MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 4, 2012

PERSEDIAAN PERTUNANGAN

Malam ni rasa susah sangat nak tidur... Kebetulan pula petang tadi lena panjang sebab penat kemas rumah dan driving ...... Hajat di hati nak siapkan tanda buku-buku anak murid, tapi bila buka aja laptop, terus rasa macam nak update something.......... hehehe......

Waktu awal2 persediaan pertunangan, banyak juga aku google blog2 yang menceritakan pengalaman bertunang dari segi kewangan/makanan/hantaran dan sebagainya... Blog2 ni banyak sangat membantu aku untuk mengurangkan bajet dan dalam masa yang sama beri aku ilham untuk merealisasikan impian pertunangan.. Aku mahukan sebuah majlis pertunangan yang simple, sederhana tapi meriah dengan kunjungan saudara mara lebih2 lagi majlis tu berlansung masa hari raya...... 



Ini buku ala-ala macam diari aku la..... Buku nota yang biasa tapi aku balut cun2............ Untuk apa buku ni? haaaaaaaaaa. ... penting ya buku ni untuk orang yang macam aku yang suka boros beli macam2 ni..  
Rekaan baju tunang......... Rekaan adalah imaginasi pelukis sahaja... kekeke.... Tidak meniru mana2 designer....kekeke....


Sempena pertunangan aku, segala apa yang aku mahu, segala list barang2, segala duit keluar, resit2 dan sebagainya aku tulis dan tampal dalam buku ni... Sedikit sebanyak buku ni dapat membantu aku lihat dan buat semakan apa yang belum aku beli, dan berapa duit yang diperlukan lagi....... Have fun with this book.... Sebabnya, aku bebas nak tulis pa...... Kalau hilang, meraung jugak la........ 

Jadi kepada bakal-bakal kawan2 yang akan bertunang, tips pertama dari aku adalah : 
BUKU CEKLIST DAN PERBELANJAAN.. Sangat penting okeh!!!!!!

Yang penting adalah, dalam kita nak buat sesuatu majlis, kita perlu ukur dahulu kewangan diri sendiri dan keluarga.......... Jangan kita terlalu membazir sebab kita banyak lagi nak pakai duit untuk majlis perkahwinan baik perempuan ataupun lelaki........... Yang penting, kita tahu nak pilih barang yang murah tapi nampak cantik dan grand.. Untuk majlis aku nanti, aku buat simple2 je, yang penting aku lebihkan untuk makanan, sebab aku nak semua orang happy kekenyangan selepas majlis aku......... Aku kira2 bajet dari depan khemah-hujung bucu dapur, lebih kurang RM3000 aje yang dikeluarkan.. Itupun, aku tarik2 aja duit gaji untuk beli yang patut, dan duit gaji masih cukup untuk tambung aku dan family sebulan.......... 

Selamat bertunang semua........

2 comments:

YanaHime said...

Waaaaa.....dh nak tunang yer? Tahniah! Selamat menempuh alam pertunangan yer....kena sabar byk2 tau....

PUAN PIA said...

ok kak. tq kak. pesananmu ku utk sntiasa. hehe

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails