MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 20, 2013

WEDD PREP : BORANG PERMOHONAN NAK BERKAHWIN

Seperti mana yang telah Cik Pia janjikan dalam entry yang lepas , mai Cik Pia review apa yang Cik Pia paham lepas ambil borang permohonan nikah hari Jumaat yang lepas..

Disebabkan, bakal suami Cik Pia pun dari Perak juga, jadi kami berdua ambil sama-sama borang permohonan nikah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Tabung Haji , Balai Polis Trafik, dan Stesen Bas Medan Kidd tu.. Apa yang Cik Pia nak cerita untuk pasangan sama negeri ya terutama sekali dari Perak... Negeri-negeri lain mungkin berbeza 2, 3 item...

Disebab kan borang nikah ni valid hanya dalam masa 3 bulan aja, jadi masa sekarang ni (tinggal lagi 4 bulan ++) adalah masa yang sesuai untuk ambil sebab banyak lagi urusan yang perlu dijalankan.. Sebenarnya, tak ada susah sangat nak isi borang permohonan nikah ni, kalau kita ikut betul-betul arahan yang diberikan ... TQ banyak-banyak kepada pegawai di Jabatan Agama Islam Perak sebab explain sampai paham.. heeeee

PERMOHONAN LELAKI (borang nikah disediakan bersama-sama 4/5 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  3. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  4. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  5. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Tunang Cik Pia akan hantar borang dia dulu kat Tok Kadi mukim dia, kemudian dah setel cop, baru bagi borang nikah dia pada Cik Pia.. Cik Pia pula akan sediakan :

PERMOHONAN PEREMPUAN (borang nikah disediakan bersama-sama 5/6 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. 2 salinan Kad Pengenalan Wali (Ayah Cik Pia )
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  4. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  5. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  6. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Kemudian...

BORANG EN TUNANG + CIK PIA + DOKUMEN >>Hantar kat Tok Kadi Belah Cik Pia
I
I
I
Hantar kat Jabatan Agama Islam Perak
I
I
I
Follow Up dengan Tok Kadi selepas beberapa hari/minggu, samada dia sudah ambil borang nikah yang telah disahkan di Jabatan Agama Islam ....

Oke, itu sahaja.. Senang kan??? heeeeeeeeeeeeeee..... Pegawai tu pun siap-siap tandakan lagi ruang mana yang PERLU DIISI dan mana yang JANGAN DIISI.. Kalau di Perak , IC saksi tak perlu difotostat, sebab Tok Kadi akan bawa saksi dia sendiri yakni orang-orang masjid..... So,, urusan lebih senang,, Kalau kita dah siap-siap tulis sapa saksi kita, pas tu saksi tu pula tak datang masa akad nikah, kan haru jadinyaaaa....

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesilapan semasa menulis borang, Cik Pia sarankan B2B semua fotostat dulu borang nikah, kemudian isi yang fotostat dulu.... Dah rasa yakin, tak ada kesalahan, baru tulis elok-elok dalam borang original.. Bukan apa, kalau salah, kena beli lain lagi.........

21 comments:

YanaHime said...

klu satu negeri takde masalah...cuma lain negeri jaa kena ambik masa 6 bulan nak prepare...

akak dulu semua disetel oleh suami, sbb dia ada extra step...maklumlaa, askar.

NinaAz said...

Borang tu kena beli kea? Ingat free. Hikhik. Tak tahu menahu pun pasal borang tu. Suma arwah abah yang uruskan.........

s h a said...

Wahhh...senang byk orang perak refer kt blog cik pia.Sha pon x setel lg ni.Bese ayah yg uruskan.Cuma nak kena prepare dokumen yg patut.

PUAN PIA said...

@NinaAzaa'aah.. rm 1 je.. heeeeeeeeee

PUAN PIA said...

@s h a tq sha.... Cik Pia kena gerak sendiri.. heeeeee

cik ems said...

kite ke yang kena hantar sendiri borang tu kat JAIP cik pia? Hehe, saya pening pasal borang ni, tengok post ni dah paham la sikit. Hahaha.

PUAN PIA said...

@cik ems a'ah... seeloknya, bakal pengantin yg hntr sendiri kt JAIP.. kalu tak, boleh minta wali or saudara hntr kn.. tp, masa pergi kursus hri tu, dia kata better bakal pengantin p sendiri

Anonymous said...

Cik Pia... kan borang tu valid 3bulan dr tarikh kawen... so kite ni kan 4bulan lg..boleh ke siap2 isi2 semua, dpt cop pengesahan tok kadi semua, lps tu 3bln lg baru anto kat JAIP?? boleh ke mcm tu?? ^_^

PUAN PIA said...

@Cik Anna Jamu Susuk Dara yup.. boleh cik anna.. sebab dia ikut tarikh kita hantar borang kt jaip...

Anonymous said...

@CIK PIA

TQ Cik Pia...dah mcm kaunter pertanyaan kat JAIP je Cik Pia ni...heheheh... ^_^

PUAN PIA said...

@Cik Anna Jamu Susuk Dara hehe.. tolong menolong amalan mulia kn..heeee

Farhana Hamdan said...

Salam cik pia. nk tnya salinan ic kita, bakal suami & wali masa submit ke pejabat agama lpas tok kadi sahkan kene yg dh disahkan ke? Saya nikah 16/11/2013 ni..

PUAN PIA said...

salinan ic xperlu disahkan...

Anonymous said...

Smpat ke anta dlm msa sbln sblum kte nkah?..hehe

PUAN PIA said...

InsyaAllah sempat..... tp better 2bulan sbelum.. senang...

Anonymous said...

cik pia, nk tnye..kalo tunang org perak, so dy kene bwk 2 org saksix mse nk anta borg nikah?

PUAN PIA said...

nk antar borang nikah ke mana tu? kalau nak amik t/tanda tangan kadi mukim seelok2nya bawak la saksi emak ayah atau sedara.. kalau nk hntr borang kt pejabat agama, xpayah bawak pn xapa

Anonymous said...

ooo..x bwk pon x pe la eh..
nk mntak sign kadi n hanta ke pej agama

Anonymous said...

Akak..sy nk tnya ckit boleh? ^^

Anonymous said...

Akak..sy nk tnya ckit boleh? ^^

Unknown said...

Nak tnya lah.klu laki owg perak pmpuan owg slgor .nikah kat slgor ..hnya guna borang permhonan brkhwin tu je ke bagi dekat pihak pmpuan? Tak ada surat lain?

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails