MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label BAJU NIKAH. Show all posts
Showing posts with label BAJU NIKAH. Show all posts

Friday, January 11, 2013

WEDD PREP : BAJU NIKAH

Cerita pasal baju nikah sebenarnya masa hantaran bertunang hari tu family En Tunang ada bagi sepasang kain pasang + tudung + veil  dimana sepatutnya dijadikan sebagai baju nikah nanti.. Kainnya memang cantik, siap ada sulaman atas kain tu tapi kainnya cotton dan macam jarang... Alamakkkk.. Macam mana ni, Cik Pia kalau boleh nak buat baju kurung moden tapi selalunya kain cotton tak berapa nak sesuai sebab  kain tu tak lembut kan, nanti kain tu nampak kaku ja kat badan Cik Pia, tak flowy-flowy... hehehehehe.........
Kain pasang yang dijadikan hantaran katil dan  tudung + veil + keronsang jadi set hantaran beg.. Kreatif kan jiran Opah En Tunang.
Jadi, Cik Pia pun slow talk la kat En Tunang pasal jenis kain tu dan kalau boleh tak nak dibuat baju nikah , dan nasib baik la En Tunang pun setuju kalau kain tu dibuat sebagai baju kurung yang boleh dipakai selepas kawin.. Fuhh selamat.....

Cik Pia kalau boleh baju nikah tu :
1) TAK NAK kain lace-lace bagai sebab kain tu kan nanti panas duduk dalam masjid berdebar-debar habis semua peluh keluar, hahahahaha..
2) TAK NAK baju nikah ketat-ketat, kain sendat-sendat nanti nak duduk dalam masjid bukan guna kerusi tapi duduk bawah , duduk sopan-sopan tak boleh nak gerak-gerak kaki kalau kebas...hehehehe...
3)TAK NAK warna Putih, sebab Cik Pia kan hitam-hitam manis setampuk manggis, nanti kesian Cik Pia tenggelam nanti dalam warna suci itu.. hahahahaha

Jadi Cik Pia pun sudah lah membeli baju kurung moden yang menepati ciri-ciri yang Cik Pia nak tu tahun lepas lagi ok, sebulan selepas bertunang.. hehe.. Awal kan????  Cik Pia beli yang dah siap terus, RM150 je, siap ada batu-batu putih lagi... Cik Pia ni tak pandai la nak ber-DIY bagai ni, asalkan baju tu BUKAN KAIN LACE, KETAT-KETAT dan PUTIH, Cik Pia okey aja... 

Warna sebenar dirahsiakan tunggu lepas kawen
Yang penting, Cik Pia mahu keselesaan semasa memakai baju nikah tu dan nak jaga juga aurat dan adab dalam masjid..Cik Pia ini tidak la alim bebenor, tapi kesian nanti dekat bakal suami Cik Pia kena tanggung dosa Cik Pia lepas kawin kalau Cik Pia pakai baju ketat metat, jarang marang semua.... heeeeeeeeeeeee

Jangan jadi macam ini ya...... 
Tengah google-google baju nikah, terjumpa dalam google image, terkejut mak jemah !!!


Related Posts with Thumbnails