Alhamdulillah.. Semakin menuju ke hari bahagia, tak ada masalah antara kami berdua.. Alhamdulillah.. En Tunang sangat memahami, dan sentiasa bagi sokongan kalau Cik Pia memerlukan dia.. Terima Kasih En Tunang...... Cik Pia takut sangat kalau ada terjadi perselisihan faham antara kami, sebab kadang-kadang apa jua benda boleh terjadi.. Semoga Allah pelihara hubungan kami, Amin....
Tapi, ujian Allah swt itu diberi dalam bentuk yang berbeza-beza kepada umatnya... Cik Pia dan En Tunang diduga dengan masalah-masalah dengan vendor-vendor yang ditempah..
- KAD KAWEN : Dah tempah, dah siap design semua, tapi tak memenuhi keinginan Cik Pia huhuhu... (sebenarnya tempat design kad kawen ni bukan pilihan Cik Pia, huhuhu).... Tapi, tiba-tiba Cik Adik Designer tu mesej bagitahu yang design kami hilang, sebab laptop dia kena curi , habis semua design kami.. huhuhu.... Lepas tu, banner dan tq tag belah En Tunang dia tak design lagi.. Dalam hati angin aja, bila nak siap nya, last-last bagitahu Cik Adik Designer, apa-apa pun kami nak siap kad kawen sebelum April....
- BAJU SANDING : Sedih, belum jumpa baju sanding yang sesuai dengan ketinggian dan kekatikkan Cik Pia... Mesej WP Cantik Manis suruh cari baju yang sesuai, dan dah tunjuk kat dia baju yang diingin kan, simple kebaya lace tak mahu meleret-meleret.. Tapi, sampai sekarang tak dapat apa-apa feedback lagi... Sedihhh.. Hopefully WP Cantik Manis dapat cari baju yang sesuai dengan Cik Pia ni..
- MUA NIKAH : Cik Pia tempah MUA NIKAH, SANDING & BERTANDANG dengan junior upsi Cik Pia, Cik Adik Manis . Dia ni memang pandai makeup dan memang mak andam.. Makeup dia,, Cik Pia suka sebab Cik Pia dh tengok macamna rupa kawan Cik Pia yang hitam-hitam manis dia makeup, tak nampak bertompok putih dan natural aja... Dah tempah Cik Adik Manis ni last year lagi, sebab memang ramai giler booking dia tau.. Tup-tup-tup-tup, dia mesej semalam, bagitahu tak dapat nak makeup masa nikah nanti sebab baru dapat jadual belajar... Tapi, sanding dan bertandang , dia confirm makeup..Sedihhhh sebab kalau boleh nak dia makeup kan untuk semua majlis...Tapi, tak boleh salahkan dia sebab dia pun tengah belajar kan.. Tapi, nasib baik ada 1x makeup dari butik..
Semoga Cik Pia dapat selesaikannya satu persatu-satu..... Jangan stress-stress, rilexx-rilexx.. Tarik nafas.... hembussssss.. Tarik nafas.... hembusssssss.....