MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label post wedding. Show all posts
Showing posts with label post wedding. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

ENJOY MARRIED LIFE WITH YOUR LOVE ONE

Masa dulu-dulu sebelum kawen, kita jauh abang, jauh sangat-sangat................
 
Kita jarakkan hubungan , kita bataskan pergaulan, kita simpan semua ini untuk merasai rasa nikmat perkahwinan.....
 
Dulu, kita panggil 'awak, saya' ... Sekarang kita 'abang,sayang' sampai tak boleh lekang dari mulut..Perkataan yang paling indah kita sebut setiap saat, masa dan ketika, dalam doa sentiasa ada ruang untuk kita berdua....
 
Dulu, kita jalan jauh-jauh, sorang kanan, sorang kiri, sorang ke depan, sorang kebelakang........... Kini kita jalan sama-sama, berpimpinan tangan menyelusuri setiap saat susah dan senang bersama-sama....
 
Kini, kita telah halal dan selama-lamanya akan kekal sebagai suami-isteri.. Kita merasai nikmat perkahwinan ini, kita akan sama-sama bina impian hidup kita, sama-sama bangun dan duduk dalam sedih mahupun gembira.. Kita akan bersama-sama abang, jangan risau, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar dan berusaha....
 
 
Terimakasih Allah swt yang mengurniakan aku lelaki ini untuk bergelar suamiku untuk selama-lamanya..Rasa kasih dan sayang ku hanya untuk mu abang....
 
p/s:: sedihnya nak tinggalkan abang ku sorang-sorang kat rumah sebab kena pergi kursus 5 hari ... huhuhuhu...
 
 
 
 
 

Monday, October 7, 2013

JANJI ALLAH

Dalam kehidupan ini, ada dua perkara yang kita tidak boleh pertikaikan ..
 
Yang pertama, JODOH...
 
Yang kedua, ANAK....
 
P/S: Mengharapkan keajaiban dan keagungan Yang Maha Esa disebalik usaha yang gigih.. Pencipta bagi sekalian mahkluk dan alam... Aku yakin dengan janji-Mu..
 
Semoga Allah merahmati dan memberkati kebahagian rumah tangga ku, memelihara kerukunan rumah tangga ku dan mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah... Amin.................

 
 
 

Monday, April 22, 2013

POST WEDD: HUBUNGAN IPAR DUAI BIRAS BERAS

Wooooowwww, tajuk, memang mantap sangat kan....... Takut Cik Pia okeh!!!

Persiapan sebelum majlis malas nak fikir, sebab gaji tak dapat lagi, tak boleh nak beli apa pun...

Tapi, persediaan selepas kahwin itu penting... aiyooooooooooooo ammmmmaaaaa.......... Takutnya, bila memikirkan tentang hubungan kekeluargaan dengan bakal suami selepas kawen.... Aigooooooooooooo...

Macam Cik Pia, bakal jadi kakak sulung pada bakal adik-adik ipar Cik Pia.... Bakal adik ipar lelaki beza dengan Cik Pia 2 tahun dan sorang lagi beza 9 tahun, dan  bakal adik ipar perempuan beza dengan Cik Pia 5 tahun...

Jarak tu tak adalah jauh sangat, memandangkan Cik Pia paling tua, jadi Cik Pia paling diva la kan.. hahahahahaha.... *****awal-awal lagi dah ngaku diva, camne tu..hehe.. kiranya, diorang tak boleh buli-buli Cik Pia la kan............. Cik Pia buli diorang adalah...........

Sebenarnya , Cik Pia takottttttt sangat tak boleh in dengan diorang, iyalah , diorang kan tak biasa ber-kakak-kakak, nanti Cik Pia jadi kakak yang garang macam kat rumah Cik Pia kang, habis Cik Pia kena cop ''kakak ipar yang garang + tak cool lansung + tak macho jugak'' hahahahaha...

Alahaaaaiiiiii , susah sebenarnya nak memenangi hati orang, walaupun Cik Pia ni ramai orang kata cepat mesra, tapi, kalau orang lain tak mahu mesra dengan Cik Pia, tak jadi jugakkk......

B2B yang lain macam na pula??

Sunday, April 21, 2013

POST WEDD : HONEY BEE

Weeeeeeehhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuu, dalam sibuk-sibuk dok cari destinasi pilihan nak pi honeymoon, tetiba En Tunang bagitahu yang dia dah setel bab booking honeymoon semua.. Biar betuii dia ni, selalunya kalau bab-bab order  mengorder ni, Cik Pia yang laju, tetiba dia yang terlebih laju, dan paling excited adalah, honeymoon disponsor oleh jabatan dia............... weeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhuuuuuu, banyak kali cakap kat En Tunang, betul ke? betul ke? betul ke? En Tunang siap emel kan lagi reservation letter dari syarikat pelancongan tu... cam tak percaya aja, macam artis la pula ditaja-taja ni..............Alhamdulillah, save the bajet, boleh la duit untuk honeymoon salur kat benda-benda lain kan.... Alhamdulillah...

Destinasinya mana? Yang penting, dalam Malaysia, boleh la.... Kata ditaja.. hehehehe... Alhamdulillah!!Yipppieee!!!
Related Posts with Thumbnails