MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 27, 2010

Aku bekerja utk masa depan mereka!

Kursus Kepimpinan Pengawas

Aku lah polis trafik, aku jugalah renjer hutan, aku juga pakar matematik, aku lah pesawah serta peladang, aku lah arkitek bangunan, xlupa aku juga doctor dan pelari pecut negara..Aku lah kerani taip, aku jugalah hakim mahkamah serta aku jugalah polis keselamatan dan pakar motivasi... Untuk aku menjadi seorang guru, aku perlu 'menjadi' semua ini.. Kerana aku bekerja utk masa depan mereka! Berat2… Berat2… Inilah tanggungjawab ku…

Kalau orang lain bekerja utk duit,pangkat, kereta dan rumah, aku bekerja utk memastikan masa depan anak2 murid lebih cerah dari ku.. Walaupun, sekarang ini aku masih di alam praktikal, tp aku dapat rasakan yang tanggungjawab menjadi seorang guru cukup berat! Ditambah lagi jika murid2 nya bermasalah dr segi IQ mahupun sifat..

Masa alam praktikal nilah, aku timba pengalaman secukup2 nya.. Sebenarnya, pelajar2 bermasalah ini lah yang menyebabkan aku lebih bersemangat utk menjadi seorang guru… Terpanggil aku utk mengubah mereka dan mempelajari bahawa ilmu itulah yang membezakan kita dgn orang lain.. Aku harap hari2 yang akan datang dapat aku teruskan dengan lebih tabah lg disini… Semoga berjaya pada diriku!

Luahan hati : Anak2 muridku, tolonglah cikgu! Janganlah nakal sgt dlm kelas.. Xlarat la nk menjerit je! Sakit tekak tau!!!!!!!!




Tuesday, March 16, 2010

Family Outing

Minggu lepas adalah minggu yang paling memeningkan dan memberatkan kepala, sebab kami semua cikgu2 praktikal perlu mengejar silibus utk diajar.. Memang tension !! Huhhh...

Jadi, Ahad yang lepas diisi dengan aktiviti yang menyihatkan.. hehe..

Iaitu berpiknik...

Sihat la sgt!.. Kami cikgu2 praktikal ni bagaikan 1 family, sebab kami ni sering berkongsi masalah dan cerita dan yang paling penting gosippppp.. hehehe...
Walaupun kami semua baru aje kenal di sekolah, tapi bila bersembang macam nak pecah rumah! Memang havoc!

Malam Ahad tu dah plan..Baik punya.... Aku dan Jiha masak bihun dan goreng ayam, Kak Raudhah goreng nuget, Syika dan Nurul buat puding dan koktel, boys pulak buat air dan bawak apa yg patut... Sebab kalau bagi bab persiapan makanan kt boys, alamatnya bihun kemana , ayam kemana.. sumenya masuk perut diorang, tinggal tulang aje.. hehe...




Family Outing dgn korang memang best dan kenyang sgt!!! Memang benar, makan dapat merelaxkan minda.. hehe.. Waktu kitorg tengah berpiknik tu, memang waktu utk orang2 beriadah.. Iyalah, bayangkan pukul 6ptg, semua orang tengah mengeluarkan peluh dengan berjoging, kami pula meringankan air liur dengan bersembang dan menaikkan segala kilo2...


p/s:: rindu la plk nak balik Gerik...

Monday, March 15, 2010

Cikgu xakan tinggalkan kamu semua!

Pejam celik, pejam celik xsangka sudah genap 4 minggu aku mengajar di SMKG ini.. Masih berbaki 10 minggu untuk aku berbakti disini.. So far, semuanya ok disini.. Segala kekurangan disini, aku terima dengan hati yang terbuka.. Siapalah aku ini untuk menolak..
Walaupun masih bertitle guru praktikal, namun kami semua tetap dianggap sebagai seorang guru sebenar di hati pelajar.. Chewaahh.. Students ku sering berkata.. ’’cikgu sofia , stay la sampai kami habis belajar” “Cikgu, janganlah pindah sekolah”.. wahhh.. ini benar2 menyentuh hati aku… Mungkin sebab aku benar2 semangat utk mengajar students disini..
Disini, kami juga xlari dari pelajar2 yang bermasalah.. Dan boleh aku katakan bahawa kami semua cikgu2 praktikal mendapat kelas yang mempunyai pelajar2 yang bermasalah.. Mungkin disebabkan aku dibesarkan di sekolah yg tidak pernah mempunyai pelajar bermasalah, jadi pengalaman berpraktikal disini digunakan semaksimum mungki n..Kelas aku sahaja ada 3 orang pelajar yang bermasalah yang selalu ponteng kelas dan merayau2 semasa P&P berjalan..Bukan kelas aku sahaja, namun kelas yang lain juga.. Hanya datang kesekolah dan ponteng ntah kemana.. Jika ada didalam kelas pun, hanya menganggu P&P dan pelajar2 lain yang mahu belajar..
Satu hari, mereka lepak di luar kelas ketika aku mengajar.. Maka, aku pun pergi kepada mereka, walaupun pelajar2 lain tidak membenarkan aku pergi dan tidak mahu aku memanggil ketiga2 pelajar itu masuk ke kelas kerana risau mengganggu P&P..Namun aku berkeras juga utk memanggil mereka...
Cikgu Sofia : Kamu bertiga....
Students bertiga : Alamak... Cikgu.. Lari.. ((mereka lari dari aku..))
Cikgu Sofia : Eh... kamu nak lari kemana ni ? Saya bukan nak bagi e-disiplin pada kamu bertiga.. saya nak bagi kamu ni aje.. ((sambil menunjukkan worksheet))
Students bertiga : Ingatkan cikgu nak bagi e-disiplin.. Cikgu kami buat worksheet kat luar kelas boleh ?
Cikgu Sofia : Ok , Boleh.. tapi dengan syarat, kalau kamu xboleh jawab, kamu kena masuk kelas cikgu, belajar, lepas faham, kamu buat kerja kt luar kelas balik, okay?
Student bertiga : Okay cikgu.. ((Sambil mereka bersemangat membuat worksheet))
Alhamdulillah, cara ini berkesan.. mereka mmg buat worksheet yang aku suruh di luar kelas..Bersemangat lagi mereka tekan kalkulator.. Bila mereka xfaham ,mereka masuk kelas, dan aku suruh diorang duduk tempat sendiri dan dengar penerangan aku.. Setelah itu, mereka duduk di luar kembali utk menyiapkan worksheet.. Lepas aje habis kelas, mereka bertiga datang pada .. aku dan mengatakan mereka xakan ponteng kelas aku.. Kelas cikgu lain mungkin ponteng..hehe..
Mereka bertiga sering berkata aku baik sebab aku masih mengambil berat akan diri mereka kerana selalunya pelajar2 bermasalah macamni akan diberi e-disiplin, dirotan dan sering dianggap dan dilabel pelajar nakal dan bermasalah..Baik ke aku ni? Bagi aku, selagi pelajar2 yang ponteng kelas ini hadir ke sekolah, mereka masih ada peluang utk diubah.. Jangan kita biarkan mereka hanyut dan jangan terus kita melabelkan pelajar itu dan ini bermasalah selagi kita belum mengenalinya..
Dan aku sendiri, selalu berkata kepada anak2 muridku, ‘Cikgu xkira kamu siapa, kamu asal dari mana, bijak atau bodoh, kamu baik atau jahat, cikgu xakan sesekali tinggalkan kamu..
Aku yang rajin mengecat kelas.. hehe..

Wednesday, March 3, 2010

Kali ni korang punya turn pl utk exam

Hehehehehe... (Gelak Jahat)

Aku baru je balik dari menjaga exam Pertengahan Sem budak2 ni..

Adeii, soklan Sains td aku rasa teramat senang.. Tapi, budak2 ni macam xboleh jawab aje..

Siap ada yang tidur sambil tangan tu mengelap air liur yang mmg dah berbasi..

Emm.. Korang dulu camni jugak ke?
Related Posts with Thumbnails