MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 8, 2015

IKHTIAR TTC : BUAH ZURIAT DAN DEBUNGA KURMA

Hampir 2 tahun lebih perkahwinan, tipulah Pia cakap kalau tak cuba sebarang ubat-ubatan...
2 tahun yang lalu, asal ada sahaja produk yang keluar kat FB akan ku beli, akan ku telan... Habis satu, Pia beli lagi, kalau rasa tak serasi, Pia akan beli yang lain pula..  Bukan saja Pia, dengan husband sekali ku paksa makan... hehe.. Tq dear husband, yang tak pernah menolak, makan aja ye tanpa soal....

Tapi, kini, dah lama berhenti semua produk... sekarang lebih kepada makanan berbentuk natural (nanti Pia akan ceritakan di next entry , okay dear...)

Hari ini, setelah sekian lamanya tak makan apa-apa (macam la lama sangat, hehehe) kawan Pia yang mengandung beri Pia kapsul buah zuriat dan debunga kurma for freeeeee.... I like!!!!!! Tq fasha..... semoga Allah mempermudahkan urusan fasha selama 9 bulan ni k dan melahirkan baby yang comel macam Pia... hehehehehe...........
Mak Pia cakap, kalau orang bagi  something untuk ikhtiar mendapatkan anak, kita kena cepat-cepat makan, okay mak sayang, next cycle Pia dan husband akan makan ok... Eh, bukan AKAN, PASTI makan.....

Pia pernah makan produk ni tahun lepas..... hehehehehehe... Bagus untuk kesuburan lelaki dan perempuan tau .... Tak payah dah susah-susah ketuk buah zuriat dan rebus.. Hanya buka penutup dan telan kapsul ni... InsyaAllah dengan izinNya, Pia dan husband akan memperoleh zuriat... InsyaAllah, Pia hanya berikhtiar sahaja dan selebihnya kita serahkan pada Yang Berkuasa.... Mari kita bersemangat pada cycle akan datang !!!!!!!!!! Chaiiiyyyookkk !!!!!

Sesiapa yang berminat nak membeli,  boleh la ke page kawan Pia di --->> 

Tuesday, October 6, 2015

IKHTIAR TTC : DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Bertemu kembali... Alahaiiiii, tak dapat tidur pula malam ni. Sekali dapat update blog, memang asyik nak update ajalah ye.. hehehe... 

Kali ni, Pia nak kongsikan pula dengan TTC semua doa dan zikir yang boleh diamalkan untuk medapatkan zuriat... TTC aja ke? B2B pun kena tahu tau, dari sebelum kahwin lagi elok la diamalkan... hehehehe..... Manalah tahu, sekali bunting pelamin ke, iya dak? hehehehe.... 

Imej-imej ini semua Pia dapatkan dari internet dan FB, tenkiuuuuuu...

Antara banyak-banyak amalan ni, Pia amalkan zikir Ya Khaliq, Ya Barii, Ya Musawwir selepas solat ataupun sebut dalam hati semasa/selepas bersama ataupun tiup-tiup dalam air masa nak minum, husband Pia pun suka usap-usap perut Pia sambil berzikir selepas kami solat... Doa Nabi Zakaria juga Pia amalkan selepas solat ataupun masa tengah hujan lebat atau bila-bila terlintas nak baca... Masa tengah masak ke drive kereta ke selalu istighfar banyak-banyak... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami yang dulu, dan membuka peluang untuk kami memperoleh zuriat... Amin...


Selamat beramal semua.... Percayalah pada Pemberi Rezeki kita..... Teruskan berdoa, kerana berdoa ini ibarat kita mengayuh basikal, lama-lama kita akan sampai juga ke destinasi yang dituju walaupun lambat sedikit dari orang yang naik kereta Ferrari................ vroooommmmm
10 Gambar Kartun Lucu Untuk DP BBM
 InsyaAllah , satu hari nanti.... cycle depan InsyaAllah, chaiyokkk Pia, chaiyookk husband !!! 


Related Posts with Thumbnails