MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

Perasaan sedih pula bila nak meninggalkan tahun 2010 ini, sebab terlampau banyak kenangan yang best-best yang setiap hari dalam 365 hari dalam tahun ini…. Rasa sayang nak meninggalkan tahun 2010 ini, tapi makin xsabar untuk masuk ke tahun baru 2011 sebagai wanita bekerjaya… ecececeh!!

Apa yang best bagi aku dalam tahun 2010 ni ek :

  • Persahabatan dengan KakHa, Husna, Najiha, Ida, Aza, Nurun & Fatin yang xakan aku lupa sampai bila-bila.. Ini adalah senarai nama yang memang patut letak sebagai VIP dalam majlis kawen aku nnt.. hehehe…Sayang korang semua!!!! Aku xkan lupa segala jasa baik korang pada aku.. Tanpa korang, aku xmungkin Sofia Karim yang sekarang ni…

IMG3PA220214PB290904PB200389IMG_2965IMG_3530IMG2 PA130073IMG_0077 1_997261480l

  • Dapat ber-praktikum dengan 9 orang sahabat-sahabat yang hebat, mantap, best kat sekolah yang banyak beri pengalaman sebagai bekalan buat aku!!!

P4230107P5110530IMGP4728IMG_1896   

  • First time dapat dengar title ‘cikgu’ yang betul-betul keluar dari mulut anak-anak murid.. hehehe…

IMG_1935DSC00841

  • Dapat bergraduasi dengan jayanya setelah 4tahun berhempas pulas!!!!

BCK_0197Digital image  OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Digital image  Digital image

  • Dapat Posting Guru kat Perak !!!!! Alhamdulillah…
  • Dapat gaji pertama yang beribuan… woooot.. woooot… woooot…

Alhamdulillah.. Atas keseronokkan ini.. Semoga aku tak mudah lupa, alpa, sombong, bongkak, angkuh, dan segala-segala yang mazmumah dalam meniti tahun 2011 dan tahun-tahun yang akan datang ni…Amin..

My wishlist ::

  • Semoga tahun 2011 akan membuka sejuta kebahagiaan kepada aku di bumi Pantai Remis ni….
  • Nak jadi seorang hamba Allah, wanita, guru, anak, dan kakak yang lebih berjaya dari sebelum ini!!!
  • Semoga aku dapat berbakti sebagai guru yang cemerlang-gemilang-terbilang dengan jayanya…
  • Semoga aku dapat melayan ragam pelajar yang pelbagai dengan penuh semangat kekentalan, dan atasi rungutan segala bebanan tugasan dengan berkhidmat penuh kejujuran…
  • Semoga rezeki aku bertambah-tambah murah, duit semakin bertambah-tambah…
  • Dapat Lesen Kereta dengan jayanya…
  • Boleh bawak kereta dengan jayanya…
  • Beli kereta dengan jayanya…
  • Nak bahagiakan keluarga ku dengan jayanya…
  • Nak jumpa kembali sahabat-sahabat sejati kesayangan dengan jayanya jugak!!!!!!

Good Luck Sofia Karim!!!!!

Sunday, December 19, 2010

SyamilahMohd’s GA

image

Bersungguh-sungguh kali ni aku nak masuk SyamilahMohd’s GA ni sebab hadiah2 nya berupa pakaian kanak-kanak.. I like!! Kalu menang, nak hadiah kan kat anak buah kesayangan aku, Baby Syafiqah.. Xkan la aku nak pakai pulak kan.. Xsesuai tau, buat terkoyak je…. Kalau nak simpan untuk anak sendiri, berjanggut la nak tunggu ye.. Harap maklum..

Ok, sape-sape nak join, terjah aje blog beliau SyamilahMohd’s GA ……

Aku nak tag :: Along & Kak Aliesya Kirana ….

Saturday, December 18, 2010

Hari-hari yang penat

Ohh.. Saya sedang buzy!!
Sangat suka!!

 

p/s:: Kena selalu berfikiran positif!! Ohhh, kerja mari, dikau kepada ku!!!

Thursday, December 16, 2010

Berjimat untuk hidup yoo!!

Dulu masa zaman hingusan, muda mudi, kalau pergi shopping barang-barang dapur dengan emak, wajib dan sah membodek emak untuk beli apa-apa sahaja… Huwaaa.. Waktu tu kira boleh beli apa sahaja la, ingat emak ayah cop duit la.. Amboiii, bukan kemain lagi aku…Ala, bukan bodek nak beli apa pun, setakat lepas beli pencuci muka aja pun.. Kalau nak beli baju ke apa ke, mesti xdapat, sebab adik beradik ramai, dan mesti fikir nanti tahap kejelesan akan naik secara mendadak.. Hahaha.. Tapi, sekarang dah cukup besar, dewasa dah, matang dah.. Dah tak pandai nak bodek-bodek sebab tahu emak ayah pun dah habis bergolok bergadai untuk kami adik beradik dah… Kalau nak beli apa-apa ke, silalah guna duit kerajaan.. Nasib baik kerajaan baik, tanggung aku adik beradik belajar.. Hohohoho…. Ok, sebagai ganjaran, aku akan berkhidmat sepenuh jiwa dan ragaku untuk mu kerajaan..

Okay, bila cerita pasal berjimat cermat ni, aku rasa aku bukan antara orang yang pandai nak berjimat cermat.. Memang aku tak mewarisi bakat terpendam emak aku yang sangat hebat dalam nak berjimat cermat.. Kalau Rm20 kat pasar Ipoh pun, emak aku boleh beli macam-macam untuk makan seminggu.. Hebat emak aku.. Banyak nak kena belajar dengan emak aku…Sayang emak aku..

Tapi, bila aku dah mula masuk alam kerjaya ni, lagilah aku kena berjimat cermat.. Kena berjimat untuk beli belah, makan pakai, kenderaan, holiday dan semua-semua la yang menggunakan DUIT!!! Aishhhh, emak ayah aku pernah kata kat aku, gaji ayah aku yang dulu rm700 tu pun boleh sara kami 5beradik, siap masuk universiti semua, tak kan la aku yang bergaji ribu ++  xboleh nak sara hidup aku dan keluarga kot… Huwaaaa… Satu tamparan wanita untuk aku tuh.. hehehehehe.. InsyaAllah aku akan belajar berjimat cermat mulai sekarang…

Kalau dulu, nak beli barang-barang, aku malas nk buat list apa yang nak kena beli atau tak, atau dengan kata nama lain, LIST KEPERLUAN & KEMAHUAN.. hahahaha… Tapi, ajaib, sejak aku duduk dekat PR ni, aku dah rajin nak tulis-tulis list nak beli apa.. Sebab belajar berjimat la katakan….IMG_3700

Ini list sebelum aku nak beli barang-barang kat Billion PR

Yesss, aku berjaya dengan jayanya membeli barang-barang diatas… Xada tambahan pun, tapi, bila aku lalu dekat frozen food, tiba-tiba nampak ayam dan nuget yang sedap xterkata, lantas aku amik mereka berdua dan tanpa segan silu membayarnya untuk kali kedua plk….. Huwaaa… Lari bajet list aku.. Tapi, xpelah, kerana mu makanan!!!

IMG_3702

GiveAway Edy : Terbang Jauh-Jauh...

image

Korang pernah pergi China, Indonesia, Singapore? Tak pernah kan macam aku juga… Tapi, jangan sedih-sedih sebab xdapat pergi , sebab Blogger EDY dah tolong pergikan bagi pihak aku dan korang, siap nak bagi lagi GiveAway : TIGA PULUH OLE-OLE bertuah khas dari sana..

Jadi apa tunggu lagi, moh-moh terjah blog Blogger EDY untuk maklumat lanjut dan senarai hadiah ..

Kalau aku jadi antara yang bertuah kalau boleh nak salah satu dr bawah ini..

1- Beg Sulam dr Indonesia – Nak letak telekung bawa pergi sekolah

2- Keychain dr Singapore – Nak letak kt kunci

3-Fridge Magnet dr Indonesia – Nak tambahkan koleksi fridge magnet emak

4- Fridge Magnet dr Beijing – Nak tambahkan koleksi fridge magnet emak

5-Fridge Magnet dr Singapore – Nak tambahkan koleksi fridge magnet emak

Nak Tag : Lili, Ninaaz, Ieyrah dan Fatin Izzati

Tuesday, December 14, 2010

Tarikh-tarikh penting yang harus diingat sebelum hilang daya ingatan

Sebelum usia meningkat dengan lebih jauh lagi, sebelum neuron-neuron otakku gagal atau lembap berfungsi, sebelum aku dapat penyakit Alzheimer baik aku catatkan dulu tarikh-tarikh penting yang aku rasa harus dicatit ya.. Sebagai rujukan aku dan juga rujukan junior-junior mahupun kawan-kawan…. hehehe.. Ini memang kes aku tengah rajin mengupdate entry , bolehlah bila Boss lalu sebelah aku dan berkata, woww, rajinnya cikgu ni !! … hehehehe..

10 April 1943 – Ayah lahir

22 Mei 1955 – Emak lahir

23 September 1985 – Along lahir

14 Jun 1987 – Anyah lahir

23 Januari 1989 – Aneb lahir

5 Ogos 1991 – Ecah lahir

8 Julai 1992 – Adik lahir

Januari 1994 hingga Disember 1999 – Darjah 1 hingga 6 di SRK Raja Perempuan, Ipoh Perak DR.

Januari 2000 hingga Februari 2003 – Tingkatan 1  hingga 4 di Februari 2003 hingga di SMK Raja Perempuan, Ipoh Perak DR.

Disember 2004 – Tingkatan 4 hingga 5 di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

Mei 2005 hingga Mei 2006 – Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perak

3 Julai 2006 – Mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid(KHAR) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

September 2009 – Blog EpilogSofia lahir…weeehoo

18 Januari 2010 hingga 14 Mei 2010 – Praktikum di SMK Gerik , Gerik Perak DR

24 Jun 2010 – Tarikh kelulusan senat

1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010 – Online Permohonan Temuduga Penempatan Guru KPM

19 Julai 2010 – Semakan Keputusan Temuduga Permohonan Penempatan Guru KPM

4 Ogos 2010 – Temuduga Permohonan Penempatan Guru KPM di Putrajaya

30 September 2010 – Keputusan Temuduga Guru KPM keluar.. Alhamdulillah BERJAYA

15 Oktober 2010 – Konvokesyen ISMP Matematik dengan Kepujian di Dewan SITC, UPSI

15 November 2010 – Semakan Negeri Penempatan Guru KPM..Alhamdulillah di PERAK DR

22 November 2010 – Taklimat Guru KPM di Heritage Hotel bersama pihak JPN Perak DR

23 November 2010 – Melapor diri di SMKDI, Pantai Remis..

24 November 2010 – Online SPP untuk pengesahan jawatan dan gaji

24 November 2010 hingga kini – Sudah selamat menjadi warga Pantai Remis… Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat pemberian Allah swt dari aku celik mata hingga kini.. Dan semoga aku akan terus meningkat maju sehingga tahun-tahun berikutnya.. Amin…

'

 

 

 

 

Saturday, December 11, 2010

Nelayan pun ada blog tau

Waaahhhhhh…

Malam ni aku sangat kagum la dengan Pak Zainal , seorang nelayan yang ditemuramah dalam slot Majalah Tiga tadi…. Bukan calang-calang nelayan tau, sebab Pak Zainal ni siap ada blog sendiri lagi sebagai sumber rujukan pada sesiapa di area Melaka dan seluruh warga Malaysia yang ingin tahu pasal pengumpulan dan penangkapan lokan.. Lokan tu ape? Lebih kurang macam spesies kerang, lala la… Itupun, kalau xsilap aku…

Ini blog Pak Zainal kita…

cats

Tabik spring dekat Pak Zainal dan anak perempuan beliau yang sudi membantu beliau dalam dunia blogging ni.... One Big Happy Family.. Hopefully, nanti dapat pergi Melaka, nak buat lawatan sambil belajar pulak kesana… Nak bawak students pergi tengok rupa lokan tu macamna… Ishh2.. Sebenarnya aku pun xpernah tahu rupa paras lokan tu.. Ehe!

Blogger EDY nak buat GA Isnin ni wuiii..

Sudah…….. Tiba-tiba tahap kejelesan mula menerjah ke dalam diri, sebab tengok blogger Edy dah berjaya membawa seluruh badan beliau ke beberapa negara pilihan aku ye, China, Indonesia dan Singapore.. Oohhh, no… Tapi kan, tapi kan, blogger Edy pun baik hati tau, sebab beliau nak bagi GA pada 30bloggers yang bertuah sahaja tau.. Ish2… Wat penat2 aje nak bagi, nak perabih duit… Tapi xpelah, beliau orang kaya banyak duit.. Bukan lah macam teman.. hehehe…

imageimageimage 

GA terdiri dari Beg Sulam dr Indonesia,Keychain n Fridge Magnet dari Indonesia, China dan Singapore… Okies… Sekarang ni boleh berlagak kata dah pegi China kalau dapat GA ni.. hahahahahaha.. Nantikan GA ini di blog beliau ISNIN 13Dis 2010 ni ye!!!

p/s:: Alaaa… Isnin ni pegi sekolah… Dah la connection internet kejap ade kejap xde kt kuarters tu… Okey.. Bagi lah hadiah free aje… hahahaha…

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Abg Ben memang selalu buat I demam tau.. Selalu buat I tiba-tiba demam dan rajin nak update blog ni tau.. Sebab tu, I xkisah berlari-lari dari dapur ke ruang tamu, ke bilik dan on cepat2 laptop semata-mata nak terjah blog Abg Ben pas tu, macam best nak join semua yang beliau suruh buat tau.. Abg Ben  pukau aku ke? hehehe… Mau kena sound nanti aku dengan isteri beliau… hehe.. Tak adalah.. Abg Ben la yang selalu menaikkan ilham dan semangat para bloggers untuk berblogging tau!! yahuuu, .. cepat2 terima kasih pada beliau…

Okeh, bagi sesiapa yang nak tersenarai masuk sekali dalam BlogList Abg Ben untuk tahun 2011 ni, boleh la terus klik banner kat bawah ni.. Jumpa u allz kat bloglist Abg Ben okeh??

image

  • Buat satu entri .. letak header blog BEN ASHAARI

  • Tajuk " BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU "

  • Pastekan url entri anda di sini ...

  • Pastikan blog anda itu aktif selalu..

  • Tarikh luput bloglist ini , sekurangnya 3-4 bulan dari sekarang

 

Tuesday, December 7, 2010

Ask Me Anything

Okies… Sekarang ni aku dah ada formspring okeh? Apakah itu? Kau anggap aja itu kaunter pertanyaan atau kotak soalan atau kotak aduan macam yang ada dekat hospital-hospital, bank-bank atau mana – mana lah yang pernah kau nampak…

Okeh, aku tau rakyat Malaysia memang pemalu-pemalu orangnya.. Jadi sesiapa yang nak tanya soalan-soalan cepu emas, soalan Add Math yang susah-susah, nak tanya bila aku nak kawin dengan anak raja ke, sila-sila rajin-rajinkan diri meng-FormSpring kan daku kat sebelah kanan blog aku ni… Dunwori, soalan dan jawapan hanya kau dan daku saja yang tahu.. Muahahahaha… Jadi, apa ditunggu lagi..

cats

Insan Terpilih

Pagi Maal Hijrah , seperti biasa siaran Malaysia Hari Ini, MHI dipasang … Setiap satu slot xpernah tinggal, sebab memang banyak info yang kadang2 kita terlepas pandang, sebab sekarang ni, semua orang lebih mendapatkan FB untuk mendapatkan info.. Termasuk la aku..

cats

Tapi, pagi tadi kami sekeluarga kagum dengan ketabahan Mohd Sukur Ibrahim, seorang OKU yang cacat anggota tangan dan kaki, dan beliau menceritakan serba sedikit pengalaman hidup nya, kejayaan serta sedikit sebanyak membuka mata aku, bagaimana insa yang sebegini rupa boleh mempunyai keyakinan, kekentalan jiwa dan raga yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan aku ini.. YaAllah…Sungguh aku tabik spring pada beliau dan seluruh warga OKU yang berjaya… Kalau aku ni, baru dapat parut demam campak sikit pun, dah kecoh satu rumah… huhuhuhu..

Ok, bagi sesiapa yang terlepas MHI pagi td, Dun Wori.. petang ni, jam 5.35 ptg, jangan lupa tengok slot Istimewa Maal Hijrah: Insan Terpilih di TV3 mengenai Mohd Sukuri ini.. Ingat ye!

Atau pun, boleh terus jadi followers beliau di blog beliau, Aku Tetap Aku

Salam Maal Hijrah

5226498524_082abc088a

Salam Maal Hijrah 1432H pada semua umat di muka bumi Allah ini… Tahun ini, Maal Hijrah bagi aku lebih bermakna berbanding tahun2 yang sebelum ini.. Jika sebelum ini, makna Maal Hijrah itu aku sendiri sinonimkan dengan cuti dari bersekolah, bekerja, tapi tahun ini, Maal Hijrah memberi satu perubahan dalam hidup aku, perubahan penghijrahan hidup dan juga rezeki aku.. Semoga penghijrahan ini diredhai dan diberkati oleh Allah SWT…

Thursday, December 2, 2010

Go-Go-Go …..

Semakin hari semakin aku dapat sesuaikan diri disini.. Walaupun agak terpisah dari pekan dan bandar, tapi sekurang-kurangnya aku tetap bersyukur sebab ada connection wireless free di sini.. Ntah siapa la yang baik hati untuk tidak mem’password’kan wireless ini… hehehe.. TerimaKasih daun keladi!
Sekarang aku dah boleh tarik nafas lega sikit, sebab bilik pun dah macam rupa bilik dah sekarang.. Kalau minggu lepas, masih takut2 nak duduk kat bilik, dengan bilik tak ada langsir lagi… Rasa macam ada orang intai aje.. hehe.. Jadi guna tudung yang dijumpa aja ganti sebagai langsir.. Lawak, lawak bila difikirkan balik…
IMG_3638
       IMG_3690 
Minggu pertama (klik)  -------------------------->>>>>>>>  Minggu kedua
Aku bawa carpet dari rumah untuk lapik toto.. Malas nak bawak tilam, sebab nanti kat rumah aku xada tilam kalau aku angkut semuanya..hehe… Lagipun, ini pertama kali aku ada bilik sendiri tau.. Sebelum ni, kami adik beradik mana ada bilik.. Semua dok tidur depan tv ramai2.. Haaaaaaaa, rindunya nak tidur depan tv ramai2..
IMG_3692

Dan tambahan , ada radio! Ok la kan.. Radio dari aku sem 1 sampai sekarang ni.. Panjang sungguh hayat radio ini.. Sampai adik aku pun boleh bawak pergi rumah sewa dia.. Boleh la jadi pengubat rindu hati ku yang lara ini… Radio ni aku letak atas kotak, dan aku tutupkan dengan tudung yang aku jumpa minggu lepas…hehehe…Beginilah hidup diperantauan ye adik2 semua..hehe… InsyaAllah, tahun depan aku akan mula upgrade lagi deco dalam bilik aku ni.. Hehehe… Lagipun, rasanya aku bakal duduk lama disini.. Rasa-rasa macam 5tahun keatas kalau xkena tukar kemana-mana…
Go-Go-Go, Fight-Fight-Fight, Win-Win-Win
P/s: Perlu bersyukur sangat-sangat sebab ada orang lain yang tidur bawah jambatan, tepi longkang……

Ohoi… Seronoknya berblogging!

Dah setahun lebih dah umur blog aku ni.. Hooyeaahhh…Lebih sebaya dengan umur anak saudara kesayangan intan payung aku, Baby Syafiqah..IMG_3186

Happy Birthday sweety syafiqah…. Doakan mak nyah murah rezeki selalu tau, boleh beli macam2 kt syafiqah… sekarang ni mak nyah tengah sengkek!! kekekeke…

Ramai kawan-kawan aku yang sering bertanya kat aku, apa yang seronoknya pasal blogging2 ni… Aku pun tak dapat nak bagi tafsiran yang tepat kenapa aku suka berblogging ni… Kadang-kadang dah jadi tabiat pada aku, bila bukak internet , mesti on FB dan blog.. FB aku akan update status terkini, dan reply seboleh mungkin notifications yang beratus-ratus itu.. kekeke.. Kalau blog pula, aku akan update entry terkini , balas komen, mengomen di entry blog lain, dan BW..

Kenapa aku suka berblogging ?

  • Nuffnang : Ada sesetengah blogger yang mencari income melalui nuffnang yang semestinya membawa pulangan duit yang beratus-ratus kalau kena pada rezekinya.. Tapi, bagi aku sendiri, aku takda lah mengharapkan duit nuffnang tu sangat, sekadar join, dan kalau ada ada rezeki lebih, InsyaAllah itu sudah menjadi income aku.. hehehehe..
  • Kebebasan pengalaman hidup : Kebebasan aku untuk menyuarakan luahan hati dan perasaan yang bagi aku, tak semua orang bebas untuk menyuarakan pengalaman masing-masing… Kadang-kadang, kita terpaksa menadah telinga untuk dengar pengalaman kawan2 tanpa kita sedar yang kita pun punya pengalaman masing2 , mungkin cuma kita bukan seperti mereka yang ringan mulut untuk bercerita.. Bagi aku, medium terbaik adalah melalui blog.. Kita bebas untuk bercerita, berkongsi gambar dan mempamerkan hasil tulisan kita melalui kekreatifan sendiri!!
  • Rawatan untuk penyakit Alzheimer @ pelupa @ nyanyuk : Manalah tahu, bila aku dah tua nanti, aku lupa siapa diri aku, hidup aku dan segala2 nya… Aku tak minta, tapi, siapa la yang tahu, mungkin dah disuratkan nanti aku jadi seorang Alzheimer.. Jadi, anak-anak cucu cicit piut ku, silalah tunjukkan blog ni pada nenek ya…
  • Rakan blogger : Melalui blog pun, kita akan dapat jejak kasih bersama-sama kawan-kawan lama, dapat juga bertukar-tukar cerita dengan kawan-kawan.. Dapat menambahkan kenalan dan semestinya, hubungan rakan antara blogger ni kadang-kadang macam dah kenal lama.newbies award_thumb[3]Terimakasih kak Eliyana , sebab bagi award Best Newbies pada saya.. Terharunya.. Sobs…Jom terjah blog kak Eliyana
  • Contest dan hadiah : Ini antara faktor paling menarik dalam blogging, sebab ada contest dan semestinya hadiah2 menarik menanti.. Walaupun, tak menang, tapi kepuasan memasuki contest memang ada.. Lebih-lebih lagi, contest2 ni semua menggalakkan kita untuk lebih berfikir secara kreatif macamna nak jadi yang lebih baik dan bagus dari peserta2 lain.. Yeahhh, pertandingan yang sihat untuk jari!!!hehe..

IMG_3683TerimaKasih pada Edy yang sudi beri cenderamata , sempena contest beliau tempoh hari.. Chopstick ni khas datang dari China, sebab beliau baru je pulang dari China.. Nampak gayanya, tak jadilah nak guna chopstick ni untuk makan bihun sup.. hehehe..

 

Wednesday, December 1, 2010

Bila ada title BUJANG ….

Biasalah, bila hidup membujang ini, Aduhaii.. Aku ini bukan lah dalam kalangan yang terdesak untuk berkahwin lagi.. Baru 23 kot.. Muda lagi.. Walaupun kini, persekitaran aku penuh dengan rakan-rakan yang sudah bergelar isteri dan ibu, namun aku masih belum memikirkan untuk berada sama level dengan mereka lagi…. Belum berani untuk mengatakan sudah bersedia berumah tangga.. Risau-risau, tangga yang dibina oleh ku belum cukup kuat dan ampuh… Mungkin perlukan kontraktor yang lebih berpengalaman..

Aduhaiii.. Pertanyaan makin bertambah pula dari mereka bila ada yang bertanya ‘’ Masa belajar dulu berkapel tak? ‘’ Aduhai….. Kalau lah insan yang bergelar suami itu senang untuk dicari ?? Yeahh, lelaki memang senang untuk dicari, tetapi untuk dibuat teman hidup yang sudi berkongsi segala-galanya, yang boleh menerima baik buruk aku ini, bukan lah mudah.. Dan sesungguhnya, banyak benda aku perlu belajar untuk menjadi dan bukannya hanya mencari… Tapi, aku pasti dan yakin, pasti ada jodoh, cuma cepat atau lambat sahaja… Dan jika ditakdirkan jodoh itu lambat, aku pasti akan menunggu beliau di syurga kelak… InsyaAllah, Amin…

image Buku yang baru selesai dikhatamkan tadi.. Seronok sgt buku ni

Buat masa ini, aku lebih selesa berkongsi suka dan duka aku bersama-sama keluarga ku, sahabat-sahabat aku, serta bakal yg terkini , bersama2 anak-anak muridku… Bila bercerita mengenai soal kawin dan cinta, aku paling suka bercerita dan berbincang dengan 4sahabat karibku, Kakha, Husna, Najiha dan Nurun.. Masing2 seperti aku, yang mengimpikan cinta setelah berkahwin.. Ya, pasti ramai yang tertanya2, masih adakah cinta setelah berkahwin dalam masa moden ini? InsyaAllah , aku yakin ada, dan aku berharap aku adalah salah satu darinya.. Amin..

Digital image

Sahabat-sahabat yang senantiasa bersama2 aku susah serta senang aku.. Sayang sgt2 ukhwah ini !!

p/s:: Tenang dan damai hati ni bila dapat bersembang dengan kawan baik ku, Najiha dan Kakha tadi.. Rasanya, kalau bersembang dengan pakwe, mesti kena tahan telinga dengar perkataan yang jiwang2 … ehe!

Related Posts with Thumbnails