MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Trying To Conceive. Show all posts
Showing posts with label Trying To Conceive. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

IKHTIAR TTC : USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENDAPATKAN ANAK

Image result for berharap pada allah


Bertemu kembali TTCian sekalian... Ni Pia nak kongsi dengan rakan-rakan antara  usaha -usaha yang boleh dilakukan untuk mendapat/menambahkan zuriat... Usaha-usaha ni juga elok la dibaca oleh B2B ye, sebagai persediaan awal untuk mendapatkan anak dgn cepat, ala2 bunting pelamin gitu,koleksi ni Pia kumpul dari rakan2 TTC yg brjaya hamil dan juga sumber bacaan serta tak lupa juga dari amalan pia sendiri.




Aku dah usaha,Aku dah makan macam-macam,Aku dah mengurut sana -sini,Aku dah buat macam-macam, Aku dah perabis duit semua untuk dapat anak,Tapiiiiii... kenapa aku belum mengandung lagi...... kenapa?
Image result for berharap pada allah
Jangan macam ni ya TTC sekalian, redha, kita kena redha, kita dah usaha, jangan mengeluh , teruskan usaha, walaupun ambil masa yang lama, teruskan berusaha, teruskan berdoa, Allah sayang kita, Allah bagi kita ujian, Allah rindu kita, Allah pilih kita untuk tambah pahala, bukankah beruntungnya kita menjadi orang yang terpilih untuk menambah pahala.. Apabila kita sabar dengan ujian, makin bertambah pahala kita.. Untung.. Allah pilih kita untuk melahirkan zuriat-zuriat yang tabah,cekal, kuat semangat, pantang menyerah seperti kita dan pasangan.. Betul tak ????


Apa-apa pun, ingat, 90% datang dari doa-doa kita, manakala 10 % lagi usaha-usaha kita. Berdoa-berdoa-berdoa dan terus berdoa.... Sandarkan semuanya pada Allah ...
Image result for berharap pada allah



Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

Thursday, December 5, 2013

REVIEW REVIEW REVIEW ....

OMG !!!
 
Dah 6 bulan kawen, review pasal kawen semua, Puan Pia belum buat habis lagi...Ampunnnnn.....
 
Puan Pia akan  buat dengan segera ok...
 
Terlampau busy dengan kerjaya guru, habis tak buat review semua.. hehehe... Nasib baik ada masa cuti sekolah, boleh la marathon review kawen semua ok !!!
 
Lupa kan semua pasal kesedihan-kesedihan, mari kita buka buku baru yang lebih mantap dan bersemangat !!!
 
Terima kasih rakan-rakan blogger yang memahami diri ku, memberi kata-kata semangat dan dorongan !!! Yeaaahhh2, I can do it !!!
 
 
Bak kata kakak Puan Pia, jangan dipikir kan sangat !! Allah akan bagi rezeki anak itu tepat pada masanya...Just enjoy every single moment with your love one !! Nanti dah anak, tak boleh nk berdua-duaan ...... Mungkin masa sekarang ini, Allah bagi masa pada Puan Pia dan suami untuk bentuk dahulu acuan keluarga sendiri, kumpul duit, stabil kan ekonomi, mengenali pasangan (sebab masa sebelum kawen, xsempat nak berkenal-kenalan) dan yang paling penting, Allah akan beri rezeki anak tepat pada masanya.. Hanya Allah sahaja yang tahu samada kita dah cukup bersedia atau belum..Allah adalah sebaik-baik perancang kehidupan.. Siapa kita untuk menentukannya... Kita cuma yang berusaha dan selebihnya serahkan sahaja pada Allah... (Usaha tetap usaha ok !!!! )
 
Teringat masa Puan Pia sekolah-Universiti-masuk kerja... Tak sempat nak mengejar cinta, kadang-kadang pikir juga, bila dah masuk satu tahun ke satu tahun yang lain, tak ada lagi pacarnya... Tengok kawan-kawan semua dah berpunya dan berkahwin... Kadang-kadang fikir juga nak cari yang steady, tapi Allah belum temukan.....  Cuba kawan dengan orang lain pun tak menjadi juga.. Tapi dengan suami Puan Pia ni,Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. Itulah jodoh yang ditetapkan oleh Allah.. Kalau Puan Pia boleh bersabar untuk mendapatkan cinta yang halal, kenapa Puan Pia tak boleh sabar sikit aja lagi untuk dapat anak.. InsyaAllah.... Puan Pia pasti....
 
 
P/S :: I Love You , Baby !! Come to mama !!! Ececeeh !!!
Related Posts with Thumbnails