MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 12, 2016

RAMADHAN DAN TTC


Baru je berangan besar untuk puasa penuh tahun ni, tapi tetiba dapat cuti la pula... Adeiiiiiii, sadis-sadis.. tak apa, tak apa, tak apa... Think positif selalu... manalah tahu Allah nak beri peluang cuti puas-puas, nanti tahun-tahun akan datang mana la tahu dapat puasa penuh sokmo kan ? hehehehe........angan-angan kena ada tau ...... 
Selain daripada dapat beribadat di bulan puasa, sebenarnya, puasa ini juga baik untuk TTCian tau.... Sebab tu, TTCian digalakkan untuk berpuasa untuk mendapatkan anak, sebab bila kita puasa, proses detox akan berlaku dalam badan, proses detox ni penting sebab ia mengeluarkan toksin-toksin yang berada dalam badan yang menganggu kesuburan rahim.. Penting tau, nak mengandung bukan nya kena BD selalu sahaja, tapi untuk TTCian, rahim yang sihat sangat-sangat penting oke!!!! Rahim tak sihat, rahim tak subur, rahim banyak toksin, apa produk mahal yang kita makan pun tetap tak mau jalan ye...... Ingat tu ye TTCian semua... tapi, apa-apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah jua ye.... Ramai juga rakan-rakan Pia yang berjaya hamil semasa bulan puasa ini.. Kuasa Allah, Rezeki dariNya sudah tiba... 

Sebelum buka puasa tu, lagi 5-10 minit sebelum tu, janganlah lupa untuk berdoa kepada yang Maha Esa yang memberikan kita nikmat rezeki makanan, duit, pakaian dan semua nikmat dunia, dan jangan lupa untuk berdoa apa sahaja yang kita mahu, kerana waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika sebelum berbuka puasa dan ketika bersahur... Berdoalah, berdoalah, berdoalah, berdoalah .......
Tapi, bila buka puasa tu, jangan lah taram semua makanan dan minuman ye, ke laut la nampak gaya nya......

Selamat berpuasa kepada semua TTCian, jangan putus asa walaupun bendera merah datang bulan ini, teruskan beribadat dan meraih pahalaNya pada bulan yang mulia ini... Mana tahu, ada doa-doa kita yang dimakbulkan Allah swt... Aminnnn....


*** TVM google untuk semua gambar-gambar

Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

Related Posts with Thumbnails