MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

SELAMAT BERCUTI

Alhamdulillah..



Akhirnya, cuti sekolah kali ke dua milik aku.... hehehe.... Tertunggu bila nak cuti panjang, sebab rasanya tahun ni aku dah buat yg terbaik untuk sekolah dan anak2 muridku.. jadi, biarlah kami bercuti selama sebulan setengah ini... hehehehehe....... Tapi, kena jaga SPM, so tak adalah mood cuti sekolah sangat kan.. Tapi, nasib baik dapat jaga SPM dekat dengan rumah, so, xada lah terasa sangat duit minyak keta tu..

Misi utama masa cuti sekolah ni, of kos la nak prepare apa yang patut untuk wedding aku yang tinggal lagi 6bulan aja... Alamak, macam xcaya aja, nak kawen dah aku ya.... Minggu depan dah nak kena kursus kawen....... Nasib baik la aku amik kursus kawen masa nak dekat kawen, masuk la sikit input2 yang penting.. masa aku belajar dl, ada juga kursus kawen yang dibuat dalam universiti , harga pun murah, kawan2 pun  semua dok pulun amik sebab xmo harga tinggi kalau buat kt luar.. tapi, aku xamik, sebab konsep aku, kalau amik kursus kawen sebab harga murah tak mahu lah, biarlah aku amik kursus kawen pabila masa yang sesuai untuk kawen dah tiba.. Jadi fokus kursus kawen tu lebih terarah! cewahhh

Tadi, pergi teman en tunang tengok pakej kahwin untuk belah dia... Emmm, overall tema untuk belah dia warna biru turqoise... baju dah siap, cantik.. siap aku try lagi.. hehe.. tapi aku ada masalah sikit, sebab aku memang dr dulu kalau boleh xnak baju yang ada corset2 ni... huhuhu.. tapi baju biru turqoise tu ada corset... Alamakkkkk.......... Aku rasa macam xselesa aja bila pakai... macam besar pun ada.. maybe sebab kakak tu xhabis fitting aku lagi kot... Baju nikah pun disediakan juga, tapi aku kurang minat sikit, sebab baju nikah nya macam kain sanding, dan melekat kat badan.. auwww seksa n seksi.. plus, aku rasa macam panas kainnya, kalau boleh masa nikah tu nak pakai baju kurung moden yang longgar, ringan dan selesa..... Aku pun sebelum ni, ada beli baju nikah kurung moden yang dah siap.... sonang cita.... tinggal tudung aja xada lagi.. tapi, aku ingat macam nak pakai shawl la masa akad nikah nnt... nampak cam ayu aja... kekeke... tapi,trend skrg ak review, ramai pakai shawl, kurang dah tudung2 awning , so aku decide nak try cari shawl yang cun!!!! 

Sunday, August 5, 2012

Pernikahan Bukan Satu Percubaan


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


'' Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2 ''

Pzzzzzzzzzzz......
Alamakkk... Takut pula aku nak bertunang dan berkahwin ni........ 
Related Posts with Thumbnails