MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 17, 2011

Bila anak bujang mula memasak

Bakat memasak dari Emak tersayang tidak diwarisi oleh aku..Pelik juga.. Kata anak emak, tapi bab masak – memasak memang fail..  Emak masak memang power.. Air asam aja sudah terangkat, inikan pulak rendang ayam, yang semestinya sudah tinggal separuh masa malam raya lagi.. Aduhh.. Ini memang betul-betul penangan masakan emak..

Masa Along berpantang, dan emak duduk di rumah Along, memang terasa kehilangan air tangan emak, tapi bertukar kepada air tangan aku.. Waduhhh, memang naik juga darah tinggi ayah sebab anak nya ini masak sampai  tak ingat dunia bila nak masukkan garam.. Secubit macam segenggam.. hehe.. Amacam gerun tak kalau korang datang beraya rumah aku, dan aku yang jadi tukang masak nya?? hahahaha(gelak jahat sambil angkat kening ^-^)

Tapi, sejak menjadi bujang yang menyewa jauh dari rumah emak ayah, pastinya, bakat memasak dari emak tiba-tiba datang menyinggah pada aku… Sebab nak harap beli di luar, oh tidak mungkin lah..Kadang-kadang harga tak setimpal dengan rasa… Jadi, bakat terpendam yang ada, jangan lah sekali-kali aku persiakan, sebab tiba-tiba masa darurat macam ini, skil memasak memang menjadi-jadi sampai kadang-kadang rasa lebih hebat dari emak.. Opppssss..

IMG_3705  Tiba-tiba datang mood nak masak kari ayam.. Tapi, macam tak best je letak ayam sekali, so bye-bye kentang, tinggal lah kamu keseorangan…. Papadom pun ada yang macam dalam movie Papadom tu, tapi ini versi kecil…

IMG_3771

Hari tu tiba-tiba mengidam makan ikan.. Nama juadah : Ikan sardin masak merah dengan hiasan kentang di tepi mangkuk.. Woowww,, panjang nama, rasa pun sedap… Tepi kiri, ikan masin goreng kecil.. Cuma aku ni, kadang-kadang bila memasak, xtau nak padankan lauk apa dengan apa….

IMG_3732

Ada hari, tekak nak rasa sup.. Yang ini , sup telur puyuh, ok, nampak tak telur puyuh tengah menari-nari anak dalam sup tuh? Hotdog masak cili, yang memang terangkat pedasnya sebab aku terlebih letak cili giling…

IMG_3735

Dessert ala-ala hotel okay… Puding dan aiskrim cokelat, amacam ? Ada ala-ala Hotel Hilton tak?

IMG_3734

P/s: Agak terliur semasa menaip entry tentang makanan ini!!

Tuesday, April 12, 2011

Luluh hati

Tahu makna luluh hati?Ohh ya, mungkin bagi yang jarang-jarang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul macam aku, mungkin rasa macam sejenis kuih atau makanan ringan.. Ohh tentu sekali bukan ya.. Luluh hati ini boleh tak diibarat kan macam gugur hati, rasa macam hati terlampau sedih atau sebak atau rasa hati gugur jatuh ke tanah? Waaaaa… Hiperbola betul.. Kalau guru BM yang baca ayat aku, mesti dia kata aku dulu pernah fail BM.. Teeeettttttttt…

Ok2… Kembali lurus… Hati aku macam tersentap ok, dengan keputusan peperiksaan anak-anak aku.. Waaaa, macam dah beranak lima pula aku ni… Yelah, bila tengok keputusan diorang yang macam aku xtau nak kata apa, korang tengok ajelah kat bawah ni, aku rasa macam ‘’eh-eh korang xpaham ke apa yang cikgu ajar ni? Teruk ke cikgu mengajar ni sampai macam ni sekali result ?’’ "eh-eh korang ni belajar tak kat rumah ?

Fuhhh.. Memang tamparan wanita la untuk aku, lebih-lebih lagi aku cikgu baru dan aku rasa macam kesian pula kat anak-anak murid dapat cikgu macam aku ni.. Yelah, aku pun dalam proses pembelajaran juga bagaimana untuk mengajar.. Dan aku harap aku boleh perbaiki lagi sebelum peperiksaan pertengahan tahun ni pula!!!!!! Yeaaaaaaahhhhhh, you can do it Sofia!!!

p/s: Perasan tak, ayat-ayat aku semakin skema?

 

Monday, April 4, 2011

Terbongkar sudah…

Hari itu masa kat sekolah, tiba-tiba ada seorang cikgu tanya kat aku,

‘’Sofia, awak ada belog ye? ‘’

hehehe… OhMy… Blog EpilogSofia telah terbongkar akhirnya dikalangan guru-guru disini.. hahaha.. Malu pun ada ni kalau ada warga sekolah yang terbaca belog aku yang comey ni.. hehehehehe.. Ini yang nak ambil cuti tahunan ni.. hehe.. Siapakah agaknya orang pertama yang menceroboh masuk ke belog ku ini?

Tiba-tiba aku rasa macam rajin nak baca balik entry – entry hingusan aku yang berlapuk-lapuk tuh.. hehe..Nak tergelak pun ada bila baca balik.. Ok, sudah-sudah la gelak tu Sofia.. Tiba-tiba rasa takut pun ada.. huwaaaa.. kot-kot la aku ada termengata ke, ape ke.. ok-ok.. Rasanya belog aku ni baik, macam tuannya.. hehehehe…  xada gosip-gosip liar, masih bersih dan suci lagi ok.. hehe..

Dan sekarang ni, aku rasa aku semakin jarang mengupdate belog kan? OhNo.. Xboleh-xboleh.. Camne side income nak masuk dengan lajunya.. Kepada husna, ida, fatin, nurun sila lah update belog kalian, aku rindu nak baca….

Kepada seluruh warga sekolah ku, yang sedang membaca belog picisan hamba.. Selamat Datang diucapkan.. Welcome to the club!!!!!! Jangan lupa tekan butang follower ok? hehehe….

Penumpang bas yang tegar

school_bus_stop_sm_nwm

Akulah penumpang bas yang tegar… Kalau ada award ini di Shout Awards, tentunya pemenang nya ialah aku.. hehehe.. Aku mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penumpang bas ini, sejak aku Tingkatan Tiga lagi.. Memandangkan ayah ku, partime nya seorang pemandu van anak-anak mengaji Al-Quran ini tak bermaksud ayah boleh senang-senang ambil hantar kami dengan van merah itu.. Sebab, ayah perlu utamakan anak-anak yang mengaji Al-Quran ini dahulu.. Memandangkan, aku belajar sesi pagi, habis sekolah tidak menentu, jadi bas pekan la kenderaan yang paling best untuk naik pulang ke rumah… Pakcik-pakcik bas pekan agaknya dah kenal muka kami adik beradik.. Bermula dengan kakak aku, aku, adik lelaki aku, dan adik-adik perempuan aku, aku rasa pakcik-pakcik bas ni memang xasing lagi dengan kami.. Bas yang perlu kami naik, tentunya bas yang tertera perkataan IPOH PARADE, RAJA PEREMPUAN TAAYAH, atau TNJG RAMBUTAN.. Ok, pas… 3 jenis bas ini sahaja yang perlu kami tggu untuk balik kerumah.. Mana-mana satu yang sampai dulu, kami rembat…

Kalau naik bas yang tertera IPOH PARADE, perasaan akan berbunga-bunga riak sikit, sebab bila pakcik bas tanya, nak turun mana, orang lain cakap nak turun kat IPOH PARADE,…. hahaha.. tapi kalau pakcik itu tanya aku nak turun mana, aku akan jawab, ‘’LIBRARY pakcik’’, yeahhhh, nampak tak tanda-tanda riak disitu padahal xpergi LIBRARY pun, tapi aku kena sebut LIBRARY juga sebab, rumah aku memang betul-betul depan LIBRARY tuh dan perlu menapak-napak guna kaki yang persis a tlet ni utk sampai ke rumah.. Ohhh, lagi best kalau bawak beg berat-berat, jinjit pulak buku-buku teks kat tangan.. Waahhh, rajin betul anak melayu ini… hehehe..cats

Pelan ke rumah pengantin perempuan… Jemputlah, Sila! hehehe….

Sampai ke hari ini, aku masih naik bas pekan lagi di Ipoh… Lebih-lebih lagi kalau dulu aku belajar di Tanjung Malim, malas nak suruh ayah amik di stesen bas, jadi aku pun ambil bas pekan dan menuju laju-laju terus ke rumah aku.. Tapi, hari itu aku tersentak dengan pakcik bas pekan tu… hohoho…

Pakcik : Lama xnampak.. Pergi mana?

Aku : Sekarang xdok kat Ipoh dah pakcik.. Saya kerja kat Pantai Remis..

Pakcik : Ohhh, kerja apa?

Aku : Kerja biasa-biasa aja , pakcik

Pakcik : Iyelah, biasa-biasa tu kerja pa?

Aku : Mengajar, jadi cikgu…

Pakcik : Ohhoo, cikgu.. Patutla lama xnaik bas.. Cikgu mana nak naik bas ye tak?

Aku : Alaaa.. Mana daa pakcik…

p/s: Aduhaiiiiii, tanpa mu bas pekan, aku xmungkin boleh sampai ke tahap ini tau!!!! Huwaaaa…Lagipun, naik bas pekan la syok, save duit dan minyak….. air cond free maaaa….. 

p/s lagi : Jangan malu untuk menggunakan perkhidmatan awam! Gunakan lah dengan sewajarnya…

Related Posts with Thumbnails