MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 31, 2014

REZEKI LAIN DATANG DAHULU

ALLAH KATA TUNGGU....
 
Melihat Bloglist disebelah kiri blog Puan Pia yang sering bertukar status/post dari B2B kepada M2M kadang-kadang menyebabkan hati ini meronta-ronta untuk pregnant dan bergelar seorang Ibu... Kita rasa mahu, tapi Allah kata tunggu............. Sekarang hati lebih positif, dan tenang serta bahagia walaupun kadang-kadang sukar nak menepis persoalan orang lain yang sering mempersoalkan kuasa Allah.. Kita anggap sahaja itu doa dari mereka kan??
 
Pinjam anak kawan kejap..hehehehe... Orang suruh kita pegang baby, katanya bagi lekat, kita ikut.... Orang suruh kita pegang perut ibu mengandung, bagi cepat kenan, kita ikut.... Macam-macam.. Layan aja...hehehehe.... Seronok pula tengok kawan-kawan yang excited lebih dari kita.. InsyaAllah, semua itu akan kenyataan.... PASTI!!! Cuma lambat sikit aja..hehe
 
REZEKI DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK....
 
Alhamdulillah... Tak sangka rezeki rumah datang dulu... Tak sangka betul.. Dan sangat cepat prosesnya... Dipermudahkan urusan untuk memiliki rumah idaman, syurga kasih abadi Puan Pia dan suami.. Walaupun terpaksa tunggu lagi 1 tahun 6 bulan lagi(sebab rumah dalam pembinaan), tapi rasa macam teruja nak masuk rumah baru, dan sekarang ini pun dah start survey-survey decoration rumah... weeeeehhuuuuu... Happy tak terkata....Alhamdulillah.. Setiap minggu kot datang tengok rumah, padahal tak siap lagi....hahahaha... Setiap kali datang, mesti feeling-feeling nak letak sofa kat mana, tv kat mana..hahhahaha....
 
Walaupun rumah kami tidaklah sebesar banglo, tapi cukuplah sekadar di bawah kemampuan kami berdua dan yang penting jadi aset sendiri.. Jenuh jugak tau nak bayar RM450 setiap bulan pada penyewa... Kalau rumah sendiri tak apa, nak deco-deco pun best !!! Alhamdulillah, pemaju telefon minggu lepas, bagitahu loan kerajaan dah lulus.. Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah...
 
 
 
Macam-macam yang kena sain.. Jenuh juga cek dan sain dokumen.. Semoga Allah permudahkan setiap urusan, satu persatu..... Amin...
 
Related Posts with Thumbnails