MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2016

IKHTIAR TTC : PROSEDUR DI LPPKN

Pia dan suami membuat keputusan untuk menjalankan prosedur mendapatkan anak di LPPKN , Ipoh.. Sebenarnya, boleh sahaja kami buat di GH Ipoh, tetapi memikirkan pesakit yang ramai dan perlu mengharungi parking , kami sebulat suara memilih LPPKN.... 

Di LPPKN, kena labur duit sikit la, tetapi tak adalah semahal di swasta, dan berita baik buat gov servant, kita boleh claim perbelanjaan rawatan di LPPKN dan tak silap Pia hanya untuk kes mendapatkan anak pertama sahaja macam kes Pia.

Setelah 1 tahun 2 bulan Pia berkahwin dan tinggal sebumbung dengan suami tersayang, mencuba pelbagai supplement dan ubat-ubat , dan juga menggunakan kalendar kesuburan, namun rezeki masih tidak berpihak kepada kami....

Jadinya, pada 17 September 2014 , kami memanjangkan kaki kami berdua ke LPPKN, Ipoh untuk memeriksa tahap kesuburan masing-masing serta mendapatkan khidmat rawatan kesuburan. 

Nurse di LPPKN beritahu Pia kena datang ke LPPKN pada hari kedua period (CD2).

Next entry , Pia akan ceritakan apakah rawatan dan ujian2 yang Pia dan suami jalani.

Tungggguuuuuuuuuuuuu....................

SAMBUNG KEMBALI

Assalamualaikum wbt ...

waaaaaa.... lama tidak mengupdate berita-berita terkini dan sensasi disini...... Tiada yang istimewa untuk dikongsi, namun tetap mahu berkongsi....

Alhamdulillah dan sejuta tahniah diucapkan pada kawan-kawan yang selamat menimang cahaya mata sulung/kedua/ketiga etc , semoga menjadi ibu bapa terbaik pada anak-anak.. Semoga dapat mendidik dan melaksanakan amanah yang diberi Allah sebaiknya...

Alhamdulillah juga pada kawan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anugerah zuriat, kerana apa kita perlu bersyukur? kerana kita masih diberi peluang oleh Allah untuk meraih pahala, bermunajat setiap malam, dan terus berusaha dalam redha Nya.....

Jangan mengeluh kawan-kawan semua ya!!! 

Teruskan usaha, gandakan usaha...

Teruskan berdoa, dan yakin pada percaturanNya....

Pasti ada kemanisan setelah kepahitan semua ini..


Dan Pia kini bangun kembali, kembali menyambung apa yang telah Pia dan suami telah mulakan, setelah setahun berehat dari mc yang lepas, kini kami menyambung kembali rawatan di LPPKN Ipoh dengan sejuta harapan dan impian, semoga semuanya berhasil .. walaupun perlu tunggu setahun lagi, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi, kami tak akan patah semangat.......

InsyaAllah ................ doakan kami ya...
Related Posts with Thumbnails