MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 18, 2009

Menjelang Syawal

Salam..

Alhamdulillah...Sesudah sebulan kita menunaikan puasa di bulan ini, akhirnya kita semua bakal tiba di hujung fasa ketiga di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..Tahniah diucapkan kepada semua..Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan Bulan Keberkatan ini dan seterusnya bakal meraikan nya dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mahupun di bandar tercinta...

Pastinya, keadaan di bandar sekarang ini agak lenggang serta sunyi sepi kerana anak2 kota mula meninggalkan kehidupan hiruk pikuk untuk kembali ke kampung halaman masing2... Di kampung halaman pula, pastinya anak2 serta kaum keluarga sibuk menghiaskan rumah bagi merayakan sambutan Syawal...

Dan tidak ketinggalan juga untuk keluargaku dalam memperindahkan teratak kami.. walaupun, untuk tahun ini, batalion keluarga kami kekurangan tenaga lelaki serta berkurang seorang ekoran kakak ku pulang ke rumah mentuanya,tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk membuat persiapan Aidilfitri..

Ini antara gambar2 yang berjaya dicandid sempena menjelang Syawal...



Antara kuih-kuih tunjuk yang tertunjuk di kedai2.


Menyusun kuih-kuih raya yang berjaya ditunjuk-tunjuk.



Cuci gelas sampai bersinar.

Malam 7 likur.


Potong lemang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

0 comments:

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails