MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Epilog. Show all posts
Showing posts with label Epilog. Show all posts

Monday, March 20, 2017

LANGKAH PERTAMA 2017

Image result for keep positive

Agak terlambat meng 'up' entry bagi 2017...

Sejak ada facebook, instagram dan sebagai nya, agak terkubur blog ku yang tersayang ni...

Rindu pula nak bermanja-manja dan menaip cerita-cerita yang berlaku sepanjang kehidupan ini..

Mana lah tau, kisah dan pengalaman Pia boleh dijadikan semangat buat kawan-kawan lebih2 lagi buat kawan2 yang masih mencuba untuk mendapatkan  zuriat..

Dan juga , nanti anak-anak dan cucu2 ku boleh la baca coretan ku ini, hehehehehe... malu opah...

Mac 2017 - Masih mencuba / Im still TTCian ...
April 2016 - Fail 2nd IUI
Mac 2015 - Gugur 1st IUI
2014 - My 1st step to TTC world / LPPKN my 2nd home
2013 - Im Married !!







Tuesday, April 30, 2013

TAMAT CAMPING , MULA CERITA BARU

2 hari sebelum pergi perkhemahan....Kurus sikit, berat kurang...


4 hari selepas berkhemah, gemuks, berat naik sebab 6 kali makan sehari, gelap sikit, sunburn....

Cik Pia dapat pergi Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan 13Mei- 22 Mei, tapi terpaksa ditolak sebab lagi seminggu nak kawen kan, nanti tak sempat nak tonyoh muka jadi putih pula....hehehehe...

Sedih la juga nak tolak tawaran tu, En Tunang pun tak bagi pergi perkhemahan dah lepas ni sebab ''Darah Manis'' katanya.... Alahaiiiiiii, disebabkan En Tunang, terus Cik Pia jadi lembut tau, tolak tawaran.. Alahaaaaiiii, En Tunang kena tahu tau, susah nak buat keputusan ini.. Hehehehehehe...........

Friday, April 12, 2013

3 SEBAB KENA TEGUR

Hari ini, kena tegur dengan emak, sebab asyik mengadap depan laptop, kejap-kejap facebook, kejap-kejap belog, pas tu keluar tengok tv, makan-makan, gelak-gelak, lepak-lepak main hp, lepas tidur petang dengan lenanya, lepas tu ajak emak keluar, pergi ronda-ronda pekan .. hahahahaha... Memang boleh mengundang kemarahan emak kalau selalu buat macam tu setiap hari kan......
3 sebab yang tidak diketahui emak kenapa Cik Pia relax-relax selepas balik sekolah :
  1. Penat sangat-sangat lepas balik sekolah.. Penat sebab mengajar + terkejar-kejar buat kerja-kerja rasmi + latihan rumah sukan + belum ditambah lagi dengan kerja-kerja lain  , so, konon-konon nak release tension la kononnnnn
  2. Balik lambat, pukul 2 , 3 petang baru nak balik, tapi mesti balik sebelum pukul 3 ,sebab nak layan cerita Filipina , Broken Vow kennn
  3. Drive jauh kot, Ipoh ke Buntong, kalau jem, dalam 30 minit baru sampai rumah, dengan panazz nya lagi, tapi sekarang ni kena double drive, sebab, sebelum balik kena ambil adik Cik Pia dulu, sekolah dia pun jauhhh dengan sekolah Cik Pia..
3 sebab yang tidak diketahui Cik Pia kenapa emak marah-marah Cik Pia :
  1. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
  2. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
  3. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
Sebenarnya ada banyak kerja-kerja, sebab itu Cik Pia relax.............

Sebab-sebab yang B2B yang lain tak tahu yang sebenarnya banyak kerja nak dibuat oleh B2B : 
  1. Nak siapkan balang kaca untuk lelaki
  2. Nak lekat-lekat goodie bag
  3. Nak cari idea tudung bersanding belum lagi
  4. Baju khatam Al-quran dan marhaban tak cari lagi
  5. Rumah sewa tak dapat lagi
  6. Idea Guest Book tak datang lagi
  7. Nak cari dj, kompang belum lagi
  8. Nak cari deco-deco hantaran belum lagi
  9. Nak ambil alamat-alamat kawan-kawan lagi
  10. Persiapan mental, fizikal, rohani, jasmani belum lagi
 Dan banyakkkkkkkkkkkkkk lagi... 
Yes, Im Bridezilla Nowwwww !!!!!!!!!
*****Kadang-kadang banyak benda nak dibuat , tapi kita tak tahu nak mula dari mana kan...... 
************Nanti lepas kawen, lagi banyak kerja ooooooooo

Tuesday, April 9, 2013

BUKTI SUNBURN

Walaupun kalah, tapi kalah bermaruah.. Tahniah buat pasukan sekolah ku.. Walaupun kalah, tapi kita tetap menang sorakan.. hehehe... Mana tak sunburn nya, cikgu nya pun turut sama terkinja-kinja macam budak-budak.. Nasib badan la Cik Pia oooii, pas ni letak banyak-banyak fair n lovely ye....



Wednesday, March 27, 2013

TIPS : HATI & PERASAAN



Preparing for wedding is a happy process..

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan marah-marah, jangan cepat melenting, jangan over excited , jangan dekati aura-aura negatif.......

Banyakkan berdoa, berzikir,  bertanya,  permuafakatan, tingkatkan azam , cekalkan diri, kuatkan semangat !!!!!!!!

Yeaaaahhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!
Im the happpppyyyyyyyyyyy b2b

Tuesday, March 26, 2013

CREATE EVENT KAWEN KT FB

Sabar aja lah.. Lepas aja En Tunang dapat kad kawen hari tu, dia terus create event kawen kat FB, ajak kawan-kawan datang kenduri dia........  sabar ajalah, tak sabar-sabar betul........

Rilex la, chill la En Tunang ooooi, lambat lagi, dua bulan lagi kot...... Cik Pia siap cakap lagi kat dia, jangan invite Cik Pia lagi........ hahahahaha............... 


**** p/s: Orang lelaki ni kadang-kadang tak sabar juga ek?? heeeeeeeeeeeeeeee.. Jangan marah..........

Monday, March 25, 2013

KEMAHUAN DAN KEPERLUAN

Bila tengok kawan-kawan dan sedara mara semua dah habis buat kenduri, tengok semua meriah-meriah, cantik-cantik baju dan gambar, kadang-kadang terfikir, alamak, nanti majlis Cik Pia macamna, secantik mereka ke.. huhuhuhu...Tiba-tiba pikir,  macam nak tambah itu dan ini, nak tukar yang itu ini.. huhuhu.., pas tu pikir, macam rugi tak amik dengan ini, proses banding membanding berlaku.. huhuhuhu....

Mungkin bisikan syaitan yang jahat, yang sentiasa menghasut-hasut agar kita sentiasa mahu lebih dari orang lain..

Yang penting, Cik Pia perlu stick pada apa yang Cik Pia mahu iaitu 'KESERDAHANAAN MAJLIS DAN KEBERKATAN MAJLIS'... Amin............. Majlis akan diingat sehari aja, tapi kebahagian dan keberkatan rumah tangga dibawa selamanya.... Amin...

Tuesday, March 19, 2013

Kursus Guru Kadet Bomba

Alhamdulillah, tamat sudah kursus kadet bomba selama 4 hari 3 malam.. 
Kembali ke alam realiti, kembali menyiapkan persiapan perkahwinan Cik Pia... 

p/s: Nanti Cik Pia review perkhemahan ni.. best sgt!!!!!

Friday, March 15, 2013

GUDBYE BLOG !

Minggu ni sangat-sangat mencabar dan penat !!!!! Berkejar-kejaran di sekolah mengejar dateline kerja... Akaun PIBG, Daftar PBS, Hias Bilik PBS, marking paper exam, fotografi sana-sini, kejar pergi kelas pula, preparation kawen lagi dan macam-macam lagi.. Ini semua kadang-kadang men-give up kan Cik Pia sebab rasa tak terhandle nak buat sorang-sorang............

Hari ni pula Cik Pia akan pergi kursus kadet bomba di Kandu Eco Adventure Gopeng selama 4 hari.. horrreeeyyyyyy.. rasa macam best sangat sebab boleh lari kejap dari suasana kerja yang banyak itu..Semalam memang balik lambat dari sekolah sebab nak setel kan semua kerja, bagi kerja-kerja relief siap-siap kat cikgu-cikgu..  Harap-harap boleh release tension di sini.. 

Gudbye sekolah, gudbye kerja-kerja, gudbye preparation kawen dan gudbye belog untuk SEKETIKA.... hehehehe....


p/s: Ini semua ihsan sumber dari google image ye..

Monday, March 4, 2013

TRAUMA ACCIDENT

Cik Pia accident.. huhuhuhu...
So, blog berhenti rehat kejap....
Nnti Cik Pia update k....
**segala persoalan Cik Pia akan jawab nnt k..

Sunday, February 17, 2013

CUTI YANG MEMBAZIR

Haiiiiiiii, esok dah mula masuk kerja...... Cuti seminggu ni rasa macam tak buat apa-apa pun untuk persiapan perkahwinan...Sedih sangat.. Dimulakan cuti dengan kerja-kerja sekolah yang banyak, tanda buku students, siapkan fail-fail persatuan, buat soalan ujian Matematik & PJPK, headcount pelajar Tingkatan 5, dan juga siapkan fail PBS...Banyak masa duduk depan laptop siapkan kerja.. Keluar bilik, mandi, makan, solat.... huhuhuhuhuhu.... Sedeyyy, padahal banyak aja plan nak dibuat time cuti CNY sebanyak 9 hari ni.. huwaaaaaaaaaaaaaaaa......................Untuk persiapan perkahwinan kebanyakkan nya Cik Pia kena handle sendiri, dari segi tempahan khemah, kompang, catering semua sebabnya ayah Cik Pia xberapa sihat.. Selalunya kan emak ayah yang uruskan kan2..... Tapi, Cik Pia ok aja...
  1. CATERING : Plan nak jumpa catering , tapi setiap kali pergi rumah orang catering, mesti dia tak ada kat rumah...Catering dah book, tapi melalui orang tengah iaitu sepupu yang duduk depan rumah dia.. Orang catering tu dah sedia maklum tentang tempahan kami, tapi lagi best kalau dapat jumpa face to face dan bayar deposit sikit kan... POSTPONED LAGI
  2. CATERING NIKAH : Niat nak pergi jumpa masa cuti ni, jiran depan rumah aja, tapi emak kata awal lagi.. huwaaaaaaaaaaaaa...POSTPONED LAGI
  3. DJ : Niat nak pergi jumpa masa cuti ni, jiran sebelah rumah aja, tapi emak kata awal lagi.. huwaaawaawaaawaaaa.....POSTPONED LAGI
  4. KOMPANG / SILAT : Tak pasti antara dua ni..  Nak dua-dua tapi bajet nya kata perlu ambil salah satu sahaja.. huwaaaaaaaaaaaaaa..POSTPONED LAGI
  5. KHEMAH : Khemah ambil sekali dengan En Tunang, tapi tak bayar deposit lagi. Entah bila nak p jumpa entah..POSTPONED LAGI
  6. PRE WEDDING : Niat di hati nak ambil semalam, tapiiiiiii, En Tunang pula ada kursus kat Klang 2 hari.... Emmmmmm, postpone la nampak gayanya...POSTPONED LAGI
  7. BUNGA TELUR : Tak habis buat lagi, padahal klip kan aja TQ TAG tu, tapi sebab kerja banyak, tertangguh lagi.....POSTPONED LAGI
  8. KAD KAWEN : Dah order, tapi ada banyak kesalahan dia buat ..Tak best pun rasa bila tengok kad kawen kami.. Rasa geram aja.. Dah la vendor kad kawen En Tunang yang cari, dah la jauh kat Kuala Kangsar sana... fuhhhh, sabar ajalah....Tapi, malas nak gaduh-gaduh manja dengan En Tunang pasal kad kawen aja pun... POSTPONED LAGI
  9. CINCIN NIKAH : Dah survey tempat nya nak buat kat mana, tapi bila pergi hari Selasa tu, tengok-tengok TUTUP BERCUTI.. Eeeeeee, geram aja, padahal kedai Melayu kot, tak kan lama sangat cuti CNY... Nak pergi hari Rabu, tak boleh dah sebab En Tunang dah mula kerja.. Nak pergi time malam, Cik Pia tak boleh keluar malam... huhuhu.........POSTPONED LAGI
  10. KASUT HANTARAN : Susah betul nak cari kasut hantaran, sebabnya Cik Pia ni jenis pakai kasut murah-murah, cikai-cikai aja yang beli kat pasar malam aja untuk pergi kerja dan berjalan-jalan.. Bila suruh beli kasut hantarab, tak tahu dah nak cari kat mana dan bila tengok semua kasut mahal-mahal, RM 50 keatas semuanya, padahal letak kat kaki aja pun.. hehehe... POSTPONED LAGI
  11. HANTARAN YANG LAIN: Jam dan perfume, dan sepasang cincin ukir nama.. Kalau bajet cukup, maybe beli sepasang cincin ukir nama kalau tak, beli untuk En Tunang aja lah..POSTPONED LAGI
  12. BAJU SANDING : Tengah tunggu baju-baju yang memuaskan hati dari butik, tapi macam tak ada feed back aja..Harap-harap ada baju yang menyenangkan hati... POSTPONED LAGI 
  13. GUEST SIGNATURE BOARD : Order dengan CKK juga, tengah tunggu design dari CKK... POSTPONED LAGI

Wednesday, January 16, 2013

AMBIL HATI

 ♥ TQ En Tunang lukiskan karikatur Cik Pia ♥ 

 Amik dari gambar ini......


Eh-eh , sama tak gambar nya???
Pandai betul En Tunang, tapiiiiiiiiiiiii

bukan dia yang lukis, dia upah orang aja, hehehehehehe..... 

kalau En Tunang pandai lukis, dah lama Cik Pia upah dia buat design kad kahwin, baju kahwin, etc etc etc... hehehe.. tapi, terharu sebab kalau keluar dengan En Tunang, mesti ada saja cenderahati dapat dari dia.. Ambil hati I la tu.. kekekekeke.... Tq En Tunang ♥ 
 Cik Pia memang tak pandai nak ambil hati orang lelaki..... hehehehe... Macam na ya?????? 

Friday, January 4, 2013

DARAH MANIS

Tengahari tadi, bakal Mother In Law (MIL) telefon Cik Pia kat sekolah,  bagitahu sesuatu yang mendebarkan dan menderaukan darah manis Cik Pia ni ....

En Tunang Cik Pia ACCIDENT DENGAN LORIIIII ......... OMGGGGGGG!!!!!!!!!! Tanjat gegurl tau !!!!!! Terus pikir macam-macam... OMG OMG OMG !!!!! Tapi, Alhamdulillah, En Tunang selamat tubuh badan semua, tak injured apa-apa, cuma kereta kesayangan En Tunang aja yang kemek bahagian depan walaupun sempat brek katanya......... Menakutkan betul...............

Tapi dalam trauma En Tunang tu pun, sempat juga lagi dia tanya bila kami nak ambil BORANG NIKAH kat Jabatan Agama... hehehe... Tak apalah, Cik Pia kata next month pun boleh, yang penting En Tunang selamat , tak perlu tergesa-gesa ................

Inikah darah manis yang orang-orang dulu kata tu? Semoga Allah memelihara dan melindungi Cik Pia, En Tunang Cik Pia dan ahli keluarga kami serta orang-orang yang berada di sekeliling...... Amin....

Sunday, May 22, 2011

Berkurun lama sudah!!

Kesian blog ku ini.. Dianaktirikan lagi ya? Alololo siannya dia..
Anak ku kena paham, ibu mu ini pergi bekerja , mencari rezeki untuk mengisi perut sendiri…
Dan bajet macam aku lah yang kerja sampai tak cukup kaki tangan kan, padahal diri sendiri yang tak pandai urus kan diri sendiri  , tahu nak melekap depan internet 24jam je kan? … Ooo yeahh, jangan diamalkan selalu ya adik-adik.. Waktu bekerja tidak sama dengan masa kita belajar dulu ya!!
Kalau masa belajar dulu boleh lagi la nak beronggeng-ronggeng pergi KL sehari sebelum exam, karaoke pada malam nak exam,sanggup stay up study sampai pagi esok nak exam, ditambah pulak amik nescafe sampai 2cawan takut tertidur masa tengah kusyuk jawab soalan Matematik Diskrit yang macam ‘oo aku rasa aku macam xpernah belajar selama ini’..
Ohhh, zaman bekerja sangat-sangat berbeza dengan zaman belajar …. Bajet macam aku dah bertahun-tahun kerja kan? Aduhh Sofia, kenapa cepat sangat mengeluh ni, kamu tu bekerja baru beberapa bulan tau, dan nak kena tunggu sampai umur 50 lebih baru pencen tau??
Ohhh, semoga aku sentiasa diberi semangat yang baru untuk terus-terus mengajar, mendidik dan pelbagai jenis ‘men..’ lagi la… Aminnnnnnnnnn…………
p/s: Amik mood semak paper exam………..

p/s lagi : Entry ini macam marah diri sendiri je.. hukss..

Tuesday, April 12, 2011

Luluh hati

Tahu makna luluh hati?Ohh ya, mungkin bagi yang jarang-jarang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul macam aku, mungkin rasa macam sejenis kuih atau makanan ringan.. Ohh tentu sekali bukan ya.. Luluh hati ini boleh tak diibarat kan macam gugur hati, rasa macam hati terlampau sedih atau sebak atau rasa hati gugur jatuh ke tanah? Waaaaa… Hiperbola betul.. Kalau guru BM yang baca ayat aku, mesti dia kata aku dulu pernah fail BM.. Teeeettttttttt…

Ok2… Kembali lurus… Hati aku macam tersentap ok, dengan keputusan peperiksaan anak-anak aku.. Waaaa, macam dah beranak lima pula aku ni… Yelah, bila tengok keputusan diorang yang macam aku xtau nak kata apa, korang tengok ajelah kat bawah ni, aku rasa macam ‘’eh-eh korang xpaham ke apa yang cikgu ajar ni? Teruk ke cikgu mengajar ni sampai macam ni sekali result ?’’ "eh-eh korang ni belajar tak kat rumah ?

Fuhhh.. Memang tamparan wanita la untuk aku, lebih-lebih lagi aku cikgu baru dan aku rasa macam kesian pula kat anak-anak murid dapat cikgu macam aku ni.. Yelah, aku pun dalam proses pembelajaran juga bagaimana untuk mengajar.. Dan aku harap aku boleh perbaiki lagi sebelum peperiksaan pertengahan tahun ni pula!!!!!! Yeaaaaaaahhhhhh, you can do it Sofia!!!

p/s: Perasan tak, ayat-ayat aku semakin skema?

 

Saturday, January 8, 2011

Pengalaman pertama yang memang sah aku tak dapat hadiah hari guru tahun ni!!

3 Jan 2011 : Hari pertama aku betul-betul bergelar seorang Cikgu.. Perasaan sebelum nak melangkah ke 3Jan 2011 tu, agak takot sikit, sebab masa mesyuarat guru 2011, Pengetua dah bagitahu tentang pemantauan PPD masa hari pertama sekolah.. OhMy… Ketaq lutut aku, sebab fikir nama-nama besar yang akan observe.. Fuhhhhh… Tapi, cikgu-cikgu kat sini bagus, siap kata kat aku, rileks-rileks-ice-ice cool-bebeh!!

Memang betul, dalam segala hal kita kena rileks, tp persediaan kena ada la kalu nak relax pun.. Jadi, sehari sebelum nak masuk sekolah, bilik memang agak berterabur sikit sebab, nak lengkap kan buku rekod mengajar, print sukatan pelajaran, n study sikit…Picture 002Masa mula-mula sampai sekolah ni, memang cikgu-cikgi kat sini , dah pesan pada aku dah, janganlah nak buat muka manis-manis awal-awal tahun ni, sebab nanti budak-budak naik kepala, dan biasalah dapat pula menengah rendah, jadi sifat anak-anak umur 7tahun masih belum hilang lagi…. Kalau awal-awal dah mula bermanis-manis dengan diorang, nanti diorang ingat kita ni cikgu baru senang diauta, senang kena makan, & mulalah kita sendiri akan dapat masalah utk kutip yuran, homework & sebagainya, terutamanya kelas hujung2, nakal2.. fuhhhhhhhhhhhhhhh…..

Jadi, sebelum bermulanya sesi persekolahan, aku dah praktis siap2 kat rumah macamna nak buat muka garang… hahahahaha.. Masalahnya, ada tokoh ke aku ni nak buat garang???? Nak tergelak pun ada sebenarnya bila nak buat garang-garang ni….Tapi, kena berlatih jugak….

Alhamdulillah, berjaya jugak aku… Memang confirm tahun ni aku xakan dapat hadiah hari guru dah!!!!!

Alhamdulillah, setelah berguru dengan guru-guru yang lebih senior disini, aku dapat buat kesimpulan yang :

1) Kelas & students yang first time kita nak mengajar, jangan sesekali kita bagi muka pada students… Bukan bermaksud kita sombong, tapi kita kena tegas n garang.. Students akan tahu, yang cikgu ni xboleh dibawa main.. Kerja rumah kena siap, buku teks kena bawa… Memang betul!!! Aku dah cuba method ni pada students yang first time aku nak ngajar.. Memang budak2 F1 ni takut giler xbawak buku teks, (dia tersilap tengok jadual), terus berlari-lari anak nak pinjam kawan kelas sebelah.

2) Untuk kelas & students yang first time kita nak mengajar, masa ni lah, kita nak denda students.. Bukan la denda yang berat2, contohnya, masa kita ngajar sedap2 kat depan, dia pulak dok celoteh2 kat belakang, kita panggil n denda, suh dia berdiri depan kelas ke, @ tukarkan tempat dia ke depan ke… Denda ni masa first kelas sgt2 penting.. Sebab kita nak ingatkan semua pelajar yang masa kelas kita, berikan tumpuan pada P&P…

3) Kurangkan bercakap… Jangan terlalu banyak bercakap dalam kelas terutamanya yang bukan berkaitan pengurusan kelas @ P&P… Cukup dengan hanya jelingan mata, pergerakan tangan.. Contohnya, kita tengok, ada 2, 3 orang budak bercakap2 dalam kelas, cukup kita buat jelingan mata aje.. Awal-awal ni jangan lah banyak bercakap sangat dalam kelas…

4) Elakkan untuk marah-marah students dengan perkataan yang xsopan… Cara aku dalam kelas pulak, kalau nak marah students ‘Kamu yang kat belakang tu, BERDIRI’ --- dengan nada yang sangat tegas&kuat, sampai kelas kat hujung boleh dengar --- Jangan mulakan untuk mengherdik pelajar, walau nakal macamana apa pun sekalipun.. Tolong… Jangan buat macamtu, nanti kena pada anak sendiri, padan muka dikau!!

5) Bila dah denda-denda pelajar tu, janganlah kita buat dek aje ye kawan-kawan.. Kita refleks balik apa yang diorang buat.. Bagitau dia apa tujuan kita denda dia, jadi pelajar akan kurang berdendam dengan kita.. Kalau dendam pun, setakat tayar keta pancit aja kot!! hehehe…

6)Lain sekolah, mungkin lain rentak pelajarnya.. Bagi yang dapat sekolah-sekolah yang hebat, pelajar cerdik, mungkin pendekatan macamni xdiperlukan.. Tapi, untuk sekolah yang aku dapat posting ni, memang kena guna pendekatan macamni.. Aku bukan saja-saja nak denda@garang@marah budak2, tapi ini perlu sebab bayangkan, kalau 5orang buat hal dalam kelas, 20 orang lagi nak belajar.. Kan dah menganggu kawan-kawan diorang yang lain nak belajar…

Aku bersyukur jugak, sebab sebelum ni, aku pernah ada pengalaman praktikal macamni.. Dapat kelas-kelas yang macamni jugak.. Jadi, Alhamdulillah, rasa macam dah imun dengan kes-kes macamni….

Sebenarnya banyak lagi method yang boleh digunapakai, bagaimana nak kawal kelas.. Cikgu-cikgu kat sini selalu pesan kat aku, ‘Kelas yang bising masa cikgu mengajar menunjukkan cikgunya xmampu nak kawal kelas dengan baik’ Jadi, nasihat aku pada kawan-kawan yang bakal posting, praktikal, mengajar dan sebagainya PENGAWALAN KELAS ADALAH SANGAT-SANGAT PENTING, BARULAH P&P BOLEH BERJALAN DGN BAIK, HATI TENANG, & JIWA PUN XTENSION DENGAN PELAJAR2 MACAMNI… Biarlah students nak benci kita ke, kita xdapat pujian@hadiah ke, students nak label kita apa pun, CIKGU GARANG KE, CIKGU RIMAU KE, CIKGU APA PUN SEKALIPUN, yang penting kita dapat kawal kelas dengan sebaiknya, dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu kita dengan baik & berkesan..

Dan banyak lagi yang perlu aku belajar dengan cikgu-cikgu kat sini terutamanya P&P dalam kelas.. Semoga 2011 ni akan bermula dan berakhir dengan indah!!!

p/s:: Sekarang aku tahu, kenapa dulu cikgu-cikgu aku sangat-sangat garang….Sebab nak kawal kelas, nak bagi ilmu dengan mudah…. Kalau kelas bising, pelajar xbagi tumpuan, macamne nak ajar, nak bagi aku masuk Universiti!! hehehe…

p/s lg :: Sekarang hati aku cukup tenang, sebab budak2 dengar kata, dah ada semua dalam kelas sebelum aku masuk, ketaq lutut kena denda buat homework atas lantai sebab xsiap kan homework!!! Tapi xtau la lama mana boleh bertahan.. Huhuhuhu...

Wednesday, December 1, 2010

Bila ada title BUJANG ….

Biasalah, bila hidup membujang ini, Aduhaii.. Aku ini bukan lah dalam kalangan yang terdesak untuk berkahwin lagi.. Baru 23 kot.. Muda lagi.. Walaupun kini, persekitaran aku penuh dengan rakan-rakan yang sudah bergelar isteri dan ibu, namun aku masih belum memikirkan untuk berada sama level dengan mereka lagi…. Belum berani untuk mengatakan sudah bersedia berumah tangga.. Risau-risau, tangga yang dibina oleh ku belum cukup kuat dan ampuh… Mungkin perlukan kontraktor yang lebih berpengalaman..

Aduhaiii.. Pertanyaan makin bertambah pula dari mereka bila ada yang bertanya ‘’ Masa belajar dulu berkapel tak? ‘’ Aduhai….. Kalau lah insan yang bergelar suami itu senang untuk dicari ?? Yeahh, lelaki memang senang untuk dicari, tetapi untuk dibuat teman hidup yang sudi berkongsi segala-galanya, yang boleh menerima baik buruk aku ini, bukan lah mudah.. Dan sesungguhnya, banyak benda aku perlu belajar untuk menjadi dan bukannya hanya mencari… Tapi, aku pasti dan yakin, pasti ada jodoh, cuma cepat atau lambat sahaja… Dan jika ditakdirkan jodoh itu lambat, aku pasti akan menunggu beliau di syurga kelak… InsyaAllah, Amin…

image Buku yang baru selesai dikhatamkan tadi.. Seronok sgt buku ni

Buat masa ini, aku lebih selesa berkongsi suka dan duka aku bersama-sama keluarga ku, sahabat-sahabat aku, serta bakal yg terkini , bersama2 anak-anak muridku… Bila bercerita mengenai soal kawin dan cinta, aku paling suka bercerita dan berbincang dengan 4sahabat karibku, Kakha, Husna, Najiha dan Nurun.. Masing2 seperti aku, yang mengimpikan cinta setelah berkahwin.. Ya, pasti ramai yang tertanya2, masih adakah cinta setelah berkahwin dalam masa moden ini? InsyaAllah , aku yakin ada, dan aku berharap aku adalah salah satu darinya.. Amin..

Digital image

Sahabat-sahabat yang senantiasa bersama2 aku susah serta senang aku.. Sayang sgt2 ukhwah ini !!

p/s:: Tenang dan damai hati ni bila dapat bersembang dengan kawan baik ku, Najiha dan Kakha tadi.. Rasanya, kalau bersembang dengan pakwe, mesti kena tahan telinga dengar perkataan yang jiwang2 … ehe!

Thursday, November 25, 2010

Permulaan hidup yang baru bermula

Ohhhhhhhhh…….. Tak ku sangka yang bukan mudah untuk memulakan kehidupan baru… Bukan mudah jua untuk mengubah tradisi ‘bergantung hidup’ kepada ‘bergerak hidup’…. Iyalah, mungkin sahaja sebab aku sudah terlalu lama hidup dalam penuh keselesaan, kedamaian, kebahagian dan 1001 rasa yang indah-indah selama 23 tahun ini..

Aku bersyukur menjejakkan kaki ke SMKDI merupakan perkara yang paling terbaik pernah aku dapat… Bantuan dari staff dan kakitangan sekolah memang tak akan aku lupakan.. Seorang staff yang dipanggil Abg Man dikalangan majoriti disini, memang bersemangat waja mencari rumah sewa untuk aku.. Bahkan kawan2 yang pernah berpraktikal disini pun ada memberitahu mengenai bantuan Abg Man ni.. Rugi aku, tak pandai bawak motor, sebab kawan-kawan yang pernah berpraktikal disini diberi motor oleh Abg Man untuk ulangalik ke pekan.. Xpelah, nanti aku nak cepat2 amik lesen!!

Setakat ni Alhamdulillah.. Aku menyewa di kuarters guru SMKDI disebelah pagar sekolah aja.. Aku hanya boleh berjalan kaki beberapa langkah sahaja, boleh juga main-main lompat pagar, dan boleh pergi mengajar.. Alhamdulillah , masalah pengangkutan kesekolah settle!!

IMG_3645

Percaya atau tidak, ini sahajalah barang yang aku bawak ke Pantai Remis sebagai permulaan hidup aku yang baru…Baju2 hanya bawa yang perlu sahaja..

Sebelum emak ayah nak meninggalkan aku di Pantai Remis ni, kami sempat la membeli tikar getah, baldi, penyapu, penyodoksampah dan kain ‘GudMorning’ buat tambahan.. Lepas aja, dah angkat barang ke dalam rumah sewa, emak ayah terus meninggalkan aku bagi membolehkan aku berdikari dengan kaki sendiri….

IMG_3637 IMG_3640 

Keadaan bilik pada awalnya tak ada tikar getah.. Hanya bersimen kelabu, berpasir,berhabuk dan kotor sangat2.. Sebijik macam bilik setinggan.. Lepas menggunakan khidmat untuk  menyapu, mengemop,memasang tikar getah, dan sebagainya, hasilnya, boleh la buat tidur bilik ini.. Itupun, laptop memang bukak sepanjang malam sampai ke Subuh…Bilik ni xada langsir, kebetulan aku terjumpa tudung siapa ntah masa mengemas2 bilik ni, aku gantung kat tingkap konon-konon nak buat macam langsir… hehehe… Konon bagi serilah sikit bilik tu..hehehe…

  IMG_3641IMG_3642

Beg Kampuchea yang warna pink tu aku jadikan sebagai tempat nak letak baju kotor.. Aku beruntung sebab dapat menyewa di kuarters guru sebab kemudahan almari dalam bilik semua ada.. Tengok, bukan main besar lagi almari nya dengan laci bagai, tapi baju-baju aku xsampai separuh laci tu pun… Kebetulan , rumah ni pun dah cukup lengkap dengan peti ais, mesin basuh, dan semua peralatan eletrik sebab housemates yang duduk sekali memang dah menyediakan semuanya selama 3tahun dia bekerja disini.. Alhamdulillah..

Housemates banyak memberi kata-kata semangat kepada aku sebab mereka juga pernah melalui perkara-perkara yang susah disini.. Dan semua orang bermula dengan kesusahan disini, tiada istilah senang..Diorang menceritakan pengalaman balik ke kampung dengan kemudahan bas yang terhad, perlu menaiki bot  ke Damar Laut untuk mendapatkan bas..Dan semuanya itu, bergantung kepada diri kita bagaimana dan sejauh mana kita mempositifkan diri dan memberi keyakinan pada diri untuk mengharungi segalanya… InsyaAllah Amin…

Go-Go-Go, Fight-Fight-Fight, Win-Win-Win

 

Sunday, November 7, 2010

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

Tadi aku jenguh2 di blog list aku, macam biasa Abg Ben Ashaari tetap jadi first in ranking yang update blog.. Fuhhh, kadang2 xsampai setengah jam dah ada entry baru, bagus betul dan rajin betul … Aku pun xpasti beliau ni kerja apa, maybe kerja depan komputer kot.. Hehehe.. Sebenarnya aku baru je menjadi pengikut setia Abg Ben ni, padahal Abg Ben ni dah mmg popular di alam maya.. Maaflah ye Abg Ben, baru sekarang ni aku berfoya2 dengan dunia blog sementara nak tunggu posting ke pedalaman. Aku suka tutorial yang Abg Ben bagi, dan tutorial WLW yang beliau bagi tu mmg sedang aku sedang praktikkan.. Thx Lili yang promote kt aku..
image[3]
Ok, kali ni Abg Ben nak tolong bloggers2 baru macam aku ni untuk promote blog dan sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim sesama umat…hahahaha.. Baru ke aku ni ?? Sebenarnya dah setahun dah aku berblogging, tapi xrajin sgt, sekarang ni baru rajin, kira baru la kan?hehehe… Ok, kepada semua bloggers yang datang menyinggah disini, jangan segan2 malu untuk komen2 dan jadi pengikut setia saya plk ye.. Selamat datang ke blog EpilogSofia …
Nama diberi Sofia Karim
Cita2 nak jadi pakar forensik, tapi sekarang ni bakal guru yang bakal mengajar anak2 murid sampai boleh jadi pakar forensik…
Suka internet, berblogging, makan, tidur, hang out gn kawan2, photoshoot, karokzz, layan movie, gosipping,hiking, and segala mcm aktiviti2 yang mencabar fizikal …. Bak kata pepatah, semua benda pun aku suka buat.. harharhar…Kata cikgu kn? Semua benda boleh buat..har2..
Dan macam mana plk dengan korang??

Thursday, November 4, 2010

Yang pertama dan bukan yang terakhir

Tanggal 15Oktober2010 bersamaan petang hari Jumaat ..
Ini adalah konvokesyen yang pertama ku tanpa diploma, terus ke ijazah.. Jadi, perasaan keterujaan untuk berkonvo aku semakin membuak2 sebab, kalau xkonvo yang ini, aku hanya ada SPM aje.. Ok, sangat sedih kalau 4tahun belajar, tp xkonvo kn? Jadi, sekarang aku sgt2 happy, sebab berjaya menambahkan frame konvokesyen dirumah dan yang pasti dapat jgk upload gambar konvo kt FB… hehehe.. motif?
Sebak, gembira, sedih dan teruja masa first2 menjejakkan kaki ke dalam Dewan SITC yg menjadi saksi konvokesyen aku… Serius.. Masa berarak masuk ramai2 tu, hati aku ni macam sebak sgt2, sampai bergenang airmata dalam mata aku ni lebih2 lagi bila semua ibu/para, para tetamu kehormat semua berdiri. menjeling2 hati tertawan, kat kami2 para graduan ni.... Aisshhhh, xtau la macamna nak cakap perasaa masa tu.. Lebih2 lagi bila dengar alunan lagu orkestra ‘Melangkah Megah’ yang membuat aku rasa betul2 megah dan bangga dapat jadi salah seorang dari graduan UPSI yang sebelum ni banyak melahirkan para pendidik yang bukan saja berjuang utk ilmu tp berjuang juga utk kemerdekaan.. Ok, aku rasa sgt sebak sekarang ni.. Tapi, aku xtau la kalau orang lain xrasa sebak kn, mungkin sebab aku berjiwa agak sentimental sikit.. huhuhuhu..Tapi, memandangkan aku pakai eyeliner masa tu, terpaksa la aku serap airmata dlm mata tu guna tisu tau masa dah sampai tempat duduk… Siap bawak cermin lagi dlm beg..hehehe… Bila aku pandang orang2 belakang & depan aku, aissshhh, diorang pun sama sebak! Ok, ada geng sebak sekarang.. hehehehe…
Digital image  Setelah 4tahun, ini akhirnya……
Digital image
Digital image
Ijazah ini buat emak ayah serta adik beradik ku… Syukur…
TerimaKasih pada emak ayah aku yang selama ni menjadi tulang belakang untuk aku berjaya sampai masuk Universiti, sampai boleh dapat Ijazah.. Syukur sgt2, sebab emak ayah aku xjemu2 cari duit, keluar duit nak bagi anak2 masuk universiti, padahal gaji ratus-ratusan aje… Itulah yang aku bangga dengan emak ayah aku ni.. Betullah, rezeki yang sedikit itu adalah berkat, mungkin sebab tu, keberkatan rezeki tu membuatkan kami adik beradik masuk Universiti…Sekarang ni pun, emak ayah aku dah boleh goyang kaki sebab anak2 dah besar, dah kerja nk bagi senang hidup keluarga.. Syukur.. Bersyukur sgt2 sebab adik beradik aku yang lain pun bersemangat belajar .. Xsabar nak jadi macam Along aku ok, dah kerja , ada duit, ada kereta, dan ada segala2nya.. Nak mintak duit pun macam best je.. hehe.. Best nye….. Ok2, lagi beberapa minggu aje lagi.. Sabar ye Sofia ..
Aku pun bersyukur sgt sebab peluang pendidikan kt Malaysia ni ada dimana2 dan macam2 bantuan yg kita dapat.. Aku sedih bila tengok ada ibubapa yang miskin yang terpaksa memberhentikan anak2 mereka hanya sebab perkataan KEMISKINAN.. Tp, mungkin saja mereka xtau nak mintak tolong pd siapa dan bagaimana atau tiada kesedaran bahawa hnya pendidikan dan usaha yang boleh mengubah nasib seseorang.. Ntah la, aku pun xtau mana silapnya…… Setiap orang ada alasan tersendiri…
Aku bersyukur sgt2 sebab masa aku bersekolah dulu, sekolah-sekolah aku terlalu ambil berat pada pelajar2 yang kurang berkemampuan… (wowww, banyak betul sekolah aku tu) Best la sebab dapat duit,makanan.. I like i like!! Lepas tu, cikgu2 selalu gilap bakat2 terpendam aku.. kekeke… Part yang paling best tentulah masa aku jadi tahanan kelas pemulihan masa tahun 2.. Huwawawawa… Bukan pemulihan akhlak ye puan2, kelas pemulihan sebab xpandai 3M….. hahahaha.. Amik kau disitu!! Ya…. Aku dulu buta huruf…. Tapi, aku bersyukur sgt2 sebab ada guru2 yang cepat men’detect’ yang aku ni buta 3M,n cepat2 bagi kelas pemulihan ok!!! Tapi still xpandai2 sebab cikgu sume ajar lembut2 kt aku.. Sekali ayah aku ajar ABC kt rumah, marah2 aku, hahhh, amik kau terus terer ABC, 123 terus jadi pelajar cemerlang, gemilang terbilang ….hahahahahaa….terus sekarang ni nak jadi cikgu Matematik n Sains…Memang xsangka betul.. Alhamdulillah , berkat doa emak ayah aku dan semua..… Digital image
Emak Ayah aku, penerima Anugerah IbuBapa Terbaik…
P/S::: Kini terpulang pada aku bagaimana aku nak mengadun langkah aku, InsyaAllah akan aku uli elok2 hidup aku..
Related Posts with Thumbnails