Biasalah, bila hidup membujang ini, Aduhaii.. Aku ini bukan lah dalam kalangan yang terdesak untuk berkahwin lagi.. Baru 23 kot.. Muda lagi.. Walaupun kini, persekitaran aku penuh dengan rakan-rakan yang sudah bergelar isteri dan ibu, namun aku masih belum memikirkan untuk berada sama level dengan mereka lagi…. Belum berani untuk mengatakan sudah bersedia berumah tangga.. Risau-risau, tangga yang dibina oleh ku belum cukup kuat dan ampuh… Mungkin perlukan kontraktor yang lebih berpengalaman..
Aduhaiii.. Pertanyaan makin bertambah pula dari mereka bila ada yang bertanya ‘’ Masa belajar dulu berkapel tak? ‘’ Aduhai….. Kalau lah insan yang bergelar suami itu senang untuk dicari ?? Yeahh, lelaki memang senang untuk dicari, tetapi untuk dibuat teman hidup yang sudi berkongsi segala-galanya, yang boleh menerima baik buruk aku ini, bukan lah mudah.. Dan sesungguhnya, banyak benda aku perlu belajar untuk menjadi dan bukannya hanya mencari… Tapi, aku pasti dan yakin, pasti ada jodoh, cuma cepat atau lambat sahaja… Dan jika ditakdirkan jodoh itu lambat, aku pasti akan menunggu beliau di syurga kelak… InsyaAllah, Amin…
Buku yang baru selesai dikhatamkan tadi.. Seronok sgt buku ni
Buat masa ini, aku lebih selesa berkongsi suka dan duka aku bersama-sama keluarga ku, sahabat-sahabat aku, serta bakal yg terkini , bersama2 anak-anak muridku… Bila bercerita mengenai soal kawin dan cinta, aku paling suka bercerita dan berbincang dengan 4sahabat karibku, Kakha, Husna, Najiha dan Nurun.. Masing2 seperti aku, yang mengimpikan cinta setelah berkahwin.. Ya, pasti ramai yang tertanya2, masih adakah cinta setelah berkahwin dalam masa moden ini? InsyaAllah , aku yakin ada, dan aku berharap aku adalah salah satu darinya.. Amin..
Sahabat-sahabat yang senantiasa bersama2 aku susah serta senang aku.. Sayang sgt2 ukhwah ini !!
p/s:: Tenang dan damai hati ni bila dapat bersembang dengan kawan baik ku, Najiha dan Kakha tadi.. Rasanya, kalau bersembang dengan pakwe, mesti kena tahan telinga dengar perkataan yang jiwang2 … ehe!
8 comments:
hahahaa
ekau sama macam den lah
situasi sekarang nih
haih
P/S : 5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel
buku tu khas buat perempuan ke?
klu ppuan, biasa laa klu dengar ayat 'dah ada bf ke blom'...terima jer laa kenyataan...nnt ilanglaa tu
sama mcm akak jugak! heheeheheh~
hans.. kita senasib.. hehehe
fyzal.. buku 'pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul' tu sesuai utk semua golongan.. lelaki,perempuan, remaja, yg dah berkahwin, belum berkahwin.. semua pun boleh...
kak eliyana.. itulah.. alahai.. bila ntah nak habis.. huhuhu
kak ella.. kita serupa.. keke
Post a Comment
Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe