

Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu



Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu









Akulah penumpang bas yang tegar… Kalau ada award ini di Shout Awards, tentunya pemenang nya ialah aku.. hehehe.. Aku mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penumpang bas ini, sejak aku Tingkatan Tiga lagi.. Memandangkan ayah ku, partime nya seorang pemandu van anak-anak mengaji Al-Quran ini tak bermaksud ayah boleh senang-senang ambil hantar kami dengan van merah itu.. Sebab, ayah perlu utamakan anak-anak yang mengaji Al-Quran ini dahulu.. Memandangkan, aku belajar sesi pagi, habis sekolah tidak menentu, jadi bas pekan la kenderaan yang paling best untuk naik pulang ke rumah… Pakcik-pakcik bas pekan agaknya dah kenal muka kami adik beradik.. Bermula dengan kakak aku, aku, adik lelaki aku, dan adik-adik perempuan aku, aku rasa pakcik-pakcik bas ni memang xasing lagi dengan kami.. Bas yang perlu kami naik, tentunya bas yang tertera perkataan IPOH PARADE, RAJA PEREMPUAN TAAYAH, atau TNJG RAMBUTAN.. Ok, pas… 3 jenis bas ini sahaja yang perlu kami tggu untuk balik kerumah.. Mana-mana satu yang sampai dulu, kami rembat…
Kalau naik bas yang tertera IPOH PARADE, perasaan akan berbunga-bunga riak sikit, sebab bila pakcik bas tanya, nak turun mana, orang lain cakap nak turun kat IPOH PARADE,…. hahaha.. tapi kalau pakcik itu tanya aku nak turun mana, aku akan jawab, ‘’LIBRARY pakcik’’, yeahhhh, nampak tak tanda-tanda riak disitu padahal xpergi LIBRARY pun, tapi aku kena sebut LIBRARY juga sebab, rumah aku memang betul-betul depan LIBRARY tuh dan perlu menapak-napak guna kaki yang persis a tlet ni utk sampai ke rumah.. Ohhh, lagi best kalau bawak beg berat-berat, jinjit pulak buku-buku teks kat tangan.. Waahhh, rajin betul anak melayu ini… hehehe..
Pelan ke rumah pengantin perempuan… Jemputlah, Sila! hehehe….
Sampai ke hari ini, aku masih naik bas pekan lagi di Ipoh… Lebih-lebih lagi kalau dulu aku belajar di Tanjung Malim, malas nak suruh ayah amik di stesen bas, jadi aku pun ambil bas pekan dan menuju laju-laju terus ke rumah aku.. Tapi, hari itu aku tersentak dengan pakcik bas pekan tu… hohoho…
Pakcik : Lama xnampak.. Pergi mana?
Aku : Sekarang xdok kat Ipoh dah pakcik.. Saya kerja kat Pantai Remis..
Pakcik : Ohhh, kerja apa?
Aku : Kerja biasa-biasa aja , pakcik
Pakcik : Iyelah, biasa-biasa tu kerja pa?
Aku : Mengajar, jadi cikgu…
Pakcik : Ohhoo, cikgu.. Patutla lama xnaik bas.. Cikgu mana nak naik bas ye tak?
Aku : Alaaa.. Mana daa pakcik…
p/s: Aduhaiiiiii, tanpa mu bas pekan, aku xmungkin boleh sampai ke tahap ini tau!!!! Huwaaaa…Lagipun, naik bas pekan la syok, save duit dan minyak….. air cond free maaaa…..
p/s lagi : Jangan malu untuk menggunakan perkhidmatan awam! Gunakan lah dengan sewajarnya…
Biasalah… Sebagai guru baru yang baru mula nak menapak di sekolah yang baru, semestinya banyak kerja yang diberi dan dikerah.. Biasalah… Ini baru sikit dik, nanti dah buka alam persekolahan nanti.. Baru dikau tau klcc ke rumah pondok yang tinggi hah? Cuba dikau jawab!!!
Ok, sekarang ni, aku masih tak boleh tarik nafas lega lagi, sebab baru-baru ni pihak tertinggi sekolah aku ada panggil aku ke pejabat.. Katanya status aku masih lagi pending kat sekolah ni, sebab sekolah terlebih guru!! Adeii.. Nanti akan ada mesyuarat dalam PPD, jadi aku tunggu ajelah.. Kalau PPD kata, aku kena tukar sekolah, kena tukar la gamaknya.. Kalau tak kena tukar, stay la aku di SMKDI ini.. Yesss!!!
Sejujurnya dalam hati aku, aku tak nak tercalon kena tukar sekolah, sebab :
Tapi, kalau memang rezeki aku memang kena tukar juga, aku harap :
Tapi tak kisah la, dimana pun aku ditempatkan, aku akan terus berbakti.. Cewahhhh… Haaaaa, sebut pasal berbakti ni, mulai tahun depan , aku kena berbakti untuk ::
Ohhhhhhhhh…….. Tak ku sangka yang bukan mudah untuk memulakan kehidupan baru… Bukan mudah jua untuk mengubah tradisi ‘bergantung hidup’ kepada ‘bergerak hidup’…. Iyalah, mungkin sahaja sebab aku sudah terlalu lama hidup dalam penuh keselesaan, kedamaian, kebahagian dan 1001 rasa yang indah-indah selama 23 tahun ini..
Aku bersyukur menjejakkan kaki ke SMKDI merupakan perkara yang paling terbaik pernah aku dapat… Bantuan dari staff dan kakitangan sekolah memang tak akan aku lupakan.. Seorang staff yang dipanggil Abg Man dikalangan majoriti disini, memang bersemangat waja mencari rumah sewa untuk aku.. Bahkan kawan2 yang pernah berpraktikal disini pun ada memberitahu mengenai bantuan Abg Man ni.. Rugi aku, tak pandai bawak motor, sebab kawan-kawan yang pernah berpraktikal disini diberi motor oleh Abg Man untuk ulangalik ke pekan.. Xpelah, nanti aku nak cepat2 amik lesen!!
Setakat ni Alhamdulillah.. Aku menyewa di kuarters guru SMKDI disebelah pagar sekolah aja.. Aku hanya boleh berjalan kaki beberapa langkah sahaja, boleh juga main-main lompat pagar, dan boleh pergi mengajar.. Alhamdulillah , masalah pengangkutan kesekolah settle!!
Percaya atau tidak, ini sahajalah barang yang aku bawak ke Pantai Remis sebagai permulaan hidup aku yang baru…Baju2 hanya bawa yang perlu sahaja..
Sebelum emak ayah nak meninggalkan aku di Pantai Remis ni, kami sempat la membeli tikar getah, baldi, penyapu, penyodoksampah dan kain ‘GudMorning’ buat tambahan.. Lepas aja, dah angkat barang ke dalam rumah sewa, emak ayah terus meninggalkan aku bagi membolehkan aku berdikari dengan kaki sendiri….
Keadaan bilik pada awalnya tak ada tikar getah.. Hanya bersimen kelabu, berpasir,berhabuk dan kotor sangat2.. Sebijik macam bilik setinggan.. Lepas menggunakan khidmat untuk menyapu, mengemop,memasang tikar getah, dan sebagainya, hasilnya, boleh la buat tidur bilik ini.. Itupun, laptop memang bukak sepanjang malam sampai ke Subuh…Bilik ni xada langsir, kebetulan aku terjumpa tudung siapa ntah masa mengemas2 bilik ni, aku gantung kat tingkap konon-konon nak buat macam langsir… hehehe… Konon bagi serilah sikit bilik tu..hehehe…
Beg Kampuchea yang warna pink tu aku jadikan sebagai tempat nak letak baju kotor.. Aku beruntung sebab dapat menyewa di kuarters guru sebab kemudahan almari dalam bilik semua ada.. Tengok, bukan main besar lagi almari nya dengan laci bagai, tapi baju-baju aku xsampai separuh laci tu pun… Kebetulan , rumah ni pun dah cukup lengkap dengan peti ais, mesin basuh, dan semua peralatan eletrik sebab housemates yang duduk sekali memang dah menyediakan semuanya selama 3tahun dia bekerja disini.. Alhamdulillah..
Housemates banyak memberi kata-kata semangat kepada aku sebab mereka juga pernah melalui perkara-perkara yang susah disini.. Dan semua orang bermula dengan kesusahan disini, tiada istilah senang..Diorang menceritakan pengalaman balik ke kampung dengan kemudahan bas yang terhad, perlu menaiki bot ke Damar Laut untuk mendapatkan bas..Dan semuanya itu, bergantung kepada diri kita bagaimana dan sejauh mana kita mempositifkan diri dan memberi keyakinan pada diri untuk mengharungi segalanya… InsyaAllah Amin…
Go-Go-Go, Fight-Fight-Fight, Win-Win-Win
Yeahh.. Itulah suratan takdir yang harus aku telan dan tempuh sekarang ini lebih2 lagi apabila pihak JPN memberitahu lokasi kawasan yang akan ku dipostingkan..
Peta negeri Perak Darul Ridzuan
‘’Kawasan Pantai Remis, Manjong, Perak DR’’ Kata si empunya suara dicorong telefon JPN..
Apa-apa pun aku bersyukur pada Yang Esa dengan penempatan ini jika mahu dibandingkan dengan beribu lagi guru yang tidak mendapat penempatan di negeri asal dan juga bertahun-tahun menunggu penempatan.. Nasib menyebelahi aku, setelah sebulan konvo, penempatan diberikan Alhamdulillah, jika mahu dibandingkan dengan beribu graduan lain.…Tapi, sungguh, penempatan ini adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat yang ada.. Mungkin Ipoh/kawasan sekitar aku sudah penuh dengan guru-guru Matematik, dan khidmat aku lebih diperlukan disana sebagai tenaga kerja yang baru.. Walaupun, jauh disudut hati aku, terasa juga kecemburuan pada teman-teman yang dapat di Ipoh tempat ku yang tercinta.. Namun aku harus akur pada tuntutan ibadah dan kerja ini.. Baru kini aku mengerti bahawa, kerjaya pendidikan/guru memerlukan pengorbanan yang tinggi.. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian…
Hati ku jua turut tersentap apabila ada suara-suara yang mengatakan kawasan yang bakal aku ditempatkan itu sukar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar, jauh dari kawasan pekan, dan sebagainya… Namun walaubagaimana sekalipun kawasan nya, masyarakat nya, sosial nya, aku akan cuba untuk kuatkan semangat dan azam , kentalkan jiwa dan raga ku, dan cuba sedaya upaya membuka seluas-luasnya hati dan minda ku seperti mana terbentang luasnya Pantai Remis itu..Tak kenal maka tak cinta.. Manalah tahu, lagi hebat dari Ipoh.. Macam pengalaman praktikal di Grik.. Sangat seronok!
Seorang teman ku telah berkata apabila aku runsing memikirkan apabila aku tidak dapat posting di Ipoh….
‘Allah telah mengabulkan doa mu, Sofia untuk posting di Perak, tapi ini tidak bermakna Allah tidak mengabulkan doa mu untuk posting di Ipoh… Allah telah melakukan perkara yang jauh lebih baik dari ini..Allah telah mengabulkan doa insan-insan disana yang memerlukan pendidikan, memerlukan kasih sayang dan memerlukan perubahan untuk masa depan, serta ekonomi keluarga mereka.. Maka, dengan ini Allah telah mengabulkan doa mu , Sofia yang sentiasa berharap dapat membantu masyarakat sebegini’
Ya……. Baru kini aku mengerti tujuan ku untuk menjadi guru bukan kerna pangkat mahupun harta ……… Semoga niatku serta sahabat-sahabat ku untuk menjadi guru sentiasa diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah Amin…
Walaupunbagaimanapun, hati aku ni tetap terasa gusarannya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nama sekolah yang belum pasti, urusan rumah sewa serta pengangkutan.. Masalah nama sekolah yang masih belum diketahui menyukarkan aku untuk membuat pilihan rumah sewa dan sebagainya.. Tetapi Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang pernah menjalani praktikal disana, dan memberi beberapa maklumat kepada aku, serta no telefon yang harus dihubungi untuk menyewa rumah..
Apa-apa pun, mulai minggu hadapan aku akan mula berdikari seorang diri, tiada lagi keluarga dan teman-teman rapat disisi yang sentiasa menghulurkan bantuan..Tiada lagi… Semuanya aku harus bergerak pada kaki sendiri….Jika perlu berjalan kaki ke sekolah, silalah berjalan kaki..hehe.. AKu perlu bergaul dengan kawan-kawan sekerja yang baru, persekitaran yang baru dan yang paling penting adalah membawa imej diri di tempat yang baru.. Semoga Allah permudahkan setiap segala-galanya bagi aku.. Amin....
p/s:: Pantai Remis terkenal dengan hasil kutipan remis.. Eeeemmm, nampaknya, pagi-pagi aku mengajar, petang-petang kutip remis pula.. Best2.. Xsabar nak jejakkan kaki kesana…Wish me luck!!
Baru je aku ingat nk update pasal entry konvo yang lepas tau, tapi tetiba macam ada berita panas dan segar dari FB Kami Bakal Pendidik yang aku peroleh beberapa minit yang lepas…
Alhamdulillah..
Berita terbaru result posting akan
keluar pada 15.11.2010 dan kita akan berposting pada 22.11.2010.
Maklumat terbaru yg saya perolehi dari Bahagian Penempatan Sekolah
Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulilah…. Alhamdulillah.. Syukur!!!!
Sesudah hampir 6bulan , aku berfoya-foya dirumah, akhirnya keluar juga statement yang aku rasa memuaskan hati semua pihak!! So, sekarang ni aku dah mula mark kalendar dan menunggu tarikh keramat 15Nov2010 ni… Aisshhh, agak2 nya, mana la aku bakal dipostingkan?
p/s::: Aku harap agar berita kali ni biarlah benar… Xlarat dah aku dengar macam2 khabar angin pasal isu posting ni..
Ollllllllaaaaaaaaaaaa…….. Apekhabar semua.. Hamik kau, panjang aku buat perkataan OLLA tuh… Sejak 2 menjak ni, blog agak terabai…. Maap noo.. ceq bukan sengaja, tp ceq mmg saja2 nak mengabaikannya.. Ehh2, xdelah, gurau je…Sebenarnya sejak akhir2 ni, buzy sikit gn beberapa urusan , nnt akan ku update dlm entry2 seterusnya ye.. Tugas aku kt 100Penulis pn banyak terbengkalai.. Adeiii Admin, im sori, tp keenam-enam assignment ceq dah siapkan dah tau… sobssss…
Beberapa bulan yg lepas (wowww.. punyalah lama) , aku telah ditag oleh kak fara aka Aliesha Kirana yang merangkap senior aku masa kt MJSC Balik Pulau dl…. Kitorg terjumpa pn kt dunia blogging ni la.. Tengok2.. xsangka kn, dunia blog ni pun leh wt kita jumpa balik kenalan2 lama tau…So sweet kn….Untuk perhatian semua, senior aku ni juga penulis novel tau kt www.penulisan2u.my ..Sape2 yang minat baca novel/cerpen online, mmg diorg berkampung kt web ni.. So, silalah dapatkan segera cerpen/novel Aliesha Kirana di web tu ye!! hehehe.. Gerenti merembes2 airmata jatuh bercucuran ok!!
Blog beliau!! Sila follow sila !!
Facebook beliau!! Sila like sila !!
Ok, kak , saya dah siapkan tag ni.. Maaf lambat buat ye… N one more, saya curi2 print screen blog n FB akak… Xpe ke atau pe2?? hehehe… Bgtau sy ek kak!! Terimakasih tag saya.. Nnt bagi lagi, saya suka wt tag2 ni… kekeke…
1- Name one person who made u laugh last night?
>>> FB……… Melayan kawan2 aku yg suka merapik kt FB…
2- What were u doing 1 hour ago?
>>> Aku baru lepas makan… Lepas tu terus semangat kental nak siapkan blog..keke..
3- What was da last thing you said out loud?
>>> Huwaaaarghhhh ( ak menguap…kah kah kah)
4- Where's da next place you're going to?
>>> Nak p atas tilam…(Ngantukkkk weiiii …)
5- What was da last thing u paid for?
>>> Xingat… Short term memory betul….
6- Where were u last nite?
♥ Teratak Ayahanda Bonda ku Tercinta ♥
7- What's da best ice-cream flavour?
>>> Sume jenis aku bedal… Xde istilah NO
8- Do u wanna cut your hair?
>>> Nak………….. Pas tu nak wat fashion2 ckt.. Baru stylo… hehehe……..
9- Do u love to 'melatah'?
>>> Xsuke… Tapi termelatah gk kekadang
10- If that so(melatah), what will u said out loud?
>>> OmakKau………………..
11- What does da last text-msg received say?
>>> ‘ Weeessss Yang.. Dah tau posting belum ni?’ (Huewaaaa… hari2 akan dapat mesej dr membe selagi penempatan sekolah xkua2 lagi kt web KPM itu)
12- Will u get married in da future?
>>> InsyaAllah.. Nak2.. *mood gatal dtg…eehee……….
13- Do u chew on your straw?
>>> Nope~
14- Do u make-up your own words?
>>> Gapo dio ni ? ? ? ?
15- Is there anyone u like/love right now?
>>> Sapelah lelaki bertuah yg aku suka tu…
16- Tag to other 5 bloggers/more