MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 15, 2010

Cikgu xakan tinggalkan kamu semua!

Pejam celik, pejam celik xsangka sudah genap 4 minggu aku mengajar di SMKG ini.. Masih berbaki 10 minggu untuk aku berbakti disini.. So far, semuanya ok disini.. Segala kekurangan disini, aku terima dengan hati yang terbuka.. Siapalah aku ini untuk menolak..
Walaupun masih bertitle guru praktikal, namun kami semua tetap dianggap sebagai seorang guru sebenar di hati pelajar.. Chewaahh.. Students ku sering berkata.. ’’cikgu sofia , stay la sampai kami habis belajar” “Cikgu, janganlah pindah sekolah”.. wahhh.. ini benar2 menyentuh hati aku… Mungkin sebab aku benar2 semangat utk mengajar students disini..
Disini, kami juga xlari dari pelajar2 yang bermasalah.. Dan boleh aku katakan bahawa kami semua cikgu2 praktikal mendapat kelas yang mempunyai pelajar2 yang bermasalah.. Mungkin disebabkan aku dibesarkan di sekolah yg tidak pernah mempunyai pelajar bermasalah, jadi pengalaman berpraktikal disini digunakan semaksimum mungki n..Kelas aku sahaja ada 3 orang pelajar yang bermasalah yang selalu ponteng kelas dan merayau2 semasa P&P berjalan..Bukan kelas aku sahaja, namun kelas yang lain juga.. Hanya datang kesekolah dan ponteng ntah kemana.. Jika ada didalam kelas pun, hanya menganggu P&P dan pelajar2 lain yang mahu belajar..
Satu hari, mereka lepak di luar kelas ketika aku mengajar.. Maka, aku pun pergi kepada mereka, walaupun pelajar2 lain tidak membenarkan aku pergi dan tidak mahu aku memanggil ketiga2 pelajar itu masuk ke kelas kerana risau mengganggu P&P..Namun aku berkeras juga utk memanggil mereka...
Cikgu Sofia : Kamu bertiga....
Students bertiga : Alamak... Cikgu.. Lari.. ((mereka lari dari aku..))
Cikgu Sofia : Eh... kamu nak lari kemana ni ? Saya bukan nak bagi e-disiplin pada kamu bertiga.. saya nak bagi kamu ni aje.. ((sambil menunjukkan worksheet))
Students bertiga : Ingatkan cikgu nak bagi e-disiplin.. Cikgu kami buat worksheet kat luar kelas boleh ?
Cikgu Sofia : Ok , Boleh.. tapi dengan syarat, kalau kamu xboleh jawab, kamu kena masuk kelas cikgu, belajar, lepas faham, kamu buat kerja kt luar kelas balik, okay?
Student bertiga : Okay cikgu.. ((Sambil mereka bersemangat membuat worksheet))
Alhamdulillah, cara ini berkesan.. mereka mmg buat worksheet yang aku suruh di luar kelas..Bersemangat lagi mereka tekan kalkulator.. Bila mereka xfaham ,mereka masuk kelas, dan aku suruh diorang duduk tempat sendiri dan dengar penerangan aku.. Setelah itu, mereka duduk di luar kembali utk menyiapkan worksheet.. Lepas aje habis kelas, mereka bertiga datang pada .. aku dan mengatakan mereka xakan ponteng kelas aku.. Kelas cikgu lain mungkin ponteng..hehe..
Mereka bertiga sering berkata aku baik sebab aku masih mengambil berat akan diri mereka kerana selalunya pelajar2 bermasalah macamni akan diberi e-disiplin, dirotan dan sering dianggap dan dilabel pelajar nakal dan bermasalah..Baik ke aku ni? Bagi aku, selagi pelajar2 yang ponteng kelas ini hadir ke sekolah, mereka masih ada peluang utk diubah.. Jangan kita biarkan mereka hanyut dan jangan terus kita melabelkan pelajar itu dan ini bermasalah selagi kita belum mengenalinya..
Dan aku sendiri, selalu berkata kepada anak2 muridku, ‘Cikgu xkira kamu siapa, kamu asal dari mana, bijak atau bodoh, kamu baik atau jahat, cikgu xakan sesekali tinggalkan kamu..
Aku yang rajin mengecat kelas.. hehe..

5 comments:

zan xray said...

Guru yang baik selalu dapat mendekati pelajarnya.
Bagus cara Sofia ni.
Moga-moga bebudak tu dapat mengingati sepanjang hayat semasa bersama sofia di situ.

PUAN PIA said...

InsyaAllah..Harapnya g2 la..

Bukan senang nak dekati students yg mcmni..

Kena guna reverse psikologi..

CraZee KenTanG said...

keep it up kak pia!! This entry iNSpires me. ;)

PUAN PIA said...

thx fatin!!

harap2 nya macam tu la..

semoga fatin get ready utk praktikum nnt!

Wardah alisya said...

Salam.I do agree with Si DaiSi Putih. Inspires me too. *_* Keep it up sis!

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails