MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 5, 2013

REVIEW REVIEW REVIEW ....

OMG !!!
 
Dah 6 bulan kawen, review pasal kawen semua, Puan Pia belum buat habis lagi...Ampunnnnn.....
 
Puan Pia akan  buat dengan segera ok...
 
Terlampau busy dengan kerjaya guru, habis tak buat review semua.. hehehe... Nasib baik ada masa cuti sekolah, boleh la marathon review kawen semua ok !!!
 
Lupa kan semua pasal kesedihan-kesedihan, mari kita buka buku baru yang lebih mantap dan bersemangat !!!
 
Terima kasih rakan-rakan blogger yang memahami diri ku, memberi kata-kata semangat dan dorongan !!! Yeaaahhh2, I can do it !!!
 
 
Bak kata kakak Puan Pia, jangan dipikir kan sangat !! Allah akan bagi rezeki anak itu tepat pada masanya...Just enjoy every single moment with your love one !! Nanti dah anak, tak boleh nk berdua-duaan ...... Mungkin masa sekarang ini, Allah bagi masa pada Puan Pia dan suami untuk bentuk dahulu acuan keluarga sendiri, kumpul duit, stabil kan ekonomi, mengenali pasangan (sebab masa sebelum kawen, xsempat nak berkenal-kenalan) dan yang paling penting, Allah akan beri rezeki anak tepat pada masanya.. Hanya Allah sahaja yang tahu samada kita dah cukup bersedia atau belum..Allah adalah sebaik-baik perancang kehidupan.. Siapa kita untuk menentukannya... Kita cuma yang berusaha dan selebihnya serahkan sahaja pada Allah... (Usaha tetap usaha ok !!!! )
 
Teringat masa Puan Pia sekolah-Universiti-masuk kerja... Tak sempat nak mengejar cinta, kadang-kadang pikir juga, bila dah masuk satu tahun ke satu tahun yang lain, tak ada lagi pacarnya... Tengok kawan-kawan semua dah berpunya dan berkahwin... Kadang-kadang fikir juga nak cari yang steady, tapi Allah belum temukan.....  Cuba kawan dengan orang lain pun tak menjadi juga.. Tapi dengan suami Puan Pia ni,Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. Itulah jodoh yang ditetapkan oleh Allah.. Kalau Puan Pia boleh bersabar untuk mendapatkan cinta yang halal, kenapa Puan Pia tak boleh sabar sikit aja lagi untuk dapat anak.. InsyaAllah.... Puan Pia pasti....
 
 
P/S :: I Love You , Baby !! Come to mama !!! Ececeeh !!!

Monday, December 2, 2013

DUHAI HATI, BERHENTI BERSEDIH LAGI

Semalam, tak tahu kenapa, laju betul air mata ini mengalir di hadapan emak kesayangan..
Teresak-esak menangis macam ada yang tak kena.. Bukan sebab dipukul/dicerca/dimaki tapi hanya sebab sudah 6 bulan berkahwin masih belum ada tanda-tanda dikurniakan anak..... Ya Allah, sungguh kecil aku sehingga menidakkan keagungan -MU... Bukan sebab 6 bulan itu, tapi sebab mata-mata luar yang memandang, kata-kata orang luar yang berfikiran macam-macam terhadap aku.. Ya Allah, aku lebih memikirkan hati manusia dari MU YA ALLAH...
 
Semalam, masa kami tidur, dalam baringanku, laju betul air mata mengalir.. Suami menepuk-nepuk badan ku untuk tidur , dan tak pasti dia tahu atau tidak aku dalam tangisan.. Sungguh kecewa agaknya dia, kalau tahu aku menangis untuk hal itu... 6 bulan berkahwin masih belum dikurniakan rezeki anak.... 6 bulan juga berjanji untuk tidak menangis lagi...  Aku tewas dengan janji itu.... Maaf abang, sayang tak kuat untuk tepis semua ini..
 
Semalam, aku bangun dari duka, bangun dari kesedihan... ALLAH itu lebih berkuasa, dia adalah perancang yang terbaik.. Aku diberi oleh NYA keluarga yang harmoni, ibu bapa dan adik beradik yang penyayang, suami yang terbaik dan setia, keluarga mertua yang meyayangi ku, kerjaya yang stabil, kewangan yang mencukupi, sahabat-sahabat yang mendamaikan.. Aku lupa, aku lupa untuk bersyukur.. Ini juga rezeki.. Ya ALLAH , aku berjanji YA ALLAH , untuk tidak mempersoalkan nya lagi.. Aku akan cuba...  Aku yakin dengan janji-janji MU.. InsyaAllah, ALLAH telah menetapkan rezeki yang terbaik buat diri kami....
 
Related Posts with Thumbnails