidupan pengganggur...kekeke
Malam tu pulak kami g karokzz.. Karokzz tu wajib ye.. hehe.. Ini salah satu latihan vokal kalau esok2 tu nak ada presentation ke, or nak g ngajar.. So that, bile dah biasa pegang mic tu, xdelah kekok n neves semacam nak present.. Inilah rahsia kami yg selalu xgentar masa presentation ye... kahkahkah...
Esok petang nya pulak kami g rumah 704 ni, buat BBQ.. Kami ingatkan bila g sana, kami la yang kena masak2 sume bagai, tapi kami datang cuci tangan aje, sbb azar n baim ni sgt2 la rajin & sgt2 chef sbb diorang dan settle perap2 ayam.. Tinggal nk bakar aje.. Malam masa dinner tu pulak, kami datang , diorang dah siap masak mee goreng.. Salute giler aku dgn diorang ni... Mulut n tangan sama2 gerak.. kekekeke....
Ini lah dinamakan 'Air Tangan' hehe...
Sebelum di bbq kn...
Gelak sakan sgt smpi hangit dah ayam bbq ni...
Selepas di bbq kan.. Yummm.. Sodap aiiihhh
Mereka yg aku sayang
KAMI TETAP VOGUE!!
Dinner Time.. Masa kami datang lepas Maghrib tu, tengok mee goreng siap dimasak.. Perghh.. Memang pro n cekap betui diorang ni.. Kalah kami yang pompuan ni.. Salute!!
Balik ke kmpg halaman masing2 dgn perut yg boroi .. First time aku naik train..
Fatin, Baim n Azar setia menghantar smpi ke stesen .. kekeke.. Simbol 'V' for Vogue xdilupakan.. kahkah...
InsyaAllah masa hari konvo kami datang lagi n kita gelak2 sakan lg ok!! Aku rasa macam sayang aja nak tinggalkan masa belajar yg penuh dgn gelak ketawa .. Xtau la nnt, bila dah start alam pekerjaan masih ada masa utk bersukaria??